Dalam menentukan barang hantaran yang diperlukan untuk majlis perkahwinan atau pertunangan, eloklah berbincang dengan pasangan dan keluarga agar relevan dan nampak manis dijadikan gubahan hantaran.
Ini 10 tip hantaran oleh Feyy Redzuan ( pereka bunga dan gubahan) yang boleh jadi panduan buat bakal pengantin.
1- Pelamin dan busana pengantin mempunyai tema yang tersendiri, seperti juga hantaran perlu ada tema dan konsep supaya sesebuah hantaran itu menjadi menarik dan eksklusif.
2- Konsistensi amat penting bagi hantaran, jika tidak hantaran akan nampak tidak sama dan sekata dengan hantaran-hantaran yang lain.
3- Dulang,susunan bunga & posisi barang sangat penting untuk memberi kesempurnan kepada sesebuah hantaran.
4- Pilihan warna yang terang dan warna-warna yang lembut menjadi trend masa kini. Warna terang dapat menaikkan sesebuah hantaran itu.
5- Pilihan barang untuk diletakkan pada hantaran juga penting. Jika tidak memilih barang yang sesuai, hantaran akan kelihatan tidak eksklusif
6- Pilih bajet yang sesuai dengan kemampuan tetapi kelihatan eksklusif.
7- Perlu memilih saiz barang hantaran yang sesuai dengan tray dulang. Jika terlalu besar, hantaran akan menjadi padat dan tidak kemas.
8- Kombinasi bunga besar, bunga sederhana, bunga kecil dan daun juga memainkan peranan besar bagi sesebuah hantaran untuk mendapatkan alunan dalam sesebuah hantaran. Tidaklah hantaran itu kelihatan mendatar dan sekata sahaja.
9- Jika membuat hantaran sendiri, perlu membeli bunga satu hari sebelum gubahan supaya bunga kelihatan segar pada hari yang digunakan nanti.
10- Pastikan gubahan hantaran diletakkan dalam bilik berhawa dingin ataupun suhu bilik.
Pesona Pengantin membawa penonton menjengah ke butik Ideana Rozaidi untuk melihat keistimewaan gubahan yang dihasilkan.