pakai kuku palsu

Ramai pengantin suka pakai kuku palsu waktu majlis persandingan dan akad nikah semata-mata nak nampak cantik.

Namun buat pengantin perempuan beragama Islam, anda kena tahu hukumnya dulu sebelum terjebak dalam pakej memakai kuku palsu.

Pakai Kuku Palsu

Pakai Kuku Palsu Waktu Majlis Kahwin, Pengantin Kena Waspada!

Rekaan kuku palsu yang panjang dengan warna-warna lembut sememangnya cantik, apatah lagi jika dipadankan dengan lukisan inai di tangan pengantin.

Namun menurut pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI), kaum Hawa disarankan agar tidak memakai kuku palsu meskipun terdapat perbezaan pendapat tentang hukumnya.

“Tak boleh pakai kuku palsu, melainkan kuku dia rosak, (maka) boleh. Dia tak ada bulu kening, dia buat bulu kening palsu, boleh.

“Syarat jangan diperbuat daripada binatang najis dengan bulu mata orang lain. Kuku dah molek kan? Tak usah pakai kuku palsu.

Ads

“Walaupun ada sebahagian mengatakan boleh, jika kita nak sembahyang kita kena buka, tetapi takut masuk perhiasan yang tabarruj, yang dilarang,” ujarnya.

Diharuskan Kalau Terdesak

Pakai Kuku Palsu Waktu Majlis Kahwin, Pengantin Kena Waspada!

UAI berkata demikian menerusi sebuah video kuliah yang dikongsi oleh seorang individu menerusi aplikasi TikTok.

Menurut laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan pula, pemakaian kuku palsu diharuskan atas sebab keperluan mendesak untuk melindungi bahagian kulit kuku asal yang tercabut atau untuk tujuan rawatan atau seumpamanya.

Ads

Manakala sekiranya pemakaian kuku palsu itu demi kecantikan tambahan semata-mata tanpa sebarang keperluan yang lain, maka perkara itu tidak dibenarkan oleh syarak kerana dikhuatiri termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah.

Apatah lagi perbuatan tersebut secara jelas mengandungi unsur penipuan dan pembaziran.

Semak Tujuan Asal

Pakai Kuku Palsu Waktu Majlis Kahwin, Pengantin Kena Waspada!

Dari satu sudut yang lain pula, mereka yang memakainya dengan tujuan rawatan dan perubatan, mestilah meraikan beberapa perimeter atau syarat iaitu pemakaiannya tidak menghalang air untuk sampai ke kulit sewaktu mengambil wuduk dan juga mandi wajib.

Ads

Begitu juga, hendaklah ia daripada bahan yang suci lagi halal, di samping rupa bentuknya pula tidak terlalu menyerlah atau melampaui rupa bentuk kuku asal.

Manakala bahan yang digunakan mestilah selamat dan baik untuk digunakan.

Sebagai peringatan, Islam mengharamkan sebarang bentuk pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk kelihatan lebih cantik sama ada dengan cara penyambungan atau dengan cara pembedahan atau seumpamanya.

Hal ini kerana, terdapat hadis yang melarang perkara tersebut sebagaimana diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas‘ud.

Maksudnya: “Allah melaknat wanita-wanita yang membuat tatu, yang meminta dilukiskan tatu, yang mencabut bulu-bulu wajah dan yang merenggangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah.” [Riwayat al-Bukhari]

Jadi, buat bakal pengantin, sebelum anda terjebak pakai kuku palsu, pastikan anda buat keputusan bijak walau cuma niat nak cantik.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI