Dekorasi

Pak Imam dan Bilal Pasang Pelamin, Tiada Bayaran Pun Dikenakan Untuk Pengantin

Share

Tular video Pak Imam dan bilal pasang pelamin di Masjid Al-Ihsan di Machang, Kelantan, tindakan ini dipuji orang ramai apabila turut menyediakan pelamin khusus kepada pasangan bernikah untuk bergambar buat kenangan selepas majlis akad nikah yang diadakan di masjid tersebut.

Pak Imam dan Bilal Pasang Pelamin

Menerusi video dimuat naik oleh Masjid Al-Ihsan memperlihatkan, jawatankuasa masjid tersebut terdiri daripada golongan lelaki bersama-sama memasang kain, menyusun bangku dan hiasan pada pelamin berwarna putih.

“Persiapan untuk bakal pengantin buat kenangan bersama Masjid Al-Ihsan,” menurut kapsyen masjid tersebut.

Menjawab pertanyaan orang ramai, pihak masjid memaklumkan tiada bayaran untuk pengantin yang mahu bernikah di situ.

“Cuma bayar jurunikah sahaja, kalau nak bagi saguhati kepada masjid pun dialu-alukan,”

kata pihak masjid.

Kagum Dengan Usaha Pihak Masjid

Dalam pada itu, ramai yang memuji usaha pihak masjid dan tidak kisah sekiranya Masjid Al-Ihsan mengenakan bayaran untuk bernikah di situ.

“Kalau macam ni punya usaha daripada pihak masjid, bayar lebih pun boleh,” tulis pengguna TikTok.

“Susahnya nak jumpa masjid gini. Kalau bayar lebih pun sanggup,” komen individu lain.

“Kreatif geng laki pasang pelamin, terbaik,” komen pengguna TikTok yang lain.

“Bayar lebih pun tak apa sebab usaha dengan pak imam, bilal sekali sama pasang,” ujar seorang individu.

Cukup memudahkan pihak pengantin yang mahu jimat, usaha ini sangat membantu sesetengah pihak yang mahu menghalalkan seseorang.

 

Published by
Nadia