Nak Pilih Jodoh

Bukan senang nak pilih jodoh untuk berkongsi sampai hujung nyawa. Salah buat keputusan boleh merana selepas sah jadi suami isteri.

Jadi buat anda yang masih ragu-ragu untuk membuat pilihan terakhir nak kahwin dengan siapa, jemput baca perkongsian The Muhammad Shafri ini. Pasti ada jawapannya…

Nak Pilih Jodoh

Nak Pilih Jodoh, Tengok Yang Paling Bersungguh Nak Halalkan Kita

Kalau kita nak memilih seseorang untuk dijadikan pasangan hidup. Maka pilihlah dia yang paling bersungguh nak menghalalkan kita. Effort dia untuk ke next step tu ada. Kita nampak semua usaha dia.

Baik jumpa mak ayah, buat kerja lebih masa dan sebagainya. Bukan hanya dia pandai cakap I love You tapi lembu pun boleh terbang. Nak kahwin tapi persiapan masih zero.

Ads

Dah datang berjumpa mak ayah tapi masih lagi tak bersungguh nak berkahwin. Sekarang bukan lagi satu kepastian kalau seseorang tu dah datang berjumpa kedua mak ayah kita. Dia akan berkahwin dengan kita. Dia ikhlas nak dekat kita. Kerana hanya akad yang indah menjadi bukti cinta sebenar.

Cinta Sahaja Tak Cukup

Nak Pilih Jodoh, Tengok Yang Paling Bersungguh Nak Halalkan Kita

Perasaan cinta dan sayang saja masih tak cukup. Cinta tak boleh menghilangkan rasa lapar disaat kamu kelaparan. Apatah lagi ketika kau tengah kebuluran sebab tak makan.

Kita bukan hidup dalam alam fantasi, atau hidup dalam novel cinta yang penuh dengan rekaan. Sedarilah kita berdiri pada bumi yang nyata. Dan satu lagi.

Ads

Nak pilih dia jadi pasangan hidup kita. Biar dia sayang kita lebih dari kita sayangkan dia. Sebab itu adalah tanda dia ikhlas mahu hidup berdua dengan kita. Tapi kalau kita ni dah tak lagi diperlukan. Menghargai tapi dihargai. Better angkat kaki je. Kenapa kita nak menghargai seseorang yang tak menghargai kita? Move on. Usah terus berharap pada hati yang dah tak sudi menerima kita.

Utamakan Yang Buat Hidup Kita Jadi Lebih Baik

Nak Pilih Jodoh, Tengok Yang Paling Bersungguh Nak Halalkan Kita

Kemudian carilah pasangan hidup yang boleh menjadikan kehidupan kita lebih baik. Boleh sama-sama berusaha untuk perbaiki diri. Bukan hanya kehidupan untuk dunia saja. Tapi juga kehidupan untuk akhirat. Bila kita tak solat dia mengingatkan kita tentang solat, jangan tinggalkan solat 5 waktu walau sibuk mana pun kita dengan dunia.

Dan jangan memilih pasangan hidup semudah kita nak membeli kangkung di pasar pagi. Sedang kangkung yang kita pilih pun belum tentu masih elok. Apatah lagi nak mencari pasangan hidup. Memilih pasangan hidup ni ibarat kita nak membina sebuah rumah. Jika tiang yang kita bina utuh maka potensi untuk rumah tu bertahan lama adalah sangat tinggi. Maka begitu juga sebaliknya jika kita hanya mencari pasangan hidup sekadar tangkap muat.

Ads

Hidup berdua, kalau boleh biar jodoh kita dan dia kekal sampai syurga Allah, kalau terputus di dunia kita berharap dan berdoa, minta supaya Allah satukan di akhirat sana. Itu tujuan kita berkahwin. Bukan sekadar berkahwin untuk hidup berdua di dunia saja.

Cinta Bertahun Tak Menjamin Kenal Si Dia

Nak Pilih Jodoh, Tengok Yang Paling Bersungguh Nak Halalkan Kita

Dan kepada kalian yang dah bercinta bertahun-tahun. Dah kenal lama bukan satu jaminan yang kamu dah kenal diri dia yang sebenar. Nak kenal diri dia yang sebenar bagaimana. Nikahi dia. Jangan sangka apa yang kita rasa baik untuk kita itu adalah baik buat kita. Sebab boleh jadi dia yang kita anggap jodoh kita. Sebenarnya adalah jodoh orang lain. Jadi bersederhanalah dalam berkasih.

Buat kalian yang tengah menanti hari bahagia. “Sirru Ala Barakatillah” berjalanlah di atas keberkatan Allah SWT. Binalah hubungan rumahtangga kalian dengan taqwa dan rasa takut yang tinggi kepada Allah. Dan buat kalian yang masih single, usah lah merasa diri tak laku di mata orang lain. Kerana kita ada bahagia kita masing-masing.

Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI