Sebagai seorang wanita, kita digalakkan untuk mempunyai pendapatan sendiri meskipun telah berumah tangga. Jangan terfikir untuk berhenti kerja dan menjadi rumah sepenuh masa tanpa ada sebarang pendapatan.
Amat penting untuk seorang wanita yang bergelar isteri ada pendapatan sendiri kerana kita tidak tahu masa depan bagaimana. Tidak kiralah kerja sambilan, berniaga dan sebagainya, asalkan ada pendapatan.
Melalui satu artikel yang dipetik dari Harian Metro, ini nasihat yang diberikan oleh Puteri Sarah Liyana.
View this post on Instagram
“Suami sebelum kahwin berbeza dengan selepas kahwin. Kalau sebelum kahwin kamu rasa sudah cukup kenal perangai pasangan, silap besar.”
Itu diluahkan oleh pelakon, Puteri Sarah Liyana yang bersetuju dengan satu artikel yang dikongsi pengikut di media sosial mengenai pengajaran boleh diambil setiap pasangan yang berdepan masalah rumah tangga.
Puteri Sarah berkata, walaupun pengajaran yang dikongsi tidak mempunyai kaitan dengan kisah hidupnya, namun, dia bersetuju dengan beberapa perkara dinyatakan.
View this post on Instagram
“Ada netizen beri artikel untuk saya baca. Sesuatu untuk direnungkan pada semua. Ini kisah orang lain, bukan saya, tapi nombor empat (merujuk kepada sikap suami sebelum dan selepas kahwin) itu sangat betul,” katanya.
Dalam masa sama, Puteri Sarah berharap wanita yang menjadi mangsa curang supaya lebih tegas dalam setiap pendirian seperti yang dikongsikan artikel itu.
“Jangan jadi terlalu baik sampai orang pijak kepala. Ada masa kau kena pejam mata dan tegas je dalam sesuatu. Isteri kena bekerja supaya bila jadi macam ini kita tak terkontang-kanting. Kita masih ada kewangan sendiri.
“Ketahui hak anda sebagai seorang isteri dan cari cara pertahankan hak itu. Hiduplah untuk diri sendiri. Hidup ini singkat je jadi buatlah semua benda yang boleh bahagiakan diri dengan bebas tanpa rasa terikat,” tulisnya.
Sumber: Harian Metro Kredit foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI