Nasi Jagung Guna Beras Basmathi, Tak Patah Dan Cantik Untuk Tetamu

Share

Resipi nasi jagung perkongsian Faizah Md Zain ini menggunakan beras basmathi dan untuk sukatan 1 kilogram beras. Turut disertakan tip penting menggunakan beras basmathi agar nasi cantik panjang dan tidak patah.

Bahan :

1 kg Beras (basmathi jasmine pusa cream)

1/2 tin Susu cair

1/2 tin Jagung (beli yang bukan creamer)

10 biji Bawang merah kecil – kisar

8 biji Bawang putih – kisar

1 inci Halia – hiris

Rempah 4 sekawan – pek kecil

5 sb Minyak jagung – untuk tumis bawang

3 sb Marjerin / butter – masuk semasa nasi sudah kering supaya nasi lembut

Garam secukupnya

2 helai Daun pandan

Daun ketumbar – sedikit namun jika tiada tidak mengapa

1 air (guna sukatan yang sama seperti sukatan berat. Contoh nisbah 1 beras : 1 air

Cara :

Panaskan minyak jagung dan tumis rempah 4 sekawan, bawang merah, bawang putih dan daun pandan sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan air dan susu cair. Gaul rata.
Masukkan pula halia, garam dan biarkan mendidih.
Selepas mendidih, masukkan beras yang sudah dicuci. Biarkan mendidih dan untuk mendapatkan nasi yang panjang dan tidak patah,kacau sewaktu air masih banyak namun jangan terlalu kerap kacau.
Masukkan jagung dan daun ketumbar.
Biarkan nasi masak dan akhir sekali baru masukkan marjerin atau butter.
Untuk dihidang, taburkan bawang goreng.

Kredit resipi & foto : Faizah Md Zain

Published by
webadmin