Sweetnya ucapan doa dari seorang isteri bernama Nelydia Senrose buat suami tersayang, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid. Walaupun hanya dibaca melalui posting di akaun Instagram namun kami yang membacanya turut terkesan dalam hati.
Ketika jemaah haji mendapat khabar menerima jemputan mengerjakan haji, Nelydia dan Hafez turut berkongsi kegembiraan apabila mereka juga mendapat ‘jemputan’ Allah untuk menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi menunaikan ibadah Haji.
“Saya Nik Zaris Nelydia dan suami tersayang Mohd Hafez Halimi dengan rasa penuh kesyukuran, gembira dan tawadhu’ diatas kebesaran Sang Pencipta yang Maha pengasih dan mengasihani yg mengizinkan kami utk menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi menunaikan ibadah Haji.
Ini adalah anugerah Allah yang maha agung buat kami berdua. Saya dgn penuh rasa kerdil dan rendah diri ingin memohon seribu kemaafan kepada semua yang mengenali saya. Segala salah dan silap, terkasar bahasa yang saya sedari mahupun yang tanpa sengaja terlepas pandang selama ini. Halalkan makan minum kami.
Saya mohon agar dapat dititipkan doa buat saya dan suami agar selamat pergi dan balik. Dipermudahkan segala urusan dan dgn izin-Nya mendapat haji mabrur.”
Sambung Nelydia…
.
“Segala yang saya hajatkan…
Semua yang saya impikan…
Apa yang saya bayangkan…
Tidak akan terlawan dengan anugerah dariNya ini, yang tidak akan mungkin saya dustakan, sehingga ke akhir hayat.
Assalamualaikum 🤍”
Sungguhpun tidak banyak pengalaman yang dikongsikan di laman media sosial namun posting Nelydia baru-baru ini mendapat perhatian. Pengalamannya di Hari Wukuf membawa kasihnya yang padu buat suami tercinta.
“Kenangan kami pada Hari Wuquf dibumi Arafah 🤍
Syurgaku..terlalu banyak usaha, pengorbanan dan besar pelaburan mu untuk kita menjadi tetamu Allah. Niat dan keikhlasan mu untuk ke jalan Allah sangat ku kagumi. Dia tidak berkira-kira untuk memberi yang terbaik demi jalan Allah. Dia juga menjagaku dgn penuh hormat dan kasih sayang. Dia lah sebaik-baik rezeki buat ku dari yang Maha Agung. Moga Allah satukan hati kami hingga ke syurgaNya.
Terima kasih ya Allah atas peluang ini, jadikan kami tetamu Mu lagi, dan jemputlah mereka juga yang sudah lama menantikan undangan Mu.”
Aamin YRA 🤍
Terus rasa nak panjatkan doa buat suami! Selain layanan seorang isteri apda suami, janganlah lupa untuk titipkan doa buat suami setiap kali selepas solat. Doakan seusatu yang boleh memberikan manfaat kepada anda dan keluarga.