Nampak Remeh Tapi Ini Yang Selalu Terlepas Pandang, Bakal Pengantin Lelaki Kena Tahu Ni!

Share

Nak berkahwin semestinya sesuatu perkara yang perlu dititik beratkan. Segala persiapan perlu lah dilakukan dengan awal untuk mengelak daripada masalah berlaku. Adalah baik jika kedua-dua belah pihak saling bantu membantu dalam menguruskan hal perkahwinan seperti tempat, katering, pelamin dan sebagainya.

Bagi bakal pengantin pula, adalah penting untuk anda menjaga keselamatan diri anda terlebih dahulu. Jangan lakukan perkara atau aktiviti yang merbahaya sebelum beberapa hari menjelang majlis anda.

Kebiasaanya bakal pengantin perempuan sudah menempah atau membuat segalanya lebih awal kerana mereka agak sedikit ‘complicated’. Namun, itu tidak bermakna yang lelaki boleh rileks dan ‘chill’ sahaja. Ini adalah persiapan khas untuk penganti lelaki perlu tahu. Nampak remeh tapi ini yang selalu terlepas pandang.

#1) Siapakn baju melayu siap butang, gosok sampin siap, songkok hitam dan masa nikah perlu ya pakai stokin hitam atau putih. Andai kata baju nikah anda berwarna putih pakai lah stokin putih atau ikut kesesuaian nya.

#2)

Pihak pengantin lelaki wajib atau kena sediakan duit upah tok kadi dan juga saksi. Jadi, anda boleh minta ayah pengantin perempuan tanya siap-siap berapa harga upah pada tok kadi. Upah ini berbeza ikut negeri ya. Kalau dah sedia sediakan awal-awal, tidak lah kelam kabut lepas siap nikah nanti.

#3) Mas kahwin dan cincin atau gelang batal air sembahyang kalau boleh semasa dalam perjalanan pergi nikah, barang-barang ini naik dalam satu kereta dengan pengantin lelaki ya. Sebab banyak juga kes yang kita lihat ‘delay’ nikah sebab pembawa mas kahwin sesat.

#4) Nak nikah wajib bawa IC ya abang-abang semua. Nanti tok kadi nak cek betul ke nikah dengan orang ini dan sebagainya. Semasa anda datang ke pejabat  agama, jika mereka bagi borang apa sahaja, anda kena ‘standy’ je bawa masa nikah nanti. Sijil kursus nikah pun kena sediakan siap.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : cahayasakinah_mua

Published by
NanyRahman