Bedak merupakan salah satu alat kecantikkan yang wajib ada dalam handbag wanita. Kalau tiada bedak rasa macam tak lengkap lah rutin kecantikkan kita. Kalau dilihat pada masa sekarang memang banyak jenis bedak dan produk yag jual bedak muka ni.
Baru-baru ini Shalicious Empire Sdn Bhd telah mengadakan pelancaran produk terbaru iaitu BB Cushion bertujuan untuk mevariasikan lagi produk syarikat yang sedia ada yang terdiri daripada suplemen dan juga penjagaan kulit seiring dengan permintaan pasaran yang tinggi.
Yang paling menarik, mereka menyediakan produk pada harga mampu milik serta memberi kebaikan kepada pengguna! Memang bestlah.
Selain itu, Shalicious Empire Sdn Bhd telah membantu menghasilkan BB Cushion yang mempunyai 2 tona yang berbeza memenuhi permintaan di kalangan pengguna yang memiliki tona kulit yang berbeza.
Ads
Kebaikan BB Cushion ini adalah bagi menggalakkan individu yang ingin kelihatan cantik dalam masa yang singkat disamping merawat kulit seterusnya menampilkan kecantikan diri sendiri dengan penuh keyakinan.
Bakal pengantin patut cuba! Mudah sangat. Tepek-tepek je dah nampak kesannya.
Dari kiri : Penyanyi Andi bernadee bersama pengasas Shalicious, Pn. Sha Hasan dan suami
Ads
BB Cushion kini boleh didapati menerusi agen, stokis serta ibu pejabat Shalicious pada harga RM77 sahaja.
Mengenai BB Cushion
Anti Aging
Hydrating
Perfect Cover
SPF 35++
Makeup Foundation – Tidak melekit dan kulit kekal lembut sepanjang hari
Ads
UV Protection – Hadir dengan SPF 35++ untuk melindungi kulit dari sinaran UV
Perfect Cover – Gabungan tekstur bedak dan cecair mengekalkan kelembapan wajah tanpa menyebabkan kulit kelihatan bercampuk
Anti Aging – Mengembalikan keanjalan dan kelembapan wajah – Melambatkan proses penuaan
Whitening & Repairing – Membantu menyamar cela, pori besar dan parut jerawat
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pesona Pengantin The Cat Walk Edition X Glitz , Papar Lebih 100 Busana Perkahwinan Tahun 2020
Khas buat bakal pengantin tahun 2020, inilah masa anda! Glitz (hub bakat dan model Nu Ideaktiv Sdn Bhd) akan tampil bersama Majalah Pesona Pengantin, dalam acara pertunjukan fesyen perkahwinan ulung mereka iaitu Pesona Pengantin The Cat Walk Edition X Glitz pada 1 Disember 2019, di GMBB, Jalan Robertson, Kuala Lumpur. Pertunjukan fesyen ini akan berlangsung dari jam 11 pagi hingga 7 malam dengan penampilan lebih 100 rekaan para pereka terkenal tanah air yang sedang meningkat naik.
Pertunjukan fesyen ini adalah yang pertama kali dianjurkan sebagai platform terbaharu buat para pereka muda yang ingin mengetengahkan idea segar dan terkini yang pasti tampil berbeza dan eksklusif. Ia juga sebagai usaha memberikan pengalaman lebih bermakna buat bakal pengantin melihat lebih dekat rekaan dan merasai sendiri tekstil yang digunakan.
Seiring dengan objektif iaitu mengetengahkan jenama anak muda tempatan, rekaan yang ditampilkan juga adalah mampu milik pada rekaan premium. Malah skop pilihan bukan terhad pada pakaian bersanding sahaja, ia juga termasuk pakaian nikah, bulan madu serta aksesori.
Antara para pereka ternama yang bakal beraksi di pentas peragaan adalah Salikin Sidek, Istana Puteh dan juga Wan Huzairil, Elyza’s Home , Adi Suhaizad Sulong, Muni, Azzim Aziz , Nabil dan Zuerry Faeiz. Kesemua pereka ini dibawakan khas untuk bakal pengantin 2020 dan setiap satu rekaan adalah eksklusif. Pastinya anda bakal disaksikan dengan rekaan terkini yang bakal menjadi pilihan hangat sepanjang tahun 2020.
Bukan itu sahaja, rekaan yang menarik berpeluang untuk dipaparkan dalam media sosial dan majalah Pesona Pengantin agar dapat mengembangkan lagi jenama mereka. Sudah tentu ini adalah impian setiap pereka untuk memaparkan idea mereka yang tersendiri.
Secara ringkasnya, anjuran pertunjukan fesyen ini bakal menjadi satu medan persaingan sihat dan menguntungkan kedua-dua pihak iaitu pereka dan juga masyarakat umum. Lebih mengujakan, pertunjukan fesyen berdurasi 8 jam ini dapat disaksikan dengan ambiens selesa pada harga tiket yang sangat berbaloi.
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi urusetia di talian 011-5951 8757
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rupa paras tampan, Putera Mateen selalu menjadi pujaan orang luar yang memandangnya dan hari ini tular berita gembira akan berkahwin pada Januari tahun 2024, sekali gus menyatakan hatinya milik Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Isa Kalebic.
Mereka berdua dikatakan mula rapat pada tahun 2019 dan hubungan mereka mula dikesan pada tahun 2022 apabila sering dilihat bersama.
Putera Mateen Hak Milik Dayang Anisha Rosnah
Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah juga berkawan rapat dengan abang kepada Dayang Anisha iaitu Danial Deen Isa dan sering bermain bola sepak bersama.
Sejak hubungan mereka ‘dihidu’ ada juga yang berkata, Dayang Anisha merupakan sepupu jauh kepada Putera Mateen sekali gus menjadikan mereka sudah mengenali satu sama lain sejak kecil lagi.
Carian di media sosial mendapati, kelibat mereka berdua sering dilihat bersama termasuk ketika menghadiri majlis perkahwinan di Raja iaitu di majlis Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah bersama Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar yang diadakan pada 15 Januari di Istana Nurul Iman.
Malah, pada ketika itu juga dikatakan Dayang Anisha memakai cincin berlian di jari manisnya dan ramai yang berteka-teki bahawa cincin tersebut merupakan ‘cincin tanda’ pemberian Putera Mateen.
Kenali Anisha
Dayang Anisha yang juga cucu kepada penasihat negarawan Brunei iaitu Pehin Dato Haji Isa Awang Ibrahim itu mempunyai perniagaan dalam sektor fesyen dengan nama produk Slik Collective yang diusahakan bersama rakan baiknya.
Terdahulu, dilaporkan Putera Mateen bakal bernikah bersama pilihan hatinya itu dalam majlis perkahwinan DiRaja bermula dari 7 Januari sehingga 16 Januari 2024.
Tak semua dapat mentua baik bila berumah tangga, itu satu rezeki besar jika anda ditakdirkan merasai kasih sayang orang tua belah pasangan.
Yang mampu layan anda macam anak sendiri dan boleh memahami keadaan anda anak beranak dalam apa jua situasi pun.
Dapat Mentua Baik Itu Satu Rezeki
Hakikatnya, sebuah perkahwinan yang bahagia bukan hanya berdasarkan kepada hubungan pasangan suami isteri yang baik tetapi juga hubungan dengan mertua.
Menarik dengan perkongsian puan Firda Ashaary yang mengakui kenyataan bahawa memiliki mertua yang baik adalah rezeki.
Coretannya mengenai ibu mertuanya meraih perhatian ramai. Malah ia menjadi inspirasi buat wargamaya yang turut mendoakan mempunyai mertua begitu.
“Dapat mak mertua yang baik adalah rezeki. Bukan semua orang dapat rasa.”
Aku baru terbaca kat wall sorang cikgu yang agak glemer tadi. Suka pulak nak tulis juga tentang topik ni.
Katanya, “Dapat Mak Mertua yang baik juga adalah satu rezeki. Bukan semua orang dapat rasa.”
Aku setuju dengan cikgu ni. Bukan semua orang dapat rasa nikmat rezeki yang satu ni. Dulu aku selalu berdoa semoga Allah temukanlah aku dengan seorang lagi mak yang aku boleh bercerita, berkongsi rasa, menumpang kasih dan sayang anak-anak aku macam darah daging sendiri. Yang aku tak kekok bila berdua dengan dia.
Kalau Rasa Tak Boleh Terima, Stop Dari Awal!
Awal perkenalan aku dengan Encik Suami, aku dah tanya dia. Mak dia agaknya boleh ke terima aku? Aku tau dia anak kesayangan. Sebab tu aku tanya.
Kalau rasa Mak dia tak boleh terima, we better stop earlier aku kata. Aku pesan suruh bagitau aku awal-awal. Aku terima dengan hati terbuka. Kononnya. Walau kompom menangis 7hari 7malam. Dah lah aku dah mula sayang dia tapi mana boleh tunjuk sedih depan dia.
Dulu aku memang seorang yang ego. Aku tak suka orang nampak aku sedih. Aku tak suka orang dapat baca hati aku. Selagi boleh sorok, aku akan sorok. Aku cover dengan senyum. Nanti time dok sorang, baru nangis.
Back to the story, aku tamak tau. Aku nak kahwin dengan anaknya tapi mak dia pun aku nak juga. Aku takmau sorang sahaja tapi aku nak kedua-duanya. Sebab tu awal lagi aku dah tanya.
Aku dah pernah ada pengalaman mak mertua tak redho ni, kucar kacir lah hidup rumah tangga nanti. Aku serik dah. Aku belajar dari pengalaman lalu. Jadi aku lebih berhati-hati.
Menang Jackpot Besar Dalam Hidup
Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan impian dan doa aku. Dia kirimkan aku seorang mak mertua yang penyayang, lemah lembut dan mudah bawa berbincang. Sayang anak-anak aku macam cucu sendiri. Tiada berbelah bagi.
Like mother like son! Syukur. Complete set aku dapat. Aku menang jackpot besar seumur hidup aku tahun tu. Sungguh!
Bukan setakat dapat mak mertua yang baik tapi keseluruhan “keluarga besar” mak mertua aku menerima kehadiran kami dengan baik.
Senyuman di wajah anak-anak aku dah cukup buat airmata syukur aku mengalir. Bahagia yang aku cari selama ni adalah demi senyuman di wajah mereka. Rezeki anak-anak aku dapat merasa hidup dalam keluarga besar. Hadiah terindah Allah kirimkan pada aku di akhir sebuah kisah airmata yang panjang.
Layan Macam Mak Sendiri
Gais, Ingat ya mak mertua adalah anugerah Allah pada kita dan wajib dilayan macam mak sendiri juga.
Jangan bermusuh atau cemburu dengan dia. Kita kena ingat kita dah “pinjam boyfriend ” dia. Jadi kita kena mengalah lah sikit.
Walau dia tidak melahirkan kita tapi kalau bukan kerana dia yang bertarung nyawa melahirkan dan membesarkan jodoh kita.
Tak mungkin kita akan dapat jodoh sebaik hari ni. Kita juga ada anak lelaki. Suatu hari nanti kita juga akan rasa bagaimana sedihnya bila “boyfriend ” kita, orang pinjam terus.
Begitulah ragam dalam sebuah rumah tangga, kalau dapat menta baik, hargai dan bersyukur lah walau pasangan poket tak tebal. Sebab nak dapat mak ayah mentua yang baik ini tak mudah, ya. Bertuah jika dicampakkan dalam situasi itu.