Orang Kuat Kerja Kahwin Buat ‘Comeback’, 8 Nama Besar Terima Anugerah Pesona Pengantin 2022!

Share

Setelah dua tahun menyepi, industri perkahwinan kini sudah mulai meriah. Semestinya penghargaan patut diberikan kepada penggiat industri perkahwinan yang masih kekalkan momentum bisnes biarpun pandemik melanda dunia.

 

Datin Seri Masdiana Mohamad menyampaikan anugerah Outstanding Wedding Planner of The Year kepada Perunding Perkahwinan Reka Teemor.

Berlangsung di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur, majlis Anugerah Pesona Pengantin 2022 dihias indah dengan aura bunga-bungaan menjadi latar pentas utama. Dalam majlis ini menyaksikan lapan penerima anugerah yang menerima penghargaan melalui hasil sentuhan kreativiti mereka dalam bidang perkahwinan.

 

Majlis dimulakan dengan pertunjukkan fesyen busana perkahwinan daripada pereka fesyen terkenal tanahair seperti Rizman Ruzaini, Alia Bastamam, Yuleza, Qudyn, Fuzana Mokhtaza, Ambianze by Scha Awal, Delilah by Siti Shukri, Celest Thoi, Mimpi Kita, Syomir Izwa dan Hatta Dolmat.

Pertunjukkan fesyen daripada 12 pereka fesyen tanahair.

 

 

Perunding Perkahwinan, Reka Teemor dinobatkan sebagai penerima anugerah utama iaitu Outstanding Wedding Planner of the Year di majlis Anugerah Pesona Pengantin yang julung kali diadakan pada tahun ini bersempena ulang tahun majalah Pesona Pengantin yang ke-20.

 

Di dalam majlis ini, penerima anugerah Timeless Wedding Makeup Artist diberikan kepada Datin Saidatulnisa Aminuddin, The Most Glam Wedding Designer, Rizman Ruzaini, The Best Classic Wedding Designer, Man Kajang dan The Best Wedding Planner pula diterima oleh Muas Mo Wedding & Event Stylist serta Flair Design & Events.

The Best Classic Wedding Designer: Man Kajang
The Most Glam Wedding Designer: Rizman Ruzaini
Timeless Wedding Makeup Artist: Datin Saidatulnisa Aminuddin
The Best Wedding Planner: Flair Design & Events
The Best Wedding Planner: Muas Mo Wedding and Event Stylist

 

Namanya majlis perkahwinan, sudah tentulah Pesona Pengantin mengambil peluang untuk meraikan pasangan pengantin yang baharu sahaja mendirikan rumahtangga. Hadir dalam busana rona sedondon, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dan Datin Seri Heliza Helmi menerima anugerah The Most Memorable Wedding Celebrities. Masakan tidak, perkahwinan mereka berlangsung tanpa khabar angin!

 

The Most Memorable Wedding Celebrities : Datin Seri Heliza Helmi & Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman

 

Anugerah The Most Sweet Pengantin pula diberikan kepada Raja Syahiran dan isteri tercinta Uyaina Arshad yang hadir cantik menawan. Kesemua anugerah ini disampaikan Datin Seri Masdiana Muhamad, isteri Menteri Besar Selangor, YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati Datuk Mohd Din serta Puan Sri Nooraisha Fariza.

 

The Most Sweet Pengantin: Uyaina Arshad & Raja Syahiran

Bertemakan ‘White Blue’, majlis eksklusif tajaan The Wedding KL dan Shangri-La Kuala Lumpur ini  turut membariskan jenama barangan kemas mewah Ceres sebagai penaja utama. Suasana di perkarangan ballroom Shangri-La Hotel Kuala Lumpur begitu indah dengan wall of fame tajaan daripada Melur Putih. Manakala jambangan bunga buat penyampai anugerah pula ditaja Fasya Bridal.

 

Sebelum berakhir, para tetamu dihiburkan dengan persembahan daripada Suki Low dengan dua buah lagu cinta.

Persembahan nyanyian dari Suki Low.

 

Bagi yang ketinggalan menyaksikan majlis Anugerah Pesona Pengantin, anda boleh menonton di YouTube, Facebook dan Instagram Pesona Pengantin.

 

 

 

Published by
Anis Nor