Siapa je yang taknak kan pinggang ramping dan kurus. Banyak kelebihan bila kurus ni, contohnya baju senang cari kat mana-mana kedai pun pasti banyak je ‘size’ kecil ni. Lagi-lagi buat bakal pengantin, mesti lah nak kena slim sebelum majlis kan.
Jangan risau, kami akan kongsikan kepada anda petua nak dapatkan pinggang ramping macam kerengga gitu. Selamat mencuba ya!
Bahan-bahan :
2 sudu Yogurt perisa asli
3 sudu oat
Cara-cara :
Buah boleh campur ikut suka. Contohnya gabungan buah naga, epal merah, dan anggur.
Susu boleh letak agak-agak sahaja. Jangan penuh sangat sebab takut oat tu akan mengembang. Tambah sedikit maple syrup (sugar free) untuk bagi manis-manis.
Sumber : Noorita abdul halim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Jenis Doorgift Buat Tetamu Yang Pasti Berguna
Setelah selesai menghadiri majlis perkahwinan seseorang kita pasti akan mendapat door gift sebagai tanda terima kasih dari pihak pengantin kerana menghadiri majlis mereka. Doorgift biasanya kita boleh lihat dalam bentuk makanan mahupun barang. Mungkin anda boleh cuba doorgift ini sebagai tanda penghargaan anda pada mereka.
Yang Pasti doorgift yang kami tunjukkan ini pasti berguna buat tetamu dan ada juga yang menjimatkan kos anda. Mari kita lihat.
#Macaroons
#Sudu dan garfu
#Kain Sejadah
#Kicap
#Kek Coklat Mini
#Coklat Jar
#Cactus
#Yaasin
#Minyak Wangi
#Madu
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Dosa Buat Majlis Biasa-Biasa Janji Tak Berhutang, Baca Perkongsian Tip Kahwin Murah Tapi Meriah Ini!
Rancang majlis bersejarah dan elakkan kos perbelanjaan yang besar. Perkara ini tidak mustahil dilakukan jika anda bijak untuk berjimat dan sudah ada sasaran. Harus diingatkan, majlis yang sempurna perlu diukur dengan kemampuan individu itu sendiri. Jangan sesekali terikut-ikut dengan nafsu hingga mendorong anda berbelanja besar tanpa menghiraukan jumlah wang yang akan dikeluarkan.
Pastikan anda mempunyai bajet dan jangan sesekali berhutang. Lelaki bernama Amir Syahir ini berkongsi panduan untuk anda yang bakal melangsung perkahwinan dengan cara sederhana tanpa berhutang! Pasti menjimatkan.
Panduan Bajet Kahwin Secara Sederhana
*************************************************
Cuti sekolah dah nak dekat. Mesti ramai yang sedang merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Alhamdulillah tahniah diucapkan buat yang bakal berkahwin.
Tapi, sebelum buat majlis kahwin, kena buat perancangan yang rapi supaya majlis yang dibuat berjalan dengan baik dan lancar.
Jom baca panduan buat bajet kahwin yang sederhana. Antaranya;
1. Bila nak kahwin jangan buat pembiayaan peribadi. Buat majlis ikut bajet sendiri.
2. Pelamin dan meja makan tak perlu bunga beribu kuntum. Bunga pula tak perlu yang hidup saja. Nanti layu juga akhirnya. Lagi elok jika mampu buat sendiri. Minta tolong dengan saudara mara dan sahabat handai.
3. Hantaran boleh gubah sendiri. Tak perlu hantar kedai atau butik yang menelan belanja beribu ringgit.
4. Baju kahwin cukuplah dua pasang. Sepasang untuk akad nikah dan sepasang lagi buat bersanding.
5. Kad kahwin tak perlu yang hipster bagai. Kononnya nak nampak lain dari yang lain. Lepas kenduri orang buang jugak.
6. Kek kahwin tak perlu bertingkat-tingkat. Yang setingkat pun dah cukup menjadikan majlis meriah dan sanak saudara bahagia.
7. Kalau akad nikah dah bersanding hari yang sama, cukuplah make up sekali sahaja. Tak perlu membazir bagai.
8. Goodies cukuplah setakat kemampuan sahaja. Tak perlu tempah yang mahal sebab nak nampak hebat dan mewah.
9. Tak perlu tempah set karaoke, DJ, live band bagai. Pasang lagu nasyid Raihan, Maher Zain, Opick pun sedap juga.
10. Berbulan madu di tempat yang mampu sahaja. Tak perlu tiru kawan berbulan madu sampai ke Maldives sana.
Buatlah majlis kahwin mengikut kemampuan kau. Tak perlu ikut orang, tak perlu tiru artis kesayangan kau tu. Tak dosa buat majlis biasa-biasa. Yang penting, perkara yang wajib diselesaikan terlebih dahulu.
Kehidupan lepas kahwin itu lebih penting. Kalau buat majlis macam anak raja, lepas kahwin menumpang rumah mertua. Duit deposit pun belum ada. Entah tahun bila dapat beli rumah.
Baik buat majlis biasa-biasa tapi meriah. Tanpa perlu buat pembiayaan peribadi. Barulah dapat memulakan hidup berkeluarga tanpa beban hutang. Kah!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Keluarga Masuk Campur Tangan Urusan Rumah Tangga, Kena Tegur Dan Tegas!
Situasi normal bila ada keluarga masuk campur urusan rumah tangga, tetapi jangan sesekali dibiar sampai makan diri dan keruhkan hubungan.
Realitinya, banyak kes keretakan rumah tangga berpunca daripada campur tangan pihak ketiga. Terutamanya nasihat dari keluarga terdekat! Jom cuba renungkan kejap…
Keluarga Masuk Campur Tangan Urusan Rumah Tangga
1. Tanya Apabila Buntu
Ya, tidak salah mendapatkan pertolongan orang lain terutamanya ahli keluarga yang terdekat mengenai masalah rumahtangga.
Namun kalau boleh, minta pertolongan/nasihat hanya apabila anda benar-benar buntu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Setakat masalah kecil, anda dan pasangan harus berbincang sebaiknya. Dikhuatiri jika mendapatkan nasihat dari keluarga atau orang lain, masalah kecil tersebut akan merebak menjadi masalah yang lebih besar.
2. Bijak Memilih Nasihat
Kena teliti dan bijak mengambil nasihat-nasihat yang diberi. Salah percaturan, porak peranda rumah tangga anda. Bukan semua nasihat boleh diterima bulat-buat. Kadang kala, nasihat tersebut baik untuk anda tetapi bukan kepada pasangan anda. Ini boleh dikategorikan sebagai nasihat berat sebelah.
3. Pilih ‘Kaunselor’
Bertanya kepada individu yang boleh membantu menyelesaikan masalah. Tetapi dapatkan nasihat dari individu yang anda rasa boleh menyelesaikan sesuatu masalah dan bukannya mengikut emosi semata-mata.
Individu sebegini dilihat mampu memberikan pandangan merangkumi masa sekarang dan juga akan datang.
4. Berbincang Terlebih Dahulu
Sebelum mendapatkan bantuan keluarga atau insan sekeliling, apa kata anda dan pasangan cuba sehabis mungkin berbincang mencari jalan penyelesaian. Jika boleh, hal rumah tangga harus diselesaikan tanpa melibatkan campur tangan pihak ketiga terutamanya keluarga terdekat.
Tidak salah mengambil pandangan nasihat orang ketiga bagi menyelesaikan masalah rumahtangga tetapi anda haruslah berhati-hati.
5. Tegur Jika Keterlaluan
Sebagai ketua keluarga harus bijak menjalankan peranan sebagai ketua. Sekiranya si isteri asyik mengadu domba mengenai hal berkaitan rumah tangga anda, kemungkinan besar peratus untuk keluarga mertua masuk campur adalah tinggi.
Jika sesuatu pertikaian berlaku melibatkan campurtangan pihak lain, anda haruslah bijak mengatasi masalah ini. Jangan sesekali melibatkan emosi dalam percakapan. Terangkan secara tenang dan jelas kepada semua terutamanya pihak mertua/keluarga bahawa masalah tersebut seharusnya anda dan isteri sahaja yang selesaikannya.
Anda juga disarankan untuk menegur pasangan jika kerap melibatkan keluarga atau orang ketiga dalam masalah anda berdua. Tegur sebaiknya.
Hah, jadi selepas ini kalau ada ahli keluarga masuk campur tangan dalam rumah tangga, pastikan anda tahu macam mana nak selesaikan. Bukan hanya buat tak tahu yang lama-lama akan pudarkan perasaan cinta. Kuasai bab ini, okay!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI