Alhamdulillah, akhirnya wira rakyat Malaysia yang viral tahun lalu telah selamat bergelar suami. Berita gembira itu disampaikan sendiri Azwan Omar kepada umum di dalam satu live.
Berkongsi kegembiraan itu juga adalah isterinya, Evanoza Zakaria.
“Kami tak plan pun untuk bernikah bukan Oktober tetapi disebabkan kami sedang membuat persiapan untuk menghadapi banjir, maka kami awalkan.
Asalnya bulan Disember nanti. Memang tak minta bencana banjir tapi kalau terjadi nanti sekurang-kurangnya kami berdua boleh ‘turun’ untuk membantu mangsa banjir sebagai suami isteri. Sebab itu majlis pernikahan diadakan secara tertutup.
BACA ARTIKEL Hati Evanoza Cair Kesungguhan ABANG VIVA. Momen Dapat Cincin Masa Live Rupanya Tengah Gaduh. – Pesona Pengantin
Foto majlis pernikahan yang diadakan di Pejabat Agama Islam Melaka, 14 Oktober 2022 lalu turut dikongsikan bersama. Evanoza dinikahkan sendiri abangnya, Yusri Zakaria. “Alhamdulillah, abang saya Yusri, datang ke Melaka dari Johor Bahru kerana saya berasal dari Johor.”
Azwan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM150, sebentuk cincin serta wang hantaran bernilai RM8,888.
Azwan Pandai ‘Curi Hati’
“Kesungguhan Azwan untuk kenal saya membuatkan saya tertarik padanya. Dia sanggup terima kelebihan dan kekurangan saya. Begitu juga saya. Selalu kalau kami keluar, memang akan ada sahaja orang yang ingin bergambar. Masa tu, Azwan akan pastikan saya berada di tempat ‘selamat’. Mata dia akan melilau cari saya.”
Azwan kini sudahpun menubuhkan sebuah badan NGO iaitu Pertubuhan Gerakan Kebajikan Abang Viva. Misi bantuan ini dijalankan bersama Eva dan beberapa anggota lain. Walaupun rajin mengikuti misi bantuan, Eva masih ligat menjalankan aktiviti zumba yang menjadi kerjayanya sejak 12 tahun lalu.