Nak Pakai Aksesori Masa Kahwin Tak Salah Tapi Perlu Tahu Yang Sesuai. Ini 7 Barang Paling Sesuai

Share

Mengenakan aksesori pada hari perkahwinan memberikan suntikan romantis dan anggun pada keseluruhan penampilan si ratu sehari. Gaya bersahaja, langsung menyerlah dan memukau dengan padanan aksesori yang tepat dan sempurna. Berikan gaya yang lebih menyerlah pada penampilan anda saat bergelar ratu sehari. Pastinya si dia dan hadirin terpaku terpesona saat anda mengatur langkah menuju ke mahligai cinta.

 

  1. SUBANG

Pilihan subang yang tepat juga boleh menjadikan penampilan tampak romantis dan eksklusif. Padanan subang yang terdiri daripada batu permata dapat membiaskan sinaran eksklusif yang cukup nyata. Elakan daripada memilih subang yang terlalu kecil ataupun terlalu besar. Sebaiknya, pilih subang yang memberi anda keselesaan saat memakainya. Nescaya aura glam itu terpancar dengan penuh anggun dan mempersona.

  1. RANTAI

Rantai bermotifkan bunga dapat membantu penampilan anda menjadi anggun dan romantis. Dengan percikan rona yang memukau, ia dapat menyerlahkan sisi feminin buat si pemakai. Namun, elakkan dari memilih rantai dengan motif bunga yang telalu sarat. Ingat, anda ingin memakainya untuk majlis perkahwinan.


  1. LAYAH

Tidak lengkap penampilan ratu sehari tanpa layah. Layah mampu memberi kesan romantis buat si ratu dan memberi momen perkahwinan yang nyata. Padankan layah yang sesuai dengan busana yang disarungkan. Pilih rona yang senada agar anda terlihat elegan dan eksklusif. Elak memilih layah yang sarat dengan perincian.


  1. TIARA

Mengenakan tiara di hari perkahwinan juga dapat menghasilkan penampilan yang lebih romantis. Pilihlah tiara yang sederhana saiznya dan tidak terlalu besar. Pemilihan tiara juga bergantung pada tema perkahwinan anda. Sekiranya anda memilih tema perkahwinan ala Inggeris, anda boleh mengenakan flower crown

 sebagai pelengkap gaya.

  1. GELANG

Gelang mutiara juga boleh dijadikan pilihan buat anda tampil  menawan. Selain menambah gaya, gelang mutiara dapat mengubah penampilan si ratu sehari tampak klasik dan pada masa yang sama tampak cukup romantis. Anda boleh mengenakan beberapa gelang mutiara dan memakainya dengan jumlah yang lebih banyak. Pasti penampilan anda lebih menyerlah.

  1. TALI PINGGANG

Ternyata padanan tali pinggang dapat menghasilkan penampilan yang glamor dan menyerlah. Tali pinggang seperti ‘gold plated belt’ dapat menyuntik elemen romantis didalam gaya ratu sehari. Zuhair murad dan Elie Saab antara pencetus fenomena bagi gaya ratu sehari dengan menggunakan pendekatan tali pinggang buat gaya ratu sehari.


  1. SEPATU

Tidak lengkap penampilan si ratu tanpa memakai sepatu ala puteri raja. Padanan sepatu yang tepat dengan busana glam bakal melahirkan penampilan yang cukup sempurna. Anda boleh memilih sepatu berona pastel dengan sulaman renda berona senada. Untuk kelihatan lebih anggun, pilih sepatu yang mempunyai percikan batu permata.

Published by
Bella