Nak Wajah Ekstra Glowing & Lebih Segar, Ikut Cara Mudah Wanita Ini Buat Face Mist Guna Timun!

Share

Kulit wajah yang sensitif mudah menjadi merah, mengelupas, alami keradangan dan sangat mudah berjerawat. Selain produk perawatan wajah, bahan semula jadi seperti timun juga mampu untuk merawat wajah yang sensitif sekali gus menyegarkan wajah yang lesu.

Manfaat timun memang tidak perlu diragukan lagi kerana ia merupakan buah yang kaya dengan vitamin dan sering digunakan untuk mencantikkan wajah. Tidak perlu membeli face mist kerana anda boleh membuatnya sendiri menggunakan timun mengikut kaedah mudah yang dikongsikan oleh Fyza Shah ini.

Kepada anda yang bakal berkahwin, inilah masanya untuk anda merawat wajah dengan bahan-bahan semula jadi yang menyegarkan. Moga ia akan memberi manfaat pada kulit wajah anda.

Kulit sejuk selesa dengan Face Mist Cucumber. Ekstra glowing gittew.

Face mist atau semburan untuk muka ni dah jadi salah satu regimen penting penjagaan muka. Selain memberi kesegaran, menyejukkan dan menenangkan kulit, face mist boleh memberi kelegaan untuk kulit yang penat atau letih, kulit yang luka atau burn disebabkan sinaran uv yang merbahaya.

Nak citer bab face mist ni, banyak sangat. Bukan takat boleh menenangkan taw, tapi kulit jadi glow dan lebih sekata. Sebenarnya, nak buat homemade face mist ni banyak sangat bahan kat dapur boleh guna. Lemon, aloe vera, air ros termasuk timun antara yang boleh dan mudah digunakan

Bahan ni memang menyejukkan kulit. Fyza pilih timun sebab mudah, murah dan efek dia sejuk kat kulit. Fefeling damai sentosa lepas sembur kat muka. Ekekek.Timun ni kandungan air dia tinggi. Sesuai sangat untuk kulit yang panas terbakar disebabkan matahari, halang kekeringan pada kulit dan kawal penghasilan sebum.

Paling best timun boleh rangsang kolagen kulit, timun bertindak sebagai anti penuaan yang baik, elak kedutan dan garisan halus.Nampak je timun ni biasa-biasakan. Tapi timun ni kaya sangat dengan kandungan vitamin c, vitamin a, vitamin k, kawal melanin, dan tingkatkan kecantikan asli.

Kalau korang kulit pernah breakout sebab salah produk, atau ada jerawat yang bengkak-bengkak tu elok naw guna face mist timun ni tau . Pakai hari- hari lepas cuci muka atau lepas siap mekap.

Okay boleh tengok video untuk lebih clear full step by step nak buat face mist yang sejuk, segar dan menenangkan ni.

Bahan-bahannya:

1. Timun
2. Botol kosong / botol spray

Cara buat Face Mist Cucumber

======================

1 batang timun dibuang kulitnyer. Potong kecik-kecil dan rebus jap dengan api perlahan 5 minit.

Amik timun dengan air rebusan tu dan blend. Lepas lumat, amik tapis dan tuang ke dalam bekas.

Simpan dulu dalam peti bagi sejuk beberap jam. Dah sejuk boleh guna dan spray kat muka dengan penuh kenikmatan.

Rasa sejuk, tenang dan damaii macam duduk tepi pantai sambil hirup fresh oren

Buang kulit dulu.
Potong kecik-kecik.
Siap potong leh rebus 5 minit dengan air sikit dan api perlahan.

Published by
Putri Adila