Siapa sahaja dekat sini tidak mahu akan tubuh yang langsing dan sihat bukan? Dengan pelbagai jenis rawatan alternatif pada masa kini ia boleh menyelesaikan masalah anda. Tapi, tidak semua orang suka akan rawatan untuk mendapat tubuh atau bentuk badan yang idaman.
Ikuti perkongsian daripada Azlina Ina, makanan yang diet untuk anda yang ingin menjaga tubuh badan. Semoga ia membantu anda!
Bahan-bahan :
Susu tanpa gula dan pengawet guna farm fresh/ sape tidak suka susu boleh ganti dengan homesoy less sweet biasa
Madu asli
Buah pilihan( pilih buah yang kurang kandungan gula dia mcm anggur hijau epal hijau atau strawbery atau berry
Cara-cara :
Ads
1) Sediakan botol bertutup basuh bersih
2) Rolled oat bilas dengan air kosong 3 kali atau basuh elok-elok sambil selawat (biasa buat untuk 2 kali makan sukatan ni sarapan dan makan petang)
3) 200-250 ml susu/ soya homesoy
4) 1/2 sb ( pakai sudu plastik tau elok pakai madu asli) atau chia seeds 1sb
Ads
5) Buah dipotong dadu
6) Isi rolled oat plus madu dan buah masuk dalam bekas bertutup. Goncang sikit dan simpan dalam peti ais kalau nak buat sarapan boleh buat malam. kalau nak buat makan petang atau sebelum pukul 7 nanti buat pagi.
Ads
Sumber : Azlina ina
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri yang bahagia akan menjadi peneman yang baik untuk si suami mencari rezeki mahupun menjadi tempat melepaskan lelah setelah seharian mencari rezeki. Hasilnya, suami akan lebih bersemangat untuk mencari rezeki pada hari-hari mendatang.
Isteri yang sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah. Tak kira dari segi apa sekalipun nikmat yang diterimanya. Duit mahupun rezeki makanan atau keluarga bahagia.
Isteri yang tawakal kepada Allah dengan setiap apa yang berlaku pada diri dan keluarganya.
Isteri yang banyak beristighfar.
Isteri yang suka silaturahim. Maksudnya menjaga hubungannya dengan allah mahupun sesama manusia.
Isteri yang suka bersedekah
Isteri yang bertaqwa
Isteri yang baik agamanya. Sentiasa melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang
Isteri yang selalu mendoakan suaminya
Isteri yang selalu sunat dhuha
Isteri yang taat pada suami
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya.
Maka untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Perlaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah saw. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting. Rasulullah menyatakan;
“Apabila kamu merancang sesuatu perkara, maka dia melakukan solat sunat dua rakaat”.
(Hadis ini direkodkan daripada Bukhari)
Hadis ini hadis umum. Tidak disebutkan hukum wajib melakukan istikharah. Ini terbukti, apabila Rasulullah sendiri, tidak pula melakukan istikharah dalam beberapa hal. Kemudian, tidak pernah direkodkan apabila Rasulullah sudah membuat keputusan, nabi beristikharah lagi.
Istikarah bukan sahaja untuk memilih jodoh
Istikharah ini sebenarnya bukan satu perkara khusus untuk mereka yang mahu berkahwin semata-mata. Bukan ‘alat pencari jodoh’. Bukan juga alat ‘penentu’ siapa yang menjadi pasangan kita. Istikharah ini adalah apa yang terdidik oleh Rasulullah kepada kita dalam membuat apa-apa sahaja keputusan.
Namun, apabila sesetengah pihak mula mengganggap ia ‘alat pencari jodoh sebenar’ yang kononnya tepat 100 peratus, maka istikharah menjadi satu punca kekeliruan hati. Istikharah bukan lagi membantu menenangkan jiwa dan menetapkan hati kita.
Berkait dengan hati
Kita kena faham, bahawa Istikharah itu sangat berkait rapat dengan hati. Kalau hati kotor, mana mungkin akan mendapat petunjuk yang baik. Kalau hati bersih, InsyaAllah ilhamnya nanti juga baik. Ada orang, bersungguh-sungguh solat Istikharah, tetapi maksiat tetap tak tinggal, solat wajib tunggang langgang, maka bagaimana hendak mengharap kepada petunjuk yang baik dan molek ?
Justeru, satu proses yang paling penting dalam bab Istikharah ini adalah membersihkan hati terlebih dahulu. Jika anda sudah benar-benar melaksanakan proses ini, maka barulah anda boleh mengharap datangnya petunjuk yang benar kepada hati anda. Jika tidak, berkemungkinan petunjuk itu hanyalah bayangan daripada Syaitan.
Istisyarah atau mesyuarat
Manusia dianugerahkan akal untuk membuat pertimbangan. Justeru ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk berfikir, menganalisa dan mencari jalan. Islam menganjurkan bermesyuarat atau meminta pendapat orang berpengalaman sebagai kembar kepada proses Istikharah itu sendiri. Maknanya, kita tidak boleh seratus peratus bergantung kepada proses Istikharah semata-mata hinggakan ada yang menunggu-nunggu mimpi dan sebagainya.
Sebaliknya, dengan bermesyuarat pun kita akan mendapat kekuatan untuk membuat keputusan. Timbanglah dengan akal yang matang akan kesemua pilihan yang ada di depan mata, dan belajarlah untuk menjadi berani membuat keputusan. Itu kan sunnatullah dalam kehidupan.
Sumber : BaitulMuslim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Zikir Fatimah” merujuk kepada sebuah hadis sahih yang panjang.
Ali bin Abi Thalib menceritakan bahawa Fatimah (isterinya, juga puteri Rasulullah) merasa sakit tangannya kerana menumbuk (menguli) tepung dan ketika itu pula ada seorang pelayan yang menawarkan dirinya (untuk berkhidmat) kepada Rasulullah.
Fatimah datang menemui Rasulullah untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berhasil menemui Rasulullah dan hanya bertemu dengan Aisyah.
Kemudian Fatimah menitip pesan kepada Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Ketika Rasulullah tiba di rumah, Aisyah pun memberitahu baginda tentang kedatangan Fatimah.
Ali berkata, lalu Rasulullah pergi ke rumah kami ketika kami tengah berbaring hendak tidur. Maka kami segera bangun, tetapi baginda mencegahnya seraya berkata: “Tetaplah di tempat kalian!” Kemudian Rasulullah duduk di antara kami hingga saya merasakan dinginnya telapak kaki beliau yang menyentuh dada saya.
Setelah itu, Rasulullah bersabda: “Inginkah kalian berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian minta? Apabila kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) tiga puluh empat kali, tasbih (Subhanallah) tiga puluh tiga kali dan tahmid (Alhamdulillah) tiga puluh tiga kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.”
Selanjutnya Ali menerangkan:
“Saya tidak pernah meninggalkan bacaan tersebut semenjak saya mendengarnya daripada Rasulullah.” Seseorang bertanya kepadanya: “Wahai Ali, apakah kamu juga tidak meninggalkan doa ini pada malam perang Shiffin?” Ali menjawab: “Ya. Saya tidak pernah meninggalkan bacaan (zikir) ini pada malam perang Shiffin sekalipun.” [Shahih Muslim, no: 4906]
Berdasarkan hadis ini, dapat kita pelajari bagaimana Fatimah, puteri kesayangan Rasulullah bekerja keras dengan urusan rumah seperti memasak. Namun Rasulullah tidak memberikan Fatimah dan Ali seorang pembantu rumah.
Sebaliknya baginda mengajar mereka beberapa kalimah zikir yang mudah dibaca sebelum tidur, iaitu Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahu Akbar 33 kali.
Zikir ini menjadi pengganti kepada pembantu rumah yang diminta oleh Fatimah sehingga ia masyhur dikenali sebagai “Zikir Fatimah”.
Rahsia di sebalik pengajaran zikir ini ialah, Allah membalas kepada kita apa yang kita berikan kepada-Nya atau kerana-Nya.
Bahkan Allah akan membalas dengan tambahan dan gandaan. Apabila kita bersedekah kerana Allah, Allah akan membalas dengan tambahan rezeki.
Apabila kita bersikap rahmat kepada makhluk lain kerana Allah, Allah akan menggandakan rahmat-Nya kepada kita.
Demikianlah juga, apabila kita meluangkan masa dan usaha kepada Allah, Allah akan menambah masa dan memudahkan usaha kita.
Oleh: Kapten Hafiz Firdaus Bin Abdullah Juruterbang MAS
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!