Kredit: Project Two Pi

Siapa yang tidak mahu nampak cantik di hari bahagia kan? Tentunya menjadi impian setiap bakal mempelai untuk tampil cantik dan berseri di hari perkahwinan.

Kami faham anda tentu penat dalam mengurus dan membuat persiapan untuk hari bahagia. Namun, jangan diabai penjagaan diri anda. Tak mahulah nanti di atas pelamin muka nampak penat dan tidak bermaya je.

Kami kongsikan beberapa tip untuk anda agar wajah tetap berseri dan badan sentiasa bertenaga di hari bahagia nanti.

1. Rehat Secukupnya

Nak Nampak ‘Gorgeous’ Di Hari Bahagia, Boleh Cuba Tip Ini
Sumber: Google

Rehat serta tidur yang cukup akan membuatkan badan anda terasa segar dan bertenaga. Wajah juga akan kelihatan lebih berseri kerana tiada ‘mata panda’ yang akan menghiasi wajah anda.

IKLAN

2. Jangan Lupa Bersenam

Nak Nampak ‘Gorgeous’ Di Hari Bahagia, Boleh Cuba Tip Ini
Sumber: Google

Bersenam dapat membuatkan badan anda terasa segar dan lebih bersemangat. Lakukan senaman secara rutin dan lihat hasilnya di hari bahagia nanti. Tentu rasa lebih segar.

3. Jaga Pola Makan

Nak Nampak ‘Gorgeous’ Di Hari Bahagia, Boleh Cuba Tip Ini
Sumber: Google

Pemakanan juga perlu dijaga. Jangan kerana mahu diet, anda tidak mengambil makanan yang sepatutnya anda nikmati. Kelak nanti wajah anda sendiri yang nampak kusam dan tubuh pun jadi semakin lemah.

IKLAN

Tip Diet Untuk Bakal Pengantin

1. Pilih Makanan Yang Sihat

Nak Nampak ‘Gorgeous’ Di Hari Bahagia, Boleh Cuba Tip Ini
Sumber: Google

Makanlah ulam-ulaman, buah-buahan serta sayur-sayuran untuk menjaga kesihatan. Sayur dan buah-buahan akan membantu tubuh untuk membuang racun yang ada dalam badan serta menjaga tekstur kulit anda.

2. Hindari Makanan Bergoreng & Berlemak

Nak Nampak ‘Gorgeous’ Di Hari Bahagia, Boleh Cuba Tip Ini
Sumber: Google

Makanan bergoreng dan berlemak akan meningkatkan kolesterol dan buat anda sakit tekak. Jika kolesterol dalam badan terlalu tinggi sekali gus buat kulit muka dipenuhi jeragat dan biji-biji kolesterol di bawah mata.

IKLAN

3. Minum Air Kosong

Nak Nampak ‘Gorgeous’ Di Hari Bahagia, Boleh Cuba Tip Ini
Sumber: Google

Pastikan anda minum air kosong untuk menjaga kelembapan kulit. Amalan minum air kosong juga boleh membantu anda dalam menurunkan berat badan menjelang hari bahagia.

4. Kurangkan Pengambilan Makanan Manis

Nak Nampak ‘Gorgeous’ Di Hari Bahagia, Boleh Cuba Tip Ini
Sumber: Google

Sebaiknya gantikan ia dengan buah-buahan segar atau madu. Gunakan gula gantian seperti stevia jika anda tidak boleh jika tidak makan makanan manis.

5. Kurangkan Masin

Nak Nampak ‘Gorgeous’ Di Hari Bahagia, Boleh Cuba Tip Ini
Sumber: Google

Garam boleh buat badan lebih mudah dehidrasi dan buat selulit pada tubuh anda bertambah teruk.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI