Nora Ariffin Terkena Gangguan Sihir Pemisah, Ikhtiar Dengan Perubatan Islam

Share

Baru-baru ini penyanyi Datuk Nora Ariffin, 49, mendedahkan pernah mengalami gangguan sihir pemisah.

Biasanya sihir ini berpunca daripada perasaan dengki, cemburu, cinta, kasih dan marah serta pelbagai emosi yang sukar dikawal.

Orang yang terkena sihir panggilan akan selalu mengalami mimpi ngeri, mendengar suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orangnya, kerap waswas, meragui teman dan orang yang dicintainya, mimpi seakan-akan jatuh dari tempat tinggi atau mimpi melihat haiwan mengejarnya.

Nora Ariffin Terkena Gangguan Sihir Pemisah, Ikhtiar Dengan Perubatan Islam

Menerusi perkongsian dalam Instagram, pelantun lagu popular Di Persimpangan Dilema itu memberi cadangan kepada pengikutnya untuk mencuba perubatan Islam sekiranya terkena sihir tersebut.

“Sihir itu memang wujud. Sihir pemisah juga memang angkara dengki, hati busuk dan kotor.

“Sesiapa yang pernah terkena, berubatlah dengan Darussyifa. Itu ikhtiar kita. Insya-Allah,” ujarnya.

Sementara itu, Nora memilih berkongsi perkara berkenaan kerana dirinya pernah mengalami pengalaman disihir.

“Saya juga pernah lalui macam-macam, itu sebabnya terpanggil untuk membantu orang lain juga.

“Allahuakbar.. Moga kita semua sentiasa dilindungi,” tulisnya lagi.

Sekadar info, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan pada 1992 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat sakit serangan jantung.

Nora kehilangan anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff pada 13 Disember 2019.

Beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55.

Published by
Nadia