Hubungan

Nak Rasa Cukup Dalam Hubungan, Hargai Dan Terima Kekurangan Pasangan

Share

Jika anda nak rasa cukup dalam hubungan suami isteri, kena belajar menerima kekurangan si dia. Termasuk ahli keluarganya, sudi terima adik beradik dan mak ayahnya.

Kadang kita rasa tak boleh nak ‘masuk’ sebab perbezaan cara didikan. Dia faham lain dan kita faham lain pun, kadang jadi satu masalah.

Begitulah ujian dalam rumah tangga. Kena banyak tolak ansur dan faham konsep melengkapi. Dan ini antara pasangan yang baru kahwin kena hadam, cuba baiki lagi jika nak bahagia:

Nak Rasa Cukup Dalam Hubungan

1. Sebarang pertolongan, nasihat, peringatan, hadiah dan apa sahaja yang diterima, sentiasa bersikap berterima kasih kepada pasangan, walaupun hanya dengan sebuah ukiran senyuman yang ikhlas.

2. Masing-masing dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana dan keluarga yang berbeza. Pasti cara pasangan tak sama dengan cara kita, baik dari segi budaya mahupun etika.

3. Apatah lagi bab percakapan, makanan kegemaran, cara memasak, cara urus dapur, hatta cara picit ubat gigi pun sudah pasti ada perbezaan!

4. Yang penting sentiasa bersikap terbuka untuk menerima sesuatu yang tidak salah.

5. Jangan buat keputusan sendiri, belajar berbincang. Kalau nak pasangan berubah, setiap kali memberi nasihat, jangan lupa berikan masa.

6. Biar berulang 10 juta kali, teruskan nasihat dan beri masa.

7. Jangan sesekali mengharapkan pasangan berubah serta merta.

Apa pun halangan dan ujian yang datang singgah, jangan cepat melatah dan cerita pada orang luar. Paling bagus, bawa berbincang suami isteri dan cepat-cepat cari jalan penyelesaian. Insya-Allah rumah tangga akan lebih harmoni.

Published by
Nadia