Tujuan utama nikah gantung adalah bagi mengelakkan berlakunya zina dan lahirnya anak luar nikah. Walaupun mereka berkahwin secara nikah gantung, tetapi mereka sebenarnya bebas melakukan sebarang aktiviti berdua.
Nikah gantung boleh didefinisikan sebagai pernikahan yang melalui kaedah yang sama dengan prosedur pernikahan biasa. Namun setelah berkahwin, pasangan tersebut tidak tinggal bersama dan tidak terikat kepada tanggungjawab sebagai suami isteri.
Tujuan Nikah Gantung
Islam adalah agama yang penuh dengan rahmat dan berkat. Ia diutuskan oleh Allah S.W.T. yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan (nafsu) syahwat dan sebagainya. Malah, Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul, benar dan baik.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) daripada kalangan kamu dan orang-orang yang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah S.W.T. Maha Luas Rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui.”
(Surah An-Nur : Ayat 32)
Tujuan utama nikah gantung adalah bagi mengelakkan berlakunya zina dan lahirnya anak luar nikah. Walaupun mereka berkahwin secara nikah gantung, tetapi mereka sebenarnya bebas melakukan sebarang aktiviti berdua. Jika si isteri mengandung dan melahirkan anak, maka anak itu adalah daripada hubungan yang sah. Ia tidak haram kerana mereka adalah pasangan suami isteri di sisi agama Islam dan undang-undang kerajaan Malaysia.
Ads
Pasangan yang berkahwin secara nikah gantung ini tidak tinggal bersama. Justeru ada pendapat lain yang menyatakan bahawa jika persetubuhan berlaku dalam tempoh yang dipersetujui, maka terbatalah tempoh nikah khitbah. Mereka telah menjadi pasangan suami isteri dan memikul tanggungjawab sebagai suami isteri yang normal.
Kelebihan Nikah Gantung
Kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, ‘dating’, ‘study’ bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun ia tidak salah dan tidak haram.
Andai berlaku kehamilan, maka pasangan tersebut tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga. Keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.
Ads
Ini berbeza dengan situasi jika berlaku kehamilan di luar pernikahan, ia boleh menyebabkan kes penguguran bayi secara paksa atau pembuangan bayi.
Nikah Gantung Menurut Perbahasan Hukum Islam
Salah satu dalil yang biasa digunakan oleh sebahagian alim ulamak ialah perkahwinan antara Rasulullah S.A.W. dengan Saidatina Aishah R.A. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W. telah mengahwini Saidatina Aishah R.A. ketika berumur 6 tahun. Kemudian mereka hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun.
Hadis ini menjadi dalil berlakunya akad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah. Malah jika atas persetujuan kedua-dua belah pihak untuk beberapa tempoh tertentu, ianya dibenarkan.
Ads
Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (bersetubuh). Cuma yang mungkin menjadi persoalan ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material). Ada dua pandangan mengenai isu nafkah zahir ini:
a) Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya akad. Maka selepas sahaja akad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.
b) Pandangan jumhur ulamak (majoriti ulamak) iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu. Syarat tersebut adalah seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta’ (mengambil keseronokan), jimak (bersetubuh) , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.
Sumber : Baitulmuslim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasalah kan bila nak kawin ni , pastinya duit menjadi perkara utama yg difikirkan pasangan mempelai. Kata orang semuanya memerlukan duit , kalo takda duit mmg tak jalan la majlis tu nanti.
okay baca ni Sis Fina nak cerita siket .
1. WANG HANTARAN / MAS KAWIN
– jangan terlampau meletak harga yang terlampau tinggi . yg boleh menyebabkan pelbagai masalah pd masa akan datang , sebaliknya kita “ mengukur baju dibadan sendiri “ .Bagi sy tak kisah pun suami nak bg berapa pun . asalkan dia mampu dan kita kne pandai menguruskan kerana kehidupan yg lebih mencabar lagi bakal bakal ditempuh selepas berkahwin .
2. GUBAHAN HANTARAN
– buat ala kadar , berbalas dulang 7-5 . sy tak kisah pun brg hantaran berjenama atau x . yg penting ada hantaran sbagai syarat .
3. PELAMIN
– servuy kat instagram . ada bajet rm 399 . tak perlu perhabiskan 2k kat pelamin je . ( sayang duit ? )
4. MAKEUP
– yang simple2 cukup laa . anggaran rm 200 . nasib baik makeup tak cair tauu . alhamdulilah sgt .
5. BAJU L/P
-guna baju yg sama utk akad nikah & outdoor . anggaran maksimum rm 300 termasuk L/P .
6. FOTOGRAFI
– untuk gambar yg cantik , sy lebih percaya dekat orang yg dah kenal , so outdoor memang sy da plan buat selepas majlis akad nikah .
7. GOODIES
– untuk budak2 : keropok , sumi & gula
– untuk dewasa : air mineral , bahulu & tasbih digital
8. KATERING
– takde pun nasi minyak . lauk kampung je . padu babe
9. HONEYMOON
– ada hamba allah sponser . hee
10. INAI TANGAN
– cari degisn yg simple2 je bawah rm 80 tau . tuu pun rasa da mahal gila kut .
perempuan pun kena support skit . klo tak membantu lambat laa korang kawin tauu . susah senang sama sama . kann Firdaus Mustafa gigih gila cari duit tauuu .
Akhir sekali sy takde nak ulas apa2 cuma nak bagitau anggaran bajet utk semua 5k , cuma buat apa yang patut sahaja & ianya lebih berkat . biarlah apa orang akan kata yang penting kita lakukan mengikut hati dan fikir ianya terbaik utk kita semua ❤️ .
fuh cukup membebel utk ptg ni . ?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang isteri yang baik tentunya membantu meringankan beban suami, menenteramkan, menenangkan dan bergerak mengikuti langkah suaminya.
Ketika sang suami mengalami kelelahan, tentunya suami akan akan datang kepada isterinya untuk mendapatkan ketenangan. Seorang isteri memberikan impak yang begitu besar terhadap kelangsungan hidup dalam kehidupan berumah tangga.
Menjadi isteri bukanlah ‘tugas’ yang mudah khususnya untuk menjadi seorang isteri yang hebat.
Namun apabila anda melakukan 14 perkara ini, maka suami anda tahu bahawa sesungguhnya dia mempunyai isteri terbaik di dunia. Ayuh semak senarai berikut.
Anda Gembira Dengan Kejayaan Si Dia
Ketika si dia gembira kerana prestasinya, anda juga turut bahagia. Anda tahu anda isteri yang istimewa apabila anda sama gembira melihat kejayaan suami anda.
Anda Menonton Filem Kegemarannya Berulangkali
Anda sudah menonton berjuta kali filem kegemarannya namun anda tetap tidak pernah jemu. Bonusnya ialah bila anda tertawa pada saat yang tepat.
Anda Mendahulukan Si Dia
Si dia nombor satu dalam hidup anda. Anda memastikan karier dan hobi anda tidak lebih penting daripada dia. Tidak ada orang yang lebih anda utamakan.
Anda Suka Melakukan Beberapa Hal Sendiri
Hanya kerana si dia yang anda utamakan ini bukan bermakna anda hanya berkepit dengan si dia semata-mata. Walaupun anda lebih suka berada dekat dengannya, anda tidak keberatan menyendiri dan membiarkan si dia menyendiri kerana masing-masing memerlukan waktu untuk berseorangan.
Anda Memasak Makanan Kegemarannya
Walau anda tidak suka dengan makanan kegemarannya namun anda tetap memasak makanan kegemarannya untuk menunjukkan bahawa anda tahu apa yang si dia sukai dan anda ingin melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hatinya.
Anda Membuat Si Dia Tertawa
Anda isteri terbaik di dunia jika tahu khalimat apa yang akan membuatkan si dia tertawa atau bagaimana membuat si dia tersenyum hanya dengan satu kilas pandangan.
Anda Menyimpan Rahsianya
Jika suami anda merasa kurang selesa apabila anda mahu berkongsi rahsia dengan orang lain, maka anda tidak akan melakukannya. Suami anda berkongsi rahsia dengan anda kerana dia amat mempercayai anda.
Anda Selesa Dengan Rakan-Rakannya
Anda sedar bahawa suami anda sudah mengenal teman-temannya sebelum mengenal anda. Jadi anda tidak keberatan jika suami anda ingin keluar menghabiskan masa bersama.
Anda Membuatkan Si Dia Terasa Diperlukan
Walaupun anda mampu melakukannya sendiri namun anda tetap mahu meminta si dia melakukannya untuk anda. Dengan cara ini si dia akan rasa amat diperlukan oleh isterinya.
Anda Meninggalkan Catatan Buat Si Dia
Isteri yang baik memastikan suaminya tahu bahawa dia dicintai. Nota kecil di dalam begnya sudah cukup membayangkan betapa hangatnya cinta anda kepada si dia.
Anda Berdoa Untuk Si Dia
Ketika berdoa selepas solat, anda tidak lupa untuk mendoakan yang terbaik buat suami anda. Anda memohon hanya yang terbaik buat suami anda. Ia sebenarnya lebih menghangatkan lagi hubungan anda dengan pasangan secara spiritual.
Anda Berusaha Keras Membuatkan Perkahwinan Anda Harmoni
Tidak peduli apapun yang terjadi, anda berusaha untuk mempertahankan perkahwinan yang telah dibina. Jika saatnya hubungan terasa hambar, anda segera mengambil tindakan bagi mengharmonikan semula kemesraan suami isteri.
Sumber gambar: saidahphotography
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam rumah tangga penting untuk adanya perencah pemikat agar hubungan suami isteri kekal bahagia. Bukan hanya isteri saja yang perlu pikat suami, suami juga haruslah bijak memikat hati isteri agar cinta anda berdua sentiasa membara.
Suami jangan hanya tahu nak pikat isteri ketika zaman bercinta saja tapi bila dah kahwin, tip memikat tu dah tak ada. Perkongsian lelaki bernama Raja Shamri ini tentang tip memikat isteri boleh suami jadikan panduan. Semoga perkara-perkara sweet yang suami lakukan ini menjadikan rumah tangga anda berdua lebih bahagia.
Tips memikat isteri :-
Bangun awal pada isteri
Kejut isteri bangun tahajud
Kejut isteri bangun subuh
Imamkan solat selalu
Baca doa untuk isteri salam cium dahi
Mintak maaf sebelum tidur atas segala nafkah yg terkurang setiap hari
Tolong masukkan baju kotor sendiri dan anak2 dlm bakul / washing machine… jgn main campakk je …
Tolong basuh pinggan
Tolong jangan baring buat bodoh je masa isteri penat kat dapur atau uruskan anak2
Tolong mandikan anak2 / mandi sama dgn anak2
Tolong pakaikan baju anak sikat rambut anak2
Tolong ajar anak mengaji
Tolong teman anak2 buat kerja sekolah / membaca
Pimpin tangan isteri shopping walaupun hanya barang dapur atau beli barang pasah kat pasar tani
Tolong jemur kain biarlah tak basuhpun
Tolong picit kaki isteri dan tangan dia sebelum tidur dan cakap “thank you”… “I love you”
Hormat ibubapa isteri
Ngam dgn bapak isteri (mertua suami)
Jangan biadap dengan orang tua atau sesiapapun
Jangan ganas dan darah panas (isteri suka lelaki yg sopan tapi tegas)
Tegas dalam buat keputusan
Meminta maaf bila buat salah dan mengaku kesilapan
Tolong lah bersihkan badan dan berbau harum
Jangan boros… pikirlah masa depn
Jangan kedekut
Tolong cukur kemas janggut dan misai (termasuk bulu ketiak)
Potong kuku please
Jangan tinggal solat…
Ajar dan didik isteri tentang agama
Ajak isteri pergi dengar kuliah sama2
Tolong lipat selimut dan kemas cadar
Sabar bila isteri membebel
Jangan kutuk masakan isteri
Sokong hobi isteri (tanam bunga / crostige etc.)
Tolong vacum karpet
Tolong tukar mentol yang padam
Tolong mesin rumput di halaman rumah
Tolong drill and gantung gambar2
Tolonglah jgn tinggikan suara di khalayak ramai
Panggillah dengan panggilan yg isteri suka
Jangan bandingkan isteri dengan kekasih lama / jiran / staff pejabat / isteri orang lain
Belikanlah hadiah walaupun murah
Suka bersedekah
Suka bantu orang susah
Mandi sama2
Solat sama2
Bincang dulu sebelum buat major decision
Selalu buat surprise yg isteri suka
Tolong isteri masak walaupun hanya potong bawang
hemmmmm …
Banyak lagilahhhhhh rasanya …
TAPIKAN… SEKIRANYA SUAMI ISTERI ITU PAHAM, SEMUA PERKARA DI ATAS TAK PERLU TIMBUL… SEBAB MATLAMAT PERKAHWINAN IALAH NAK CARI REDHA ALLAH…
Jangan terlalu meminta semua perkara di atas dilakukan suami anda untuk anda kerana bila suami anda tak lakukannya maka pada masa itulah IBLIS AKAN MASUK untuk merasuk fikiran kaum ibu / isteri-isteri di luar sana untuk mula membenci / sakit hati / demand / komen suami masing-masing.
Sedangkan Allah itu maha agung maha pengasih maha pengampun… mana ada lelaki dan perempuan yg sempurna.
Carilah kebaikan dalam diri suami masing2 bukan kelemahan. InsyaAllah… kalian berdua akan mendapat redha Allah.. rumah tangga bahagia kekal selama2nya..
Jangan cari kelemahan pasangan anda!
Cari kebaikan pasangan anda dan perbaiki kelemahan diri masing-masing.
Wallahu‘alam!!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!