Hubungan di alam rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Berbeza dengan pasangan yang baharu berkahwin, kebiasaannya semua nampak indah dan bahagia. Namun, adakah anda bersedia untuk menghadapi bahtera rumah tangga yang sebenarnya?
Jangan biarkan perselisihan faham menjejaskan kemesraan anda bersama pasangan. Tawan hati si dia agar perasaan cinta bertambah hari demi hari. Jom Pesona Pengantin kongsikan 15 teknik gerenti jadi ini untuk tawan hati si dia agar bertambah sayang dan cair!
1. Apabila berbual atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan pasangan dengan erat, duduk rapat, baring bersama atau biarkan pasangan berbaring di atas ribaan anda.
2. Cuba masak yang paling sedap untuk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.
3. Temankan pasangan apabila melakukan kerja bersendirian pada waktu malam.
Ads
4. Letakkan barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.
5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawanya semua.
6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.
7. Mengemas tempat tidur umpama baru berkahwin.
8. Ceritakan mengenai kerenah anak yang membuatkan pasangan anda gembira atau geli hati.
Ads
9. Usah dera pasangan secara fizikal dan batin.
10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat atau orang yang ditemuinya.
Ads
11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.
12. Beri tindak balas positif apabila mendengar pasangan bercerita.
13. Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dulu, minta kebenaran daripada pasangan.
14. Salam, peluk, cium dan belai pasangan sebelum bertugas.
15. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kini, kolagen telah menjadi ramuan yang mendapat permintaan tinggi dalam pembangunan pemakan yang sihat. Pengeluaran kolagen dalam tubuh berkurang akibat faktor usia dan diet yang tidak baik. Malah, suntikan kolagen bukan menjadi pilihan bagi kebanyakan orang. Jadi alternatif terbaik untuk mereka mendapatkan kolagen adalah melalui diet. Oleh itu, kolagen telah dicampurkan bersama di dalam pelbagai produk makanan dan minuman.
Tetapi adalah ia benar-benar memberi manfaat kepada kulit untuk kelihatan muda atau hanya helah kecantikan?
Apa itu kolagen?
Ahli dermatologi di New York City, Dr Debra Jaliman menyatakan bahawa kolagen adalah protein yang paling banyak terdapat di dalam kulit, membentuk 75-85% organ yang mengagumkan. Berserta tisu elastik, kolagen ditemui pada dermis atau lapisan tengah kulit dan menyebabkan kulit anjal. Selain itu, kolagen juga terdapat dalam tulang, tendon, ligamen, otot, saluran darah dan rambut. Ia merupakan komponen utama tisu penghubung tubuh.
Kolagen dalam minuman
Kini, minuman kolagen menjadi satu trend dalam pasaran global. Terdapat pelbagai produk di pasaran yang dikeluarkan seperti kolagen soya, kolagen koko, jus kolagen dan juga minuman sarang burung berkolagen.
Menurut kajian Collagen in food and beverage industries, Tree (2012) minuman bertenaga yang mengandungi kolagen membantu menggalakkan keupayaan semula jadi tubuh untuk menjana tisu lemak. Secara umumnya, minuman kolagen untuk merangsang mekanisma penghasilan kolagen dalam tubuh, seterusnya menggalakkan tisu tubuh dan mengurangkan kedutan kulit dan kulit kendur.
Walau bagaimanapun, kolagen yang mengandungi perasa makanan dan minuman boleh meningkat dengan ketara dengan menggabungkan sucralose dan ekstrak stevia, dengan lebih baik lagi bercampur denganacesulfame potassium.
Adakah kolagen bermafaat untuk kulit dan rambut?
Oleh kerana banyak kolagen dipecahkan semasa proses peningkatan usia atau penuaan, pengambilan peptida kolagen boleh meningkatkan kolegen dalam tubuh kita.
Menurut Dr Jaliman, pengambilan kolagen boleh meningkatkan keanjalan kulit dan membantu proses pembaikan kulit sehingga mendorong tubuh membentuk kolagen baru. Minuman dan serbuk kolagen telah terbukti mempunyai sifat antioksidan, dan antioksidan melindungi kulit dengan mengehadkan pengeluaran radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit.
Hasilnya, minman ini dapat membantu memperbaiki kulit yang rosak kerana antioksidan menjanjikan perlindungan persekitaran dan meningkatkan pembaikan garis-garis halus dan kedutan serta tekstur kulit.
Sementara itu, lebih banyak kajian mengenai kolagen yang perlu dilakukan. Beberapa kajian awal mungkin menunjukkan manfaat seperti keanjalan kulit yang lebih baik dan sakit sendi yang berkurang. Terdapat juga kajian yang dikaitkan dengan suplemen peptida kolagen oral untuk meningkatkan pertumbuhan dan tekstur kuku. Dan dalam kajian dari tahun 2016, suplemen kolagen peptida oral meningkatkan penghidratan kulit selepas lapan minggu dan meningkatkan kepadatan kolagen dalam dermis selepas empat minggu.
Rata-rata kini rakyat Malaysia sudahpun bekerja. Sama ada makan gaji atau makan gai, masung-masing ada pendapatannya. Buat anda yang berhajat utuk berumahtangga, silalah pastikan ekonomi anda kukuh lebih-lebih lagi lelaki. Anda adalah ketua keluarga yang akan menangggung ekonomi keluarga.
Takkan sudah berkahwin pun nak duduk bersama mak ayah lagi? Sudahlah perbelanjaan rumah pun mak ayah tanggung, inikan pula jika sudah mempunyai anak. Lampin, susu dan duit perbelanjaan untuk anak-anak takkan nak minta mak ayah juga? Sebab itu simpanan masa depan sangat penting. Dari perkongsian Dr Azizul Azli Ahmad.
Dalam membina rumah tangga, kesepaduan antara dua belah pihak. yakni suami dan isteri, adalah amat penting. Perkara yang pertama perlu diwujudkan adalah melaksanakan tanggungjawab, kewajipan dan hak masing-masing.
Dalam masa yang sama, perkara yang tidak kurang pentingnya bahkan itulah yang menjadikan rumahtangga sebagai baiti jannati adalah pengorbanan. Para suami berkorban untuk isterinya dan para isteri berkorban untuk suaminya.
Dengan sebab itu, akan lahirlah kasih sayang seperti yang termaktub dalam Surah al-Rum. Natijah daripada perkahwinan adalah mendapat ketenangan, mahabbah (kasih sayang) dan juga rahmah yang melahirkan cinta dan kebahagiaan.
Al-Qur’an sendiri telah mengajar suami supaya bergaul dengan isteri dengan cara yang baik samada daripada sudut adat dan yang lebih penting lagi berlandaskan syariat. Firman Allah SWT:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: “Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
(Surah al-Nisa’: 19)
Jumhur ulama’ berpendapat wajib atas suami berkhidmat kepada isterinya yang tidak mampu dan tidak layak untuk dia menguruskan dirinya sendiri.
Ini kerana ia seolah-olah sebahagian daripada nafkah isteri ke atas suami dan ulama sepakat jika sekiranya isterinya sakit atau ditimpa keuzuran sehingga tidak mampu menguruskan diri sendiri untuk suami berkhidmat kepada isterinya.
Walaupun begitu, dalam mazhab Maliki wajib bagi suami menolong isterinya dalam berkhidmat jika suaminya kaya dan isterinya mempunyai kedudukan yang tidak sesuai melaksanakan tugas tersebut kerana dengan pelaksanaan tersebut akan mengurangkan darjat kedudukan isterinya itu. Lihat al-Syarh al-Kabir dan Hasyiah al-Dusuki (2/510).
Sedangkan mazhab Hanafi pula berpendapat jika isteri enggan mengisar tepung atau menguli roti di mana beliau tidak sesuai untuk tugasan itu atau kerana sakit, maka hendaklah suami menyediakan makanan yang sudah siap.
Sebaliknya jika mampu, maka hendaklah isteri melaksanakan tugas tersebut dan tidak wajib atas suaminya. Hujahnya adalah Rasulullah SAW membahagikan tugasan Ali dan Fatimah di mana Ali bertugas di luar rumah sedangkan dalam rumah di tugaskan kepada Fatimah. Lihat Fath al-Bari (9/507).
Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fatawa Mu’asirah (terj.) 3/144 menyebut, “Perkhidmatan khadam merupakan salah satu bentuk pergaulan yang baik (kepada isteri). Tidak wajib mendapatkan khadam lebih daripada satu kerana haknya adalah khidmat dirinya sendiri.”
Berdasarkan kepada banyak nas dan juga nasihat salafussoleh, jelas menunjukkan para isteri amat perlu berkorban dalam ruang lingkup kerumahan sehingga dialah yang mentadbir dan mengasuh serta menguruskan rumah. Isteri digelar dalam Bahasa Arab sebagai rabbatul bayt memberi maksud tuan atau pengurus rumah.
Saidina Umar RA ketika menasihatkan Aqil RA berkenaan kedudukan isteri telah mengalasankan dengan banyaknya tugas isteri di rumah seperti mengasuh, memasak dan seumpamanya. Inilah juga yang dilakukan Asma’ binti Abu Bakr dalam membantu suami, al-Zubair Ibn al-Awwam.
Hal ini tidak pelik dalam tradisi semua bangsa termasuklah sejarah Fatimah al-Zahra’ yang membantu suaminya Ali bin Abi Talib RA dengan mengisar gandum dan sebagainya. Begitu juga apa yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang berkorban untuk para suami dan keluarga mereka.
Dalam Raudhah al-Nadiyyah oleh Sayyid Siddiq Hasan Khan menyebut: “Ia berbeza mengikut tempat dan masa, keadaan seseorang individu. Nafkah di masa mewah dengan cara baik dan di waktu ekonomi meleset dengan cara yang sepatutnya.”
Walaupun begitu, suami yang berkemampuan sebaiknya hendaklah meringankan bebanan isteri seperti mengupah orang gaji atau membeli beberapa peralatan bagi memudahkan urusan isteri masing-masing seperti mesin basuh, alat memasak yang moden seperti periuk nasi dan lain-lain yang sudah barang tentu akan meringankan dan menyenangkan isteri.
Justeru, kami katakan bahawa dengan memahami tugas dan tanggungjawab serta realiti sebuah kehidupan dalam mengasuh mendidik anak bangsa generasi seterusnya, persefahaman dan pelaksanaan tugas serta sikap toleransi, bantu-membantu antara suami isteri boleh menatijahkan kebahagiaan sehingga terjadilah baiti jannati.
Isteri dan anak-anak menjadi qurratul ain kepada suami masing-masing. Akhir kalam kami berdoa kepada Allah sebagaimana dinyatakan
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
SUMBER : Kunci Rumah Tangga
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!