Nasi Lemak Strawberri Buat Suami Yang Sweet

Share

Bukan senang nak merasai Nasi Lemak Strawberri, jika kepingin terpaksa buka langkah hingga ke Cameron Highland. Untuk lebih terangkat, lawankan dengan Sambal Ikan Talang Masin Strawberri, perghhh.

Tips untuk memasak nasi lemak cara kukus juga menambah keenakan hidangan ini, cubalah, nasi masak cantik dan tidak berkerak serta berderai.
“Nasi lemak strawberry di tepi empangan
“Berlaukkan sambal bilis stobery n smbal ikan talang masin stobery. Nasi lemak tu saya masak cara kukus, alhamdulillah sedap dan yang penting tidak bekerak. Saya cuba kukus style ahli mahn jugak. Letak periuk nasi dalam air kukusan. Tq atas pkongsiannya tapi air dab santan saya sukat macam biasa.”

Bahan :


350 g strawbery 350g – kisar dan tapis. Gunakan serat untuk masak sambal manakalaair tapisan untuk masak nasi.

Utk nasi lemak strawberry :


4 pot beras ( guna tin susu)

2 kotak kecil santan

1 tin susu Air tapisan strawberry

Kemudian campur dengan air biasa dan sukat ikot kasesuaian beras yang digunaka5n.

5 inci Halia – dihiris

Daun pandan simpul

1 sb Garam

1 sb Gula

3 sb Minyak

Cara :


1. Letakkan periuk di dalam kukusan dan terus masukkan periuk nasi. Kemudian tutup periuk kukusan. Gunakan api kuat sehingga nasi kering. Selepas itu, perlahankan api. Tambah lagi air kukusan jika air dah kering. Jangan letakkan air terlalu banyak. Gemburkan nasi untuk seratakan santan. Tunggu sehingga nasi masak. Bestnya cara ni kerana nasi tiada kerak nasi, lembut tapi berderai cantik.


2. Untuk memasak sambal ikan bilis dan sambal ikan talang masin, masak seperti biasa, kemudian masukkan serta strawberry untuk menggantikan asam jawa. Masukkan juga hirisan strawberry. Tidak perlu masukkan garam.

Sumber : NourLida Ismail

Published by
webadmin