OZLYNN WATY Kongsi Kelebihan Kahwin Muda, Tapi Kalau Suami Tak Hebat Ilmu Agama…

Share

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan suami isteri Ozlynn Waty dan Johan. Seringkali berkongsi kisah kehidupan mereka bersama enam orang anak, pasangan ini turut menjadi panduan untuk mendidik anak-anak dengan lebih baik. 

 

Kredit foto: Instagram Jozlynnhanania

 

Dalam satu perkongsian dari Ozlynn baru-baru ini, Ozlynn menyenaraikan banyak kebaikan berkahwin muda. Apabila melihat foto bersama anak bujangnya, ramai yang mengatakan mereka seperti adik-beradik.  

 

Kredit foto: Instagram Jozlynnhanania

 

“Bila anak bujang ajak dating… Tak berjanji pun nak pakai style sama or color sama. Tau-tau je bila jumpa kat bawah, aikkk? Samalah. So let’s OOTD. Orang selalu tanya, betul ke tu anak bujang U? Habis tu??? Tu la untung kahwin muda. Kahwin pun sebab abah dengan mak suruh kawin. Kalau tak, mau sekarang ni aku hohaaaa tah ke mane. 

 

Orang selalu tanya, best ke kahwin muda? Aku akan jawab, hilang la zaman muda nk berhuhaa dengan rakan sebaya. TAPI! Haaa ada tapi dia.. 

 

Kalau pasangan kita jenis memahami dan hebat ilmu agamanya, InsyaAllah segalanya mudah.. 

 

Kredit foto: Instagram Jozlynnhanania
Kredit foto: Instagram Jozlynnhanania

 

“Maksud aku,  bukan mudah bererti tak ada ujian. Tidak… Pasti akan ada pasang surutnya. Yang bagusnya bila dapat suami yang berilmu ni, dia tahu jalankan tanggungjawab dia. Paling hebat bila KESABARANnya diuji. Sampai sekarang diuji. Dan perangai aku masih macam dulu. Kadang-kadang sama naik dengan anak.”

 

“Yang nampak berubah, pandai manage time, pandai cari duit, pandai masak. Yang lain-lain INSYAALLAH, bakal menyusul. Ok bukan tu saja. Yang paling best, bila kita belum masuk angka 4, anak pun dah remaja. So bila berjalan dengan anak, kita akan nampak sentiasa remaja ibarat kakak dengan adik-adik. Tapi ada gak yang tak best. Bila ko rasa dah cukup, sebab anak-anak dah besar, ko pun dah boleh cuti-cuti dan ber’me-time’. Encik suami pula order nak baby lagi. Eh dia ingat aku kilang baby ke apa?! Dh kena main kejar-kejar balik. Tup-tup 6 orang dah.”

 

Kredit foto: Instagram Jozlynnhanania
Kredit foto: Instagram Jozlynnhanania

 

“Lepas ni kalau dia order lagi, memang aku luku pale laki aku. Ni bahagian yang best je aku story tau. Yang penat lelah tak cukup tidur, anak tak sihat semua tak payah ceritalah. Sebab aku bersyukur sangat-sangat apa yang ada sekarang ni. Kehidupan yang biasa-biasa.”

 

Kredit foto: Instagram Jozlynnhanania

 

Namun, dalam perkongsian itu, Ozlynn turut menitipkan doa yang begitu indah buat followers Jozlynnhanania.

 

Apapun aku tetap takkan lupa mendoakan kalian yang masih belum bertemu jodoh, semoga ditemukan jodoh yang baik-baik, yang mana belum punya cahaya mata, semoga Allah beri peluang untuk kalian merasa mengendong, melahirkan dan membesarkan zuriat sendiri. Yang mana memelihara anak angkat, semoga kalian dilindungi Allah kerana sudi membesarkan dan berkongsi kasih dengan anak yang bukan dari rahim kalian.. #familyhanania sentiasa ada doa utk kalian❤️ 

Published by
Anis Nor