Para suami, kalau nampak isteri ada masalah dengan mak, tolong selamatkan dia. Inilah pesanan daripada saudara Hamizan Zulkifli untuk anda yang sudah berkahwin.
Okay, nak faham lebih jauh, jemput baca dulu…
Sebelum kahwin, mak saya akan pesan kat kami 6 beradik, “macam mana sekalipun, lepas kahwin hampa kena keluar dari rumah ni.”
Awalnya tak faham kenapa. Kena halau dengan mak sendiri ke? Kadang kita niat nak bakti pada mak ayah walau dah berkahwin.
Tapi bila makin dewasa, makin faham banyak lagi cara kita nak bakti pada mak ayah. Duduk berasingan itu tak menjadikan kita anak derhaka pun.
Psikologi mak-mak ini depa ada tabiat mengarah-arah dan betulkan kesilapan. Itulah situasi dia terpaksa lalui selama berbelas/berpuluh tahun untuk besarkan anak-anak.
Ada mak-mak yang boleh control tabiat itu, tapi ramai tak boleh.
Bukan tak boleh bawa menantu duduk sebumbung. Boleh, tapi syaratnya MIL tu boleh terima kekurangan menantu, mampu jaga mulut dan MENANTU WAJIB PERFECT.
Kalau tak, duduk berasingan lebih baik. Sekali pun bukan sebab untuk jaga hubungan isteri dan mentua, berpindahlah untuk privasi kalian berdua. Tak kisah sama ada dari segi pemakaian, tingkah laku, hobi, komunikasi suami isteri atau usaha membesarkan anak.
Bayangkan, isteri kita kali pertama bergelar seorang isteri. Tak pernah tidur sekatil sebumbung dengan “orang luar (lelaki)”. Dia pun ada upbringing tersendiri.
Tiba-tiba, baru nak feeling menikmati hidup berumah tangga, dicungkil segala salah silap dia dari sekecil kuman sampai sebesar alam.
Kadang ada situasi MIL baik, tapi menantu pula perangai ke laut.
Langsung tak buat kerja rumah, hanya uruskan makan minum dan pakaian dia dan suami semata-mata (ada yang tak buat apa langsung), tak hormat FIL dan MIL and the list goes on.
Mak mentua pun diam sahaja pendam sorang diri sebab nak jaga hati anak dan menantu punya pasal. Sedangkan dia tuan rumah.
Dalam isu begini penentu keharmonian hubungan isteri dan mak ialah si suami. Tapi kalau dia sendiri jenis lembik lutut nak buat keputusan, malanglah si isteri terpaksa tanggung seksaan mental setiap hari dan terima hakikat bahawa dia berkahwin dengan ketua keluarga yang bebal.
Masalah ekonomi? Kena usahakan juga macam mana sekalipun dengan tulang 4 kerat yang ada.
Sebab tu ustaz selalu pesan, jangan seronok sangat nak kahwin ni. Tanggung jawab itu besar bukan kepalang.
Sebelum nak gelak mengekek dapat tindan pipi atas pipi isteri masa sesi photoshoot nikah, atau isteri cium tangan sementara kau sengeh tengok kamera sambil genggam penumbuk tanda syok dunia akhirat, fikir dulu 5-10 tahun ke depan.
Adakah kau boleh jadi ketua yang bertanggung jawab?
Situasi ini bukan berlaku antara menantu perempuan dengan mak mentua saja, tapi antara mak dan anak perempuan pun boleh jadi.
Apa-apa pun, wahai para suami, selamatkanlah rumah tangga anda. By “rumah tangga”, I mean your mother and wife.