Selepas bertahun-tahun menyimpan rambut panjang, tiba-tiba hari ini mood tak berapa betul. Terus potong rambut sampai pendek. Kemudian, menyesal tak sudah setiap kali menatap diri di hadapan cermin… Macam muka orang lain! Apatah lagi beberapa bulan menjelang hari perkahwinan. Sudah tgerbayang kekangan penataan gaya rambut untuk digayakan di majlis resepsi apabila rambut pendek.

Nak Rambut Cepat Panjang Menjelang Hari Bahagia? Ada PETUA BAGUS Untuk Cepatkan Prosesnya, Try-Lah!Bertudung bukan alasan anda mengabaikan penjagaan rambut ya!.

Timbul pula rasa kecewa dan kalau boleh mahu menyambung balik rambut yang telah dipotong itu. Nasi sudah menjadi bubur, tiada apa yang boleh dilakukan. Cuma apa yang boleh dilakukan hanya berusaha memanjangkan kembali rambut. Ayuh, cuba panjangkan semula dengan tip pantas ini. Moga-moga ia dapat membantu bakal penganti perempuan mendapatkan rambut yang ikal mayang sebelum hari istimewa!

Nak Rambut Cepat Panjang Menjelang Hari Bahagia? Ada PETUA BAGUS Untuk Cepatkan Prosesnya, Try-Lah!

1. Kuasa Perapi
Salah satu cara untuk memanjangkan rambut dengan cepat adalah menggunakan perapi rambut. Jangan abaikan langkah penggunaan perapi selepas bersyampu. Selain mempercepatkan pertumbuhan rambut, perapi juga membantu menjaga kelembapan rambut untuk menghindar kerosakan rambut dan kulit kepala.

Nak Rambut Cepat Panjang Menjelang Hari Bahagia? Ada PETUA BAGUS Untuk Cepatkan Prosesnya, Try-Lah!

Ads

2. Elak Alat Pengering Rambut
Jika selama ini anda menggunakan pengering rambut untuk mengeringkan rambut selepas bersyampu, tinggalkan amalan itu. Keringkan rambut secara semula jadi kerana kepanasan akibat daripada alat pengering rambut akan membuat rambut menjadi rapuh dan mudah putus. Tekanan panas yang ditimbulkan juga boleh menghalang proses pemanjangan rambut.

Nak Rambut Cepat Panjang Menjelang Hari Bahagia? Ada PETUA BAGUS Untuk Cepatkan Prosesnya, Try-Lah!

3.Urut Kulit Kepala
Bagi merangsang pertumbuhan rambut, anda boleh mengurut kulit kepala secara konsisten. Urut kulit kepala sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Urutan ini boleh membantu melancarkan peredaran darah pada kulit kepala lantas merangsang proses pertumbuhan rambut baru. Boleh lakukan sendiri di rumah, urut kulit kepala selama tiga hingga lima minit atau boleh lakukan cream bath di salon.

Ads

Nak Rambut Cepat Panjang Menjelang Hari Bahagia? Ada PETUA BAGUS Untuk Cepatkan Prosesnya, Try-Lah!

4. Elak Warna Rambut
Jika anda suka bertukar-tukar warna rambut baik, jangan lakukan lagi. Pewarna rambut mengandungi bahan kimia yang boleh membantutkan pertumbuhan rambut baru. Malah ia boleh merosakkan lagi rambut yang sedia ada.

Nak Rambut Cepat Panjang Menjelang Hari Bahagia? Ada PETUA BAGUS Untuk Cepatkan Prosesnya, Try-Lah!

Ads

5.Ambil Protein
Makan makanan yang kaya dengan protein agar folikel rambut mendapat nutrisi yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut. Malah, sumber protein ini juga boleh mengekalkan kesihatan rambut agar tidak mudah rosak.

Nak Rambut Cepat Panjang Menjelang Hari Bahagia? Ada PETUA BAGUS Untuk Cepatkan Prosesnya, Try-Lah!

6.Hindari Kolam Renang
Amalan berenang adalah salah satu senaman untuk mengekalkan tenaga dan bentuk badan. Tetapi jika anda berhasrat untuk mempercepatkan proses pemanjangan rambut, berhenti seketika berenang di dalam kolam renang. Kandungan klorin dalam kolam renang boleh merosakkan rambut dan membantutkan proses pertumbuhan rambut.

Nak Rambut Cepat Panjang Menjelang Hari Bahagia? Ada PETUA BAGUS Untuk Cepatkan Prosesnya, Try-Lah!

7. Guna Teh Hijau
Teh hijau dapat membantu mempercepat pertumbuhan rambut kerana kaya dengan antioksidan. Antioksidan ini berkuasa untuk melancarkan peredaran darah pada kulit kepala sehingga merangsang tumbuhnya rambut baru. Oleskan bancuhan teh hijau pada kulit kepala dan balut dengan tuala beberapa ketika. Bilas bersih

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI