Pernah mendengar ceramah seorang ustaz, rupanya harta milik kita semua itu nanti akan dihisab di akhirat kelak. Biarpun selama ini kita berkelakuan baik, berbudi pekerti, menghormati ibu bapa dan keluarga, tidak pernah meninggalkan solat mahupun sering sahaja bersedekah dan membantu fakir miskin yang dalam ksukaran hidup, kita sebenarnya boleh dihumban ke dalam api neraka dengan sekelip mata dek kerana perbuatan suka mengumpul harta peribadi yang kemudiannya disimpan sahaja atau dijadikan perhiasan semata-mata tanpa sebarang manfaat.
Jangan tidak tahu, bukan ketika menjelang bulan Ramadhan sahaja kita dimestikan membayar zakat fidyah ke atas diri sendiri bagi yang sudah baligh dan mampu namun, harta-harta yang dimiliki kita itu juga perlu dibayar zakatnya. Lebih-lebih lagi untuk barang kemas, wang dan harta berharga yang disimpan sahaja. Jika tidak, murtadlah kamu dan neraka jahanamlah tempat baginya.
Mengapa Dimestikan Membayar Zakat Harta?
Seperti yang kita semua jelas, membayar zakat itu adalah rukun Islam yang kelima. Menurut portal Jabatan Zakat Selangor, definis Zakat Harta dari segi bahasa adalah bermaksud “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG” -dalam erti kata lain membersihkan harta dan membersihkan diri seseorang daripada bersifat kedekut dan bakhil. Sebahagian harta yang kita zakatkan itu kemudian akan diagihkan kepada golongan memerlukan mengikut syarat-syarat tertentu.
Orang yang mampu dan cukup syarat wajib seperti beragama Islam dan telah cukup nisabnya tetapi tidak mahu membayar zakat boleh jatuh menjadi murtad.
Jenis-Jenis Zakat Harta
Zakat harta adalah termasuk Zakat Pendapatan, Zakat Tanaman Padi, Zakat Perniagaan, Zakat Penternakan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas & Perak, Zakat KWSP, Zakat Pelaburan & Saham, Zakat Takaful dan Zakat Harta Galian dan Harta Karun. Boleh kira jumlah zakat harta yang perlu dibayar jika kamu adalah
yang cukup syarat.
Keutamaan Orang Miskin Berbanding Mereka Yang Kaya
1. Nabi suka akan orang miskin dan baginda pernah bersabda:-
“Sesungguhnya setiap orang memiliki kesukaan dan kesukaanku dua hal iaitu kemiskinan dan jihad. Maka berangsiapa menyukai keduanya, maka di benar-benar menyukaiku dan barang siapa yang membenci keduanya, maka benar-benar membenciku”.
2. Sebagai mana yang diriwayat dalam hadis Rasulullah:-
Orang miskin mengirimkan seorang utusan untuk bertemu Rasulullah s.a.w dan berkata, “Ya Rasul, saya seorang utusan yang dihantar orang miskin kempadamu”.
Nabi menjawab, “Selamat datang untukmu dan orang yang mengutusmu, kamu datang dari sisi kaum yang dicintai Allah s.w.t.”
Kata utusan itu lagi: “Ya Rasul, orang kaya membawa dan memperoleh semua kebaikan, mereka berhaji, sedangkan kami tidak mampu. Mereka bersedekah, sedangkan kami tidak mampu. Bila sakit, mereka bisa mengeluarkan simpnannya untuk berubat, sedangkan kami tidak mampu ya Rasulullah”.
Mendengar itu, maka nabi bersabda, “Sampaikanlah dariku untuk orang-orang miskin bahawa sesungguhnya orang sabar dari kalian dan menginginkan pahala, maka baginya tiga hal tidak satu pun darinya akan dimiliki orang kaya. Pertama adalah dalam syurga, ada kamar dibina dari permata yakut merah yang terlihat oleh penghuni syurga sebagaimana penghuni dunia melihat bintang-bintang. Tidak dapat masuk ke kamar itu kecuali bagi Nabi miskin, Syahid miskin dan mukmin miskin.
Kedua, orang miskin akan masuk syurga sebelum orang kaya dengan selisih setengah hari akhirat iaitu sekitar 500 tahun (1 hari di dunia = 1000 tahun di akhirat). Nabi Sulaiman AS juga masuk syurga lambat setelah para nabi lainnya dengan selisih 40 tahun kerana nikmat kerajaan yang pernah diberi kepadanya.
Ketiga, jika orang miskin mengucapkan tasbih, tahlil dan tahmid dengan ikhlas, biarpun orang kaya turut menugucapkan zikir yang sama, mereka (orang kaya) tidak akan dapat mengejar orang miskin meskipun dengan sedekah berjumlah 10,000 dirham.
Maka utusan itu pun kembali kepada orang-orang miskin dan menceritakan hal itu. Terus mereka berkata, “Kami redha wahai tuhan dan kami puas wahai tuhan”.
Kesimpulan yang dapat diberikan kepada pembaca sekalian, orang miskin itu lebih mulia dimata Allah dan Rasulullah jadi kenapa perlu kita memendang serong terhadap mereka? Sesungguhnya syurga sentiasa terbuka luas untuk para hambanya, terutama si miskin yang beriman terhadap Allah dan agama Allah.