Dalam dua tahun ni, kebanyakkan masa kita berada di rumah. Maklumlah, sehingga kini virus Covid-19 masih belum pulih sepenuhnya. Mujurlah ada vaksin yang boleh mengurangkan risiko jangkitan dan kesakitan.
Tapi itu bukan ceritanya. Kebanyakkan masa kita berada di rumah dan sangat penting untuk kita membuat pelaburan besar iaitu dengan membeli sebuah rumah. Mungkin apabila masih bujang, tak ramai yang rasa rumah sendiri itu penting. Ada yang tunggu untuk kahwin dulu kemudian baru fikirkan pembelian rumah.
Masa tu, komitmen semakin menggunung. Nafkah isteri, perbelanjaan rumah, bayaran ansuran pinjaman dan ada rezeki, perbelanjaan untuk anak-anak pula. Cuba ambil kesempatan ketika masih bujang, kurang komitmen dan ada kebebasan berbelanja untuk memiliki rumah sendiri. Tak semestinya beli rumah besar, cukup sekadar sebuah rumah untuk anda diami bersama keluarga kecil dahulu.
Seperti perkongsian Dr Azizul Azli Ahmad, orang bujang juga perlu ada rumah sendiri.
========================================================
RUMAH ORANG BUJANG
1. Jika kita masih bujang, pertimbangkan untuk beli rumah kecil sebagai wawasan.
2. Mulakan dengan kediaman kecil yang boleh disewakan. Paling bagus ada 3 bilik dan 2 bilik air sebaiknya. Jangan terjebak beli studio!
3. Jika bakal mertua tahu bahawa anda telah ada hartanah, biar kecil dan murah.
4. Ia mengambarkan anda punya kualiti dan wawasan yang padu. Lamaran anda akan diterima laju laju.
5. Mulakan sekarang dan jangan tunggu, carikan rumah kecil dan mampu beli dahulu.
Tapi boleh disewakan pada tamu. Baru Mira Kirana cakap ‘i lap u’.