Bila sudah kahwin kena ingat, isteri bukan orang gaji anda. Zaman sekarang kalau suri rumah pun tetap ramai yang pandai duit tepi.
Berniaga macam-maca dalam online, sama-sama penat kaedahnya. Jaga anak lagi, kemudian siapkan hal rumah tangga bagai bibik. Ya, semua itu dapat pahala tetapi isteri pun ada tahap tenaganya. Kalau penat cepat marah!
Nah, untuk ketahui lebih jauh jemput baca perkongsian Shamsul Faizal ini. Baru anda faham keadaan sebenar tentang orang rumah yang dilihat cuma duduk di rumah.
Kalau dulu isteri duduk rumah, suami keluar bekerja. Sekarang sama-sama keluar bekerja. Logiknya, penat pun sama banyak.
Tetapi bila balik rumah, si isteri tudung pun tak sempat buka, terus ke dapur. Ambil beras masukkan dalam rice cooker.
Buka peti ais, keluarkan ikan dan rendam. Ambil sayur dan segala bagai terus potong untuk masak.
Dalam masa yang sama, isteri pergi ke bilik dan kumpulkan baju-baju masam dalam raga dan terus sumbatkan dalam mesin basuh. Bubuh sabun, tekan suis dan terus ke dapur semula.
Tumis bawang, goreng lauk dan sebagainya. Suami mana? Terlentang atas sofa main handphone. Anak mana? Terlentang depan TV layan drama Korea. Tunggu makanan dah hidang, barulah semua bangun. Hari-hari macam ini.
Hello guys! Isteri dan ibu itu bukan orang gaji. Dia bukan robot. Tak reti kesian pada orang ke?
Anda, lepas makan pinggan sebiji pun tak reti nak basuh. Main letak dalam sinki macam itu saja. Boleh patah tulang gamaknya.
Sampah di dapur pun anda tak bleh nak tolong buang. Bila bising, kata kuat berleter.
Sama-samalah tolong. Tak payah kena suruh. Ada otak fikirlah.
Seorang isteri dan ibu ini, Allah memang bagi dia kuat. Cuma kita kena faham yang dia pun reti penat sama macam kita dan dia pun boleh sakit.
Satu saja nak pesan, jangan tunggu sampai dia sakit dan tak mampu buat apa-apa dah. Masa itu kita akan menyesal.