Ada wanita yang baru berkahwin barulah nak belajar memasak. Bukan salah mereka, mungkin kerana gaya hidup moden dan sibuk bekerja membuatkan ramai wanita hari ini tidak hebat ketika di dapur. Untuk mereka yang baru pertama kali memasak nasi dan secara tiba-tiba ia hangit, mungkin ini boleh membantutkan selera suami anda. Jadi kami senaraikan cara untuk para isteri mengembalikan seleranya. Elak bau hangit pada pada nasi dan kembali wangi!

Nasi Hangit Kembali Wangi, Ini Suri Rumah Patut Buat

Petua 1:
Ambil sedikit kelapa parut, ikat dalam kain putih yang bersih.Timbuskan dalam nasi. Perlahankan api, dengan cara ini nasi boleh dimakan dan ia masak dengan sempurna.

Petua 2:
Ambil dan basuh cili kering dalam dua tiga tangkai dan jangan dipotong. Masukkan ke dalam nasi tersebut dan biarkan seketika.

Petua 3:
Kalau bau hangitnya tidak terlalu kuat, letakkan garam di atas tudung periuk dan InsyaAllah, tiada lagi bau hangit tu.

Ads

Petua 4:
Ambil daun pisang dan letakkannya menutupi permukaan atas nasi. Biarkan sejenak.. InsyaAllah, tiada lagi bau hangit.
Nasi Hangit Kembali Wangi, Ini Suri Rumah Patut Buat

Petua 5:
Ambil beberapa biji cili padi. Cucukkan hujungnya ke permukaan nasi tersebut dan tutup.
Biarkan seketika sehingga cili padi tadi layu atau kelihatan agak lebam, barulah bau hangit tadi akan hilang.

Ads

Petua 6:
Ambil beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit.Tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.

Ads

Petua 7:
Ambil daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit.

Petua 8:
Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan tutupkan periuk.

Petua 9:
Taburkan cengkih sebanyak 5 tangkai dalam nasi yang hangit dan biarkan beberapa ketika.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI