Resepi Asli Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh, Pahang
Benar orang kata, kalau nak pikat hati si dia kena dari air tangan anda sendiri. Dari masakan itulah jatuh ke hati. Lebih mudahlah proses anda untuk mendekatkan diri dengannya nanti. Jika ada cita-cita inginkan lelaki dari negeri Pahang, kami mencadangkan anda belajar resepi Ikan patin masak tempoyak ini, mana tahu menjadi jampi cinta anda nanti.
Bahan-Bahan
1 ekor ikan patin
1 senduk tempoyak
1 ikat daun kesum
1 batang bunga kantan
7 – 15 biji cili api – nak pedas tambah ler
1 inci kunyit hidup
Air
Garam
Gula
Cara MemasakAds– Masak Ikan Patin Ikut Resepi Asli Temerloh Ini, Lagi Pekat Kuah Tempoyak Lagi Sedap
– Korang nampak bahan-bahan tuh, pegi ambil blender, blender le dengan air. Yang hantu tempoyak tambahlah lagi tempoyaknya. Air ikut taste memasing suka pekat air sikit, suka cair letaklah lebih air. Yang suka pedas tambahlah cili sendiri.
Ads– Dah siap blender, tuang ke dalam periuk. Campaklah sekali dengan daun kesum dan bunga kantan.
-Bila dah mendidih baru masukkan ikannya. Jangan lupa perasakan garam & gula. Cik Tie suka manis sikit. Tunggulah sampai masak. Mak jemah kat sebelah dah bau tempoyaknya, boleh la hantar kat jiran sebelah.
– Masak Ikan Patin Ikut Resepi Asli Temerloh Ini, Lagi Pekat Kuah Tempoyak Lagi Sedap. Memang ketagih hirup kuahnya.
Kredit: Dapur LAZZ
-Bila dah mendidih baru masukkan ikannya. Jangan lupa perasakan garam & gula. Cik Tie suka manis sikit. Tunggulah sampai masak. Mak jemah kat sebelah dah bau tempoyaknya, boleh la hantar kat jiran sebelah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI