Kita orang Islam sememangnya sangat sayangkan agama. Sangat. Isu penutupan masjid untuk mengurangkan wabak jadi isu besar sebenarnya.
Sana sini orang pakat marah.
“Apa takut virus lebih pada takutkan Allah? Wabak ini dari Allah. Kembalilah pada Allah. Itulah jalan penyelesaiannya.”
“Saat susah, saat getir begini pun nak tutup rumah Allah?”
“Saat dilanda wabak kenapa makin jauh dengan Allah? Kenapa makin dijauhi rumah Allah?”
“Lantak lah. Nak tangkap pun tangkap. Aku tetap nak solat jemaah di masjid. Masjid kami tetap akan laksanakan solat Jumaat dan solat jemaah 5 waktu. Kami bertawakkal sepenuhnya pada Allah.”
Kawan…
Sumber sahih mengatakan tempat paling mudah jangkitan virus bermula adalah pada tempat sujud berkarpet di masjid-masjid seluruh negara.
Virus COVID-19 boleh bertahan 3 hari kat tempat itu pada cuaca biasa, dan lebih 5 hari jika ada aircond.
Umum tahu, ledakan gelombang kedua bermula selepas perhimpunan di Masjid Sri Petaling. Himpunan orang alim-alim, himpunan orang warak, zuhud dan baik itu Tuhan kirim ujian.
Ujian ini bukan untuk kita salahkan mereka. Tidak. Jangan marahkan mereka. Mereka dengan sukarela serah diri untuk disaring dan diuji.
Yang lepas itu lepas. Kita tak boleh ubah benda yang dah lepas.
Sekarang kena tumpu pada situasi semasa yang makin gawat.
Tolong elakkan ke masjid saat Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan. Biar virus yang ada di masjid-masjid seluruh Malaysia mati dahulu.
Allah tetap ada jika kita sujud di rumah. Bahkan sentiasa ada di mana kita berada.
Jangan terlalu taksub hingga sanggup ditahan hanya kerana ingin solat di masjid saat perintah berkurung ini. Tolong la jangan sampai begitu.
Kita ke masjid dengan hati yang penuh tawakkal pada Tuhan. Kita ke sana dengan hati inginkan akhirat lebih pada segala. Kita ke sana mungkin tak kisah walau hilang nyawa.
Namun kita pulang, kita peluk anak-anak kita. Kita genggam tangan isteri kita.
Anak-anak kita pula turun bermain dengan anak-anak jiran. Bertolak, bertepuk tampar, bergaduh, menangis dan pulang ke rumah.
Anak-anak jiran itu dimandi ibunya. Suaminya pula menggauli si isteri. Dan mereka pulang pula ke rumah mertua sebelah sana.
Sentuhan demi sentuhan sentiasa ada dengan orang baharu pula.
Dan bayangkan jika kita yang penuh tawakkal ini sujud ditempat sujudnya pembawa virus COVID-19, berapa banyak rangkaian virus telah kita bawa.
Sebab itu virus ini merebak sangat pantas tanpa dapat dikawal. Kerana ia mudah menjangkiti sesiapa sahaja termasuk benda seperti tombol pintu, pemegang pam minyak, karpet surau dan masjid.
Aku sangat sedih bila sudah ada yang memburukkan orang agama dan orang alim-alim sebagai pembawa pula.
Jadi dengan rendah diri, aku memohon kalian menjaga diri sendiri. Kita solat di rumah sebagaimana saranan mufti.
Tidaklah aku menyarankan kalian menjauhi Tuhan. Jangan salah faham. Saat diuji sememangnya kita kena lebih dekat pada Tuhan. Berdoa dan terus berdoa.
Cuma Allah bukan hanya ada di masjid. Di mana-mana, pada setiap masa ‘dia’ ada bersama kita.
Jika ada masjid di kampung kalian masih berdegil teruskan solat Jumaat, teruskan solat 5 waktu dengan membuka pintu, bisik-bisik dengan imam dengan tenang dan lemah lembut tentang perkara ini.
Jika tidak kita yang mencegahnya, nak harap siapa lagi.
Dalam usuluddin Tauhid dan khouf memang hukumnya Wajib hanya bagi الله..
Namun dalam Islam juga ada usul fiqh iaitu lebih kepada mashlahat dlm kehidupan biasa ni..
Sebab itu dibenarkan untuk menjauhi sebarang bentuk kemudharatan umum..
Banyak hadith Nabi yang menyeru utk menjauhi segala bentuk kemudharatan diri..
Dan bukan bermaksud takut akan Mati..
Sedang baginda juga berperang menggunakan baju perisai besi..
Kenapa waktu itu tidak Nabi hanya berserah diri..?
Inilah bentuk kaedah aqidah ahlussunnah wal jamaah.
Dan mereka itu harus berhati-hati dlm berijtihad demi mengelak diri dari terkena tempias pegangan kaum Jabariyah(yg mana mereka hanya berserah bulat-bulat tanpa adanya usaha..ini bersalahan samasekali).
Dlm surah ar-radh ayat 11 tu dgn jelas الله berfirman: Allah tidak sesekali mengubah nasib sesuatu kaum sehingga ia mengubahnya sendiri”..
Jika benar menghayati dan bertadabbur secara Benar..maka fahamlah kita bahawa “usaha dan ikhtiar” itu dibenar dan bersalahan orang yg sekadar berserah sahaja..
“Hanya ulama'(org alim)takut akan الله”
Agama ini ada bahagian-bahagiannya, seperti aqidah, ibadah dan akhlak.
Bab Aqidah = Yakin, Covid-19 hanyalah makhluk, Allah sahaja berkuasa. ✔️
Bab Ibadah= Solat dirumah, Fiqh cegah wabak✔️
Bab akhlak= Elak jangkiti orang lain, ikut peraturan. ✔️
Barulah betul cara beragama!
Copy n Paste n disunting kembali.
Tulus,
Amiruddin Zawawi
#StayWhereYouAre
#StayAtHome
#ZikirEveryMomentInOurLife
#ServantOfAllahFullTime
#IslamIsTheBestWayOfLife
#AllahIsNumberOneForAllOfUs
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya.”
Mendengar kata-kata itu Umar bin Al-Khattab memuji Allah, kemudian beredar meninggalkan tempat itu.
Apa yang dilakukan oleh Umar AL-Khattab itu selari dengan perintah Allah.
Firman Allah (bermaksud):
وَأَنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
“Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah, ayat 195).
Firman-Nya juga (bermaksud):
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا
“Jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu.” (Surah al-Nisa, ayat 29).
Lahaulawalaquwataillabillahilaliyillazhim. Tiada daya tiada kekuatan, tiada daya tiada kekuatan mendatangkan kebaikan, tiada daya tiada kekuatan menolak keburukan. Hidup dan matiku dalam kalimah Lailahalillalallah Muhammadurrasulullah.
Aku lahir dalam syahadah
Aku hidup dalam syahadah
Aku mati dalam syahadah
sumber : Amiruddin Zawawi