Nak Urusan Jodoh Dipermudahkan, Sila Jauhi Perkara-Perkara Ini!

Share

Oh, patutlah sebelum ini urusan jodoh seakan lambat. Rupa-rupanya ada perkara-perkara yang kita lakukan menghalang kita daripada bertemu jodoh. Memang benar, ajal, maut, rezeki dan jodoh itu rahsia Allah. Sebagai manusia biasa, kita perlu redha dengan segala ketentuannya.

Dalam soal pemilihan jodoh pula, ada individu yang mudah untuk dapat jodoh dan ada juga yang sulit jodohnya. Selain daripada ketentuan Allah, sebenarnya masih ada dosa yang menghalang kita untuk bertemu jodoh oleh-NYa.

Kami kongsikan 5 perkara yang perlu anda jauhi agar urusan jodoh anda dipermudahkan.

1. Meninggalkan Solat

Setiap individu beragama Islam wajib untuk menunaikan solat 5 waktu setiap hari. Solat merupakan ibadah yang tidak boleh ditinggalkan walau sedikit pun. Dengan meninggalkan solat, ia menjadi penyebab mengapa Allah tidak memakbulkan permintaan hamba-Nya. Lebih-lebih lagi dalam soal jodoh.

Selain meninggalkan solat, anda yang sering menunda solat hingga ke akhir waktu juga perlu mengubah sikap ini. Tidak hairanlah jika Allah mengutamakan tidak mengutamakan doa-doa anda termasuklah soal jodoh.

2. Melakukan Zina

Zina merupakan salah satu perbuatan keji yang dibenci ALlah. Dengan kata lain, melakukan zina akan membuatkan hubungan manusia dengan Tuhannya rosak sehingga urusan jodoh pun terhalang kerana dosa tersebut.

Sekiranya anda pernah melakukan zina, segeralah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Mohon ampun di atas segala kesilapan anda. Allah itu sifatnya Maha Pengampun dan pasti taubat seseorang dengan penuh keikhlasan akan diterima-Nya.

3. Melakukan Perbuatan Syirik

Seperti yang anda tahu, perbuatan syirik adalah berdosa besar. Syirik bermaksud menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’alnya. Contohnya, apabila jodoh anda lewat tiba, anda meminta pertolongan bomoh, tukang tilik dan sebagainya. Hal ini bertentangan dengan hukum Allah. Hanya Allah tempat anda bergantung.

4. Memutuskan Silaturahim

Hubungan silaturahim perlu dipandang sebagai elemen penting dalam usaha membina hubungan dengan Allah. Mengekalkan hubungan silaturahim sesama manusia akan memudahkan kita mendapat rezeki berupa jodoh. Oleh itu, jangan sesekali cuba untuk memutuskan silaturahim sesama manusia.

5. Dosa Terhadap Orang Tua

Ibu bapa penyebab anda wujud di dunia ini. Melakukan dosa terhadap ibu bapa boleh menyebabkan kemurkaan Allah dan menutup segala pintu rezeki. Keredhaan ibu bapa itu penting. Tanpa redha mereka, Allah juga tidak akan membantu hamba-Nya. Maka, lambatlah urusan jodoh anda.

Sumber: BaitulMuslim.com

Published by
webadmin