Dah tahun 2019 zaman sekarang memang kita boleh lihat perlbagai-bagai jenis pelamin dan corak yang dipamerkan. Ada yang unik dan sangat memukau.
Bakal pengantin selalunya boleh memilih tema dan corak mengikut kesesuaian dewan dan pakaian mereka. Antara yang unik kali ini adalah pelamin marble. Ia ala-ala pelamin bertemakan batu marble yang menghiasi pelamin. Memang cantik. Tengok ni!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Minta Deko Rumah, Biasanya Suami Bagi Atau Tidak?
Hakikatnya suami atau lelaki tidak lari dari teknologi terkini termasuklah peralatan canggih seperti set ‘home theatre’ dan juga sub woofer yang diletakkan di ruang menonton. Jadi bagaimana untuk menjadikan lokasi menonton sebagai lokasi yang tenang agar tidak berserabut dari wayar dan juga peralatan tersebut? Walaupun isteri minta ia dirias dengan tema glam moden, suami pasti masih boleh tersenyum.
Ruang menonton juga dikategorikan sebagai ruang utama selain bilik tidur. Di lokasi ini anda perlu peka dan teliti dari segi gaya letak perabut dan juga peralatan kerana kebiasaannya tetamu serta penghuni akan berkumpul di sini. Maka keadaan ruang ini akan memberi gambaran pada anda selaku tuan rumah.
Perabot
- Sebelum meletakkan peralatan elektronik seperti televisyen mahupun set home theatre, perhatikan ruang menonton. Adakah ianya sempit mahupun luas? Jika luas tiada masalah. Jika sempit, anda haruslah membeli rak tv yang sesuai dengan keluasan ruang tersebut.
- Jika boleh dapatkan rak tv yang mempunyai ruang yang lebar memanjang dan tertutup agar memberi impak kemas.
Peralatan eletronik
- Tidak salah untuk anda mendapatkan subwoofer atau set home theatre kegemaran asalkan ianya tidak terlalu menonjol dan kena dengan gaya ruang tersebut. Peralatan sebegini harus diletakkan di tempat yang bersesuaian dan tidak menghalang laluan bagi mengelakkan kecelakaan di dalam rumah.
- Jika memasang peralatan elektronik, selalunya ruang di belakang tv mahupun set home theatre sering dilupakan. Kesannya, dapat dilihat secara jelas wayar-wayar yang berselirat dan menyemakkan permandangan walaupun diletakkan di belakang rak tv. Maka amatlah ditekankan agar memilih rak tv yang berpenutup bagi menyembunyikan semua wayar tersebut.
Ruang Khas
- Bagi penggemar filem dan dvd, anda pasti mempunyai banyak koleksi dvd yang dibeli. Tetapi selalunya ramai yang kurang endah dengan dvd-dvd tersebut. Akibatnya, dvd ini diletakkan dimerata tempat sahaja dan keadaan ini mencacatkan ruang menonton anda. Adakah anda gemar melihat sarung-sarung dvd ini bersepah sahaja di lantai? Pasti tidak bukan. Apa kata sediakan ruang khas ataupun bekas yang besar, jika bertutup lagi digalakkan agar kesemua koleksi dvd ini boleh diletakkan di dalam bekas tersebut. Maka ruang menonton anda akan sentiasa kemas dan teratur tatkala anda bersantai memanjakan diri mahupun beristirehat bersama teman.
Gaya glam moden tidak semestinya hanya sesuai untuk kediaman mewah. Antara elemen penting dalam menyerlahkan dekorasi glam moden adalah:
1. Pemilihan perabot yang ringkas namun mempunyai perinci seperti logam, upholstery dan ukiran sedarhana
2. Pemilihan palet rona yang lebih cenderung kepada putih, kelabu, krim hitam dan emas
3. Elemen yang menyumbang dan memerangkap cahaya tamabahan seperti cermin dan aksesori kristal
4. Menyerlahkan kemewahan dengan pemilhan kemasan lembut yang mempunyai tekstur atau bercorak gometrik
5. Mewujudkan kehadiran pencahayaan lebih dramatik melalui penggunaan chandeliers dan lampu meja
Kredit foto utama: Instagram Dr Faraizzati
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengantin Baru Nak Ruang Dapur Nampak Cantik? TEKNIK PENCAHAYAAN Salah Satu Rahsia Yang Perlu Anda Ketahui!
Usai majlis pernikahan dan resepsi, kini tibalah memulakan kehidupan baharu sebagai pasangan suami isteri. Antara perkara yang menjadi tumpuan pengantin baharu ialah mencari kediaman yang sesuai untuk menjadi mahligai kasih sayang. Ada yang memilih untuk menyewa, dan ada juga yang memiliki rumah sendiri. Tidak kira sama ada menyewa atau memiliki kediaman sendiri, keselesaan menjadi tarikan utama membina kehidupan.
**media[445532]**
Antara ruang yang penting untuk seorang wanita pastinya ruang dapur. Ruang dapur serta ruang makan umumnya menjadi sebuah tempat berkumpul bersama ahli keluarga. Selain itu, adakalanya banyak aktiviti yang dilakukan di kedua-dua ruang tersebut. Dalam dapur moden masa kini, kebanyakan wanita menghabiskan banyak masa di dapur dengan melakukan pelbagai aktiviti antaranya memasak, membuat kek atau mengajar anak-anak ketika sibuk menyediakan makanan untuk seisi keluarga.
Tidak dinafikan dapur memerlukan kaedah pencahayaan yang baik supaya suasana menjadi lebih selesa dan menyenangkan. Berikut adalah beberapa tips agar pencahayaan dapur kediaman anda menjadi lebih menarik dan bertepatan.
**media[445533]**
CHANDELIER
Lampu jenis moden ini semestinya masih sesuai digunakan di beberapa ruang dapur. Semakin banyak lampu chandelier yang ingin digunakan, sebaiknya anda memilih rekaan chandelier yang ringkas supaya persekitaran ruang dapur tidak kelihatan terlalu berlebihan.
**media[445534]**
LAMPU GANTUNG
Lampu gantung umumnya sesuai digunakan untuk ruang dapur yang berkonsepkan minimalis. Ini adalah kerana lampu gantung mempunyai karakter yang sangat ringkas seterusnya mampu menyerlahkan gaya yang elegan pada ruang dapur. Pastikan, sekiranya anda menggunakan lampu gantung pilihlah rekaan yang serupa agar selaras dengan keseluruhan dapur anda.
TRACK LIGHT
Lampu sorot yang menjalar bukan hanya berfungsi pada bahagian taman mahupun garaj sahaja. Kini, lampu tersebut boleh digunakan serta dikombinasikan dengan reka bentuk dapur moden anda. Bahkan, dengan menggunakan lampu tersebut ruang dapur anda akan terasa lebih luas serta lebar.
PLAFOND GANTUNG
Lampu jenis ini boleh menjadi pilihan terbaik untuk dekorasi pencahayaan ruang dapur anda. Kesan daripada penggunaan lampu jenis ini akan menyerlahkan suasana yang elegan serta ringkas. Plafond gantung tentunya boleh digabungkan dengan berbagai reka bentuk dapur yang anda miliki. Supaya kelihatan lebih menarik, anda bolehlah menambahkan lampu LED di setiap sisi plafond dengan warna-warni tertentu sehingga ruang dapur tampak lebih menarik dan moden.
INFO
TIPS MEMILIH PERALATAN LAMPU
1. Sekiranya anda sedang mengubahsuai rumah serta mempunyai bajet yang terhad untuk peralatan lampu, mulakan pemilihan anda dengan peralatan lampu di ruang makan ataupun ruang tamu. Lampu yang paling menarik dan menyerikan rumah bermula di ruang utama ini. Dari situ, lebih senang untuk anda mula mencari lampu-lampu yang lain dan membahagikan bajet pada peralatan lampu untuk bilik-bilik yang lain.
2. Sertakan bersama dalam bajet pengubahsuaian anda beberapa jenis lampu meja dan lampu berdiri. Sekurang-kurangnya dua hingga empat jenis lampu sudah memadai. Lampu-lampu ini amat berguna apabila anda ingin melakukan quick makeover di ruang rumah anda. Mudah juga untuk anda mengalihkannya mengikut citarasa dekorasi anda, lebih-lebih lagi lampu meja dan lampu berdiri kerana ia boleh menjadikan ruang bilik lebih mesra suasana.
3. Jika inginkan daya tarikan pada dinding, anda boleh menggunakan sebuah lampu dinding yang menarik dan yang boleh memberikan sinaran cahaya lampu yang kreatif pada dinding. Pilihan anda tidak terhad pada kertas dinding, lukisan, panel papan kayu dan seterusnya. Anda boleh menggunakan lampu dinding untuk mencipta kesan pencahayaan dan membuat dinding lebih menarik.
4. Di kedai hardware terdapat banyak corak bal LED sentuh atau tap-on yang boleh dipasang siap dan menggunakan bateri. Jika kabinet besar ataupun almari baju anda malap dan gelap, lekatkan sahaja bal LED tap-on ini di dalam kabinet supaya anda senang melihat barang di dalamnya. Ia juga mudah dipasang dengan menggunakan pelekat sahaja tanpa memasang aliran elektrik kepada kabinet dan almari. Anda boleh menjimatkan kos memasang lampu di almari kerana menggunakannya sebentar sahaja. Kosnya amat minimal kerana menggunakan bateri biasa.
Perhatikan cara anda menggunakan lampu dalam kehidupan harian. Elakkan pembaziran kos pada peralatan lampu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bunga Rampai Lengkapi Dulang Hantaran
Bagi memenuhi dulang hantaran, bunga rampai digubah indah sebagai pemberian kepada bakal pengantin. Bunga rampai menghadirkan aroma harum dan segar di sesuatu majlis yang diadakan. Ia juga satu terapi khusus kepada majlis persandingan dan amat baik diletakkan di dalam bilik pengantin.
Bunga rampai adalah hasil adunan beberapa jenis bunga terpilih dan daun pandan yang di hiris halus serta digaul dengan minyak wangi.Bunga rampai merupakan bunga yang dihiris halus, beserta daun pandan. Ianya juga digunakan semasa majlis merenjis atau tepung tawar di pelamin
Bahan-bahan untuk membuat bunga rampai:
- kelopak bunga mawar pelbagai warna, bunga melur, bunga jenjarum, bunga kekwa dan pelbagai bunga yang ada
- daun pandan
- daun limau perut – ia menambahkan aroma pada bunga rampai
- pachovali- pewangi bunga boleh dibeli jer dekat Maidin.
- air mawar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI