Teruja melihat perkongsian baju pengantin oleh penyanyi, Noh Salleh yang bakal melangsungkan pernikahan pada 23 September ini dengan wanita pilihannya, Fatin Athirah Mustapa.
Walaupun Noh tidak berkongsi sebarang perincian mengenai busana pengantin rona putih, namun jelas terselit perasaan bahagia apabila dia bakal melangkah semula ke gerbang perkahwinan.
Tertulis Nama Di Penyangkut Busana
Namun vokalis kumpulan Hujan itu tampak terbuka berkongsi persalinan istimewa yang tertera namanya dan Athira Mustapa pada penyangkut kedua-dua busana tersebut.
Lebih menarik, jelas tertulis tarikh 23 September pada penyangkut baju itu sebagai bukti tarikh hari bahagia mereka seperti didedahkan media sebelum ini.
Menurut sumber, busana perkahwinan Noh dan Athirah yang juga peguam itu merupakan rekaan daripada butik berjenama Fidae.
Susulan itu, perkongsian terbabit meraih respons netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah selain mendoakan pasangan tersebut berbahagia sehingga ke akhirnya.
Sekadar info, Noh telah melangsungkan pertunangan dengan wanita berusia 30 tahun itu pada 7 Mei lalu.
Sebelum ini, penyanyi merangkap komposer itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Mizz Nina atau Shazrina Azman, 40, pada 2 Julai 2011, namun bercerai awal Ogos tahun lalu.
Pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat, Musa yang diperkenalkan kepada umum sekitar April tahun lalu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI