Usai kesibukan di majlis pernikahan dan resepsi, kini tiba masanya pasangan pengantin baru menikmati momen berdua sambil berbulan madu. Tidak perlu ke luar negara untuk menikmati momen berbulan madu, Hard Rock Hotel Desaru boleh dijadikan lokasi bulan madu yang tidak mungkin dapat dilupakan.
Baru-baru ini, ia turut menganjurkan Earth Hour bagi menyahut seruan di seluruh dunia mengurangkan penggunaan elektrik untuk memastikan alam sekitar mendapat penjagaan yang baik sepenuhnya.
Bertemakan “Shape Our Future”, rakan media telah dibawa melihat sendiri bagaimana Hard Rock Hotel Desaru mengaplikasi semangat kitar semula dan selamatkan alam sekitar untuk para tetamu lebih menghargai kepentingan memelihara alam semulajadi untuk generasi akan datang.
Apa yang menarik perhatian penulis ialah bagaimana Hard Rock Hotel Desaru membuat proses kitar semula cadar serta sarung bantal terpakai dan sudah tidak digunakan lagi untuk dijadikan bag tote dengan gabungan psychedelic art dari plant dyes. Para tetamu berpeluang membuat sendiri beg tote mereka mengikut kreativiti dan imaginasi masing-masing!
Tidak cukup dengan itu, Hard Rock Hotel Desaru turut melancarkan “Hornbill Villas”, sebuah projek untuk menggalakkan burung enggang datang ke persekitaran Hard Rock Hotel yang merimbun dengan pelbagai pepohon menghijau sekaligus menjadi sarang untuk burung istimewa tersebut bertelur dan seterusnya menambahkan lagi populasi burung istimewa tersebut. Projek istimewa tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Hard Rock Hotel Desaru, Murray Aitken.
Selain itu, antara usaha yang wajar dijadikan pujian Hard Rock Hotel Desaru ialah di mana ia menggantikan penggunaan botol mineral plastik di dalam bilik penginapan dengan menggantikan dengan penggunaan flask tahan karat atau Stainless Steel Thermos Flask. Untuk memudahkan para tetamu menikmati air minuman, ia menyediakan 25 stesyen air di sepanjang koridor bilik tetamu sekaligus wajar dijadikan contoh untuk pengusaha hotel yang lain untuk menitikberatkan penjagaan alam sekitar dengan lebih serius!
Sambil berehat, jangan lupa kembalikan kesegaran tubuh di Rock Spa, Hard Rock Hotel Desaru yang pastinya mengembalikan kesegaran pengantin baru dari kelesuan sepanjang majlis perkahwinan!