Sebagai seorang manusia kita mesti akan melakukan kesalahan, begitu juga bagi pasangan suami isteri. Adat berumah tangga perbalahan itu mesti akan terjadi. Sebab itu, kita sebagai pasangan jangan takut untuk memberikan teguran atau nasihat.
Jangan kerana anda takut untuk memberi teguran sehingga ianya sendiri boleh melukakan hati dan perasaan anda. Jangan simpan didalam hati. Sebaiknya luah apa yang terbuku, apa yang terbaik untuk anda berdua. Mudah sahaja kalau anda tahu caranya seperti berikut.
1. Lihat pada diri anda dahulu
Sebelum anda menegur pasangan lihat pada diri anda dulu. Adakah anda juga melakukan perkara yang betul? Jika tidak, anda boleh menasihatnya dengan cara yang baik dan tidak melukakan hatinya.
2. Pujian dan kritikan seimbang
Biarpun niat anda memang baik iaitu menegurnya kerana si dia melakukan kesalahan. Namun, anda tidak boleh fokus dan menghentam hanya kerana kesalahannya sahaja. Sebaiknya anda seimbangkan kritikan dan pujian dengan seimbang. Baru dia tidak melenting dengan anda.
3. Lihat pada suasana yang sesuai
Jangan menegurnya dengan marah secara tiba-tiba. Lebih-lebih lagi pada keadaan yang tidak sesuai contohnya seperti di kompleks membeli-belah. Orang akan melihat pertengkaran anda berdua. Ia tidak patut berlaku.
4. Jangan bercakap ikut suka hati anda
Nada suara itu sangat penting apabila ingin menegur supaya pasangan anda boleh terima dengan teguran yang anda berikan. Gunakan nada yang bersesuaian untuk menegur seseorang.
5. Jelaskan dengan maksud yang senang faham
Adalah lebih elok jika anda menggunakan bahasa yang mudah difahami. Anda dinasihatkan agar tidak menggunakan ayat seperti kiasan kerana ia akan merumitkan keadaan. Sebaiknya terus terang sahaja apa yang anda ingin sampaikan.