
Kehamilan merupakan tempoh yang cukup penting bagi seorang wanita. Sebelum tiba waktu untuk bersalin, seorang ibu yang sedang hamil pastinya mengalami perubahan fizikal yang jelas dan nyata.
Perubahan fizikal yang dimaksudkan adalah perubahan bentuk tubuh terutama di bahagian perut iaitu ia akan membesar sehingga pakaian yang biasa dipakai mulai sempit dan tidak selesa seperti biasa.
Tip fesyen kali ini berkongsikan tip memilih busana hamil yang sempurna mengikut usia kandungan.
USIA KEHAMILAN 1-3 BULAN
Ketika anda berada di dalam tempoh awal kehamilan, celana atau seluar yang terbaik yang boleh anda pilih ialah daripada pakaian yang diperbuat daripada bahan yang lembut. Ini cukup penting bagi memastikan perut anda tidak melecet dan mengakibatkan luka. Untuk baju pula, anda boleh memilih baju yang lebih longgar agar anda berasa selesa dan nyaman.
USIA KEHAMILAN 4-6 BULAN
Pada usis kehamilan yang sudah memasuki trimester kedua ini, perut anda mulai nampak dan tibalah waktu untuk anda mulai membeli beberapa pakaian hamil yang sedikit longgar serta tidak terlalu ketat. Anda boleh memakai seluar denim ataupun legging yang khusus untuk ibu hamil. Ia boleh dipadankan dengan blaus mahupun t-shirt longgar agar memberi lebih keselesaan buat ibu hamil.
USIA KEHAMILAN 6-9 BULAN
Pada usia kehamilan yang sudah memasuki trimester ketiga ini, pastinya perut anda jelas kelihatan, Walaubagaimanapun, anda masih boleh memakai seluar denim mahupun legging yang khusus buat ibu hamil. Namun begitu, pastikan bahagian atasnya lebih longgar dan potongannya lebih polos. Bagi mendapatkan keselesaan optimum dan memudahkan pergerakan, anda dinasihatkan untuk memakai busana jenis dress labuh agar anda sentiasa berasa selesa dan nyaman.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Check-list Sebelum Balik Kampung, Mudah Bila Semua Ini Dah Ada

Isi Kandungan
ToggleSebelum balik kampung masing-masing untuk beraya, jangan lupa buat check list kali terakhir sebelum bertolak.
Wajib pastikan barang keperluan yang ingin dibawa sudah lengkap disusun di dalam beg untuk memudahkan bila berada dalam suasana ramai-ramai.
Maklumlah, apabila berkumpul bersama adik-beradik dan sanak saudara dalam satu rumah, pasti banyak benda yang tidak cukup untuk digunakan dan mungkin beberapa perkara jadi lambat.
Bagi mengelakkan kejadian berebut itu berlaku, Puan Hani Mynis pernah berkongsi check-list yang perlu dibawa pulang bersama.
1. Sambungan kuasa (power extention) dan pengecas telefon bimbit
Membawa alatan elektrik ini akan memudahkan urusan sekiranya soket elektrik di rumah kampung terhad dan jauh untuk dicapai.
2. Ubat nyamuk elektrik dan kertas mat
Bawa ubat nyamuk untuk digunakan pada waktu malam bagi mengelakkan gigitan serangga apatah lagi di kawasan hotspot denggi.
3. Bakul dobi, jaring dobi dan penyangkut (hanger)
Bakul dobi sangat penting untuk asingkan pakaian agar tidak bercampur dengan baju lain.
Malah, kebarangkalian untuk tertinggal baju juga kurang sekiranya dilonggokkan dalam satu bakul.
Penyangkut baju juga penting untuk menyangkut baju raya dan tudung yang sudah siap digosok.
4. Plastik sampah
Barang wajib dibawa terutama sekali bagi mereka yang ingin membuang lampin bayi dan tuala wanita sudah digunakan.
5. Kit perubatan
Ubat-ubatan adalah penting kerana kebarangkalian untuk terjadinya kemalangan kecil atau jatuh sakit adalah tinggi.
Jangan lupa bawa bekalan ubat mencukupi terutama sekali bagi mereka yang mempunyai penyakit seperti diabetes atau darah tinggi.
Pastikan barang sudah diisi semula dalam bekas ini sebelum balik kampung.
6. Selimut, bantal dan toto
Masalah bantal atau selimut tidak mencukupi boleh dielakkan sekiranya anda membawa selimut dan bantal sendiri dari rumah.
7. Seterika
Bawa seterika anda sendiri bagi mengelakkan berlakunya perebutan ketika menggosok baju raya.
Adalah lebih baik sekiranya baju yang dibawa sudah digosok terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung.
8. Tuala dan kain basahan
Benda paling tidak boleh ditinggalkan sekali sudah semestinya tuala dan kain basahan untuk digunakan sepanjang berada di rumah nenek.
9. Barangan mandian
Segala kelengkapan mandian seperti berus gigi, ubat gigi, sabun dan syampu merupakan antara barangan wajib dibawa sendiri dari rumah.
Jangan lupa buat semakan kali terakhir sebelum gerak balik kampung ya! Baru lah senang bila duduk tempat ramai-ramai. Memudahkan dan tidak melambatkan waktu nak berjalan secara berjemaah. Selamat bercuti!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rumah Bersepah, Ada Suami Tak Kisah Dan Faham Isteri

Isi Kandungan
ToggleSesekali rumah bersepah, suami kena faham dan isteri tak perlu gelabah. Ikut kemampuan diri uruskan rumah tangga dan jangan sesekalki ikut orang. Baru lah akan rasa bahagia buat rutin harian.
Bak kata Puan Intan Dzulkefli, lain orang, akan lain cara caranya. Ikut keselesaan pasangan masing-masing. Okay, jom lah baca perkongsian kali ini untuk faham situasi isteri sibuk menguruskan hal rumah tangga.
Kalau Rumah Bersepah, Ikut Keselesaan Suami
Jika suami kita jenis balik rumah, apabila buka pintu lihat meja masih kosong tanpa lauk pauk, rumah seperti tongkang pecah, isteri muka seperti hantu mak limah, anak-anak masih masam tak mandi tetapi dia masih senyum gembira lihat isteri dan anak-anak, alhamdulillah.
Namun, kita kena ingat, bukan semua isteri direzekikan suami yang bertimbang rasa sebegitu. Ada yang boleh naik angin jika buka pintu rumah dan lihat situasi begitu.
Banyak faktor penyebab. Mungkin juga sebab sudah terbiasa dididik dari kecil, ibunya serba serbi sempurna.
Kita boleh kata, ‘suami saya okay je kalau pergi kerja tanpa saya siapkan sarapan. Malahan dia yang selalu siapkan atau beli sarapan.’
Namun, ada suami orang lain, kepantangannya jika dia melangkah keluar tanpa ada sarapan di atas meja atau secawan kopi untuk diminum.
Adakah kita boleh kata, “minta cerailah! Suami kau tu bukan manusia, tetapi lembu.”
Tentunya tidak kan? Kasut kita tak sama. Toleransi kita tak sama. Latar belakang setiap orang tidak sama. Prinsip, penerimaan dan kepantangan tidak sama. Terimalah hakikat itu.
Saya pernah lihat, seorang suami, hanya untuk membasuh tangan pun menunggu isteri. Walhal bekas air itu bukannya jauh dari tangannya. Itu pun masih mahu disuruh si isteri menghulurkan padanya.
Istighfar juga saya melihat kelakuannya.
Reda Suami Itu Penting
Ya, si isteri perlu menyiapkan segala-galanya. Namun, si isteri jujur berkata sendiri dengan anak-anak lelakinya.
“Jangan buat macam ini dengan isteri kalian. Buatlah semuanya bersama-sama. Mak ni kes lain. Anggap je mak ni kes special.”
Maksudnya dia memang redha dan gembira melayan suaminya begitu. Namun tidak pula dia mahu budaya sedemikian dinormalisasikan dalam kalangan anak menantunya. Mungkin sebab dia sedar, ketahanan mental, emosi dan fizikal setiap wanita bukannya sama yang mana mungkin dapat menjejaskan sebuah keikhlasan.
Ada pasangan suami isteri yang saya jumpa memang semua hal dalam rumah tangga suami yang buat. Penat balik kerja dari kebun, dialah juga yang masak, angkat baju di ampaian, melipat baju, kemas rumah. Isterinya bekerja sebagai guru. Tetapi (insyaAllah) rumah tangganya bahagia sahaja. Si suami okay dengan isterinya dan meredhai isterinya, dia memang tak suka lihat isterinya bersusah payah, katanya.
Bagi isteri, keredhaan suami. Itu point paling penting. Suami ikhlas dan redha. Mereka okay dengan cara rumahtangga mereka. Walhal orang luar selalu mengutuk isterinya sebagai pemalas dan sebagainya.
Tetapi apa yang pasangan ini buat? Mereka buat tak endah komen orang lain. Rumah tangga kami, cara kami. Asalkan tak salah di sisi agama, kita proceed.
Isteri Buat Semua Benda
Ada pasangan pula seperti yang saya ceritakan di atas tadi. Serba serbi semua isteri yang buat. Kuku pun isteri yang potongkan. Sudahlah alatan rumah semuanya tradisional, hinggakan mahu menggulai pun perlu kait sendiri buah kelapa sampailah mesin, memerah santan semuanya secara manual. Tetapi tidak pula isteri ini merungut. Memang semuanya dilakukan dengan rela dan ikhlas, walau mungkin ada wanita yang komen, ‘dah macam hamba abdi!’
Ada pula yang sejak sah ikatan nikah, semua hal berkongsi bersama. Baik kerja rumahtangga mahupun hingga menguruskan anak-anak, semuanya dilakukan bersama-sama. Sangat kontra kan?
Jadi, rumahtangga yang mana yang paling bagus antara semua ini? Jawapannya? Rumahtangga yang saling meredhai dan diredhai, saling membahagiakan kedua pihak suami isteri. Sebab rumahtangga ini didasari atas dua jiwa.
Jika cara sedemikian dipersetujui, diredhai bagi keduanya, siapalah kita sebagai orang luar mahu komen itu ini. Kita ada cara masing-masing.
Jika rumah tangga kita begini, itu rumah tangga kita, bukannya rumah tangga mereka. Cukuplah kita faham itu serta belajar hormat cara dan prinsip orang lain.
Dulu, saya juga sejenis yang cepat juga melenting andai terbaca bab-bab merajakan orang lelaki ni. Namun, sekarang sudah slow sikit. Mungkin atas faktor melihat dari sudut pandang berbeza.
Pokok pangkalnya, adakah…
Suami redha?
Isteri redha?
Suami okay?
Isteri happy?
Jika semuanya okay, then ‘go on’ dengan cara kita walau orang lain kritik begitu begini. Hal ini kerana, keikhlasan dan rasa bahagia yang lahir di dalam hati bukanlah boleh dibuat-buat.
Jalani hidup kita dengan cara kita sendiri, asalkan masih berpaksikan matlamat mengejar redha Ilahi. Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui apa di dalam hati – setiap dari kita.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Kahwin? Cuba Jawab Soalan-soalan Ini

Isi Kandungan
ToggleBerkahwin juga membawa anda dan pasangan harus berkongsi tanggungjawab bersama dalam soal kewangan. Dengan rasa cinta di dada, mungkin segalanya anda terima.
Namun, tidak salah jika mengambil langkah berjaga-jaga untuk masa depan bersama yang lebih bahagia dan bebas beban kewangan.
Saranan kami, sebelum anda mengikat tali perkahwinan, tanyakan dahulu pada pasangan 10 soalan yang rasanya mampu mengubah perspektif kewangan anda nanti. Anda juga boleh merancang kewangan yang stabil untuk jangka masa panjang.
Yang penting, anda berdua harus bersikap terbuka ya!
1. Ada membuat pinjaman?
Jika ada, berapa banyak? Berapa lama tempoh pinjaman? Dengan mengenal pasti beban pinjaman yang anda berdua ada, anda boleh merancang pelan kewangan yang lebih efektif. Pinjaman ini termasuklah pinjaman peribadi, kereta, rumah, PTPTN dan sebagainya. Mulakan proses perbincangan dengan mengenal pasti cara terbaik untuk melangsaikan semua pinjaman, sama ada berkongsi bayar atau membayar sendiri.
2. Adakah sebarang pelaburan?
Jika ada, bagaimana cara anda berdua mengendalikannya apabila sudah berkahwin kelak. Adakah akan dijadikan pelaburan bersama dan apakah prosedur yang harus dilakukan? Bagaimana pula dengan keuntungan pelaburan? Walaupun dalam Islam, ia merupakan harta sepencarian, namun tidak salah jika perkara ini ditentukan terlebih dahulu supaya tidak ada ungkit mengungkit di kemudian hari. Apatah lagi, jika anda dan pasangan mempunyai sebarang masalah nanti.
3. Di mana kita nak tinggal?
Soalan ini nampak ringkas tetapi sangat penting untuk merancang kewangan anda. Jika anda sepakat untuk tinggal sendiri dengan pasangan, mungkin bajet bulanan tidak terlalu tinggi dan boleh dikongsi bersama. Namun, jika anda berdua akan tinggal bersama keluarga, berapakah sumbangan kewangan yang akan dikeluarkan bagi membantu keluarga seperti bayaran bil, belian barangan runcit dan sebagainya. Jika pasangan anda merupakan penyumbang tunggal, ini akan lebih membebankan dan perlu diberi perhatian serius. Secara amnya, jumlah bajet bulanan isi rumah yang perlu anda berdua keluarkan tidak harus melebihi 25 peratus daripada pendapatan bulanan.
4. Bagaimana cara kita kendalikan duit?
Anda dan pasangan perlu faham maksud ‘berkongsi’ dari segi jumlah pendapatan atau pembayaran bil yang ada. Cara yang terbaik adalah mewujudkan akaun bersama (walaupun jarang dipraktikkan di negara kita). Alternatif lain pula ialah mempunyai tiga akaun iaitu satu akaun bersama dan dua akaun individu. Akaun bersama untuk simpanan dan pembayaran bil/hutang yang dikongsi. Akaun individu pula tertakluk kepada hak peribadi masing-masing.
5. Bagaimana pula dengan insuran?
Semua insuran yang anda dan pasangan punyai seperti insuran nyawa, kereta, rumah dan apa sahaja perlu dikaji semula dan digabungkan untuk memastikan anda berdua mendapat manfaat dan faedah yang diperlukan untuk kehidupan selepas berkahwin.
6. Bagaimana pula dengan harta?
Walaupun Islam menetapkan akan harta sepencarian, tidak salah jika perkara ini ditetapkan sebelum berkahwin untuk kepentingan bersama.
7. Adakah bajet tertentu?
Mempunyai bajet bagi setiap perkara adalah satu perkara yang sangat bagus untuk diamalkan. Perancangan bajet yang baik terutamanya untuk majlis perkahwinan mampu mengelakkan anda dan pasangan daripada beban hutang selepas berkahwin. Selain itu, ia juga membantu anda untuk berjimat dan menyimpan untuk masa depan bersama.
8. Bagaimana pula selepas bersara?
Walaupun perkara ini masih jauh tetapi tidak salah sekiranya ditimbulkan dalam perancangan kewangan ini. Anda dan pasangan perlu merancang sama ada masih mahu bekerja atau menikmati sahaja persaraan tersebut. Ini membantu untuk anda menetapkan jumlah simpanan yang perlu ada sehingga saat anda bersara untuk menampung kehidupan, bil kesihatan dan sebagainya.
9. Status cukai?
Selalunya selepas berkahwin, akaun cukai anda dan pasangan akan digabungkan. Namun, tetapkan siapa yang perlu membayar cukai supaya anda dan pasangan mempunyai kelebihan dalam hal ini.
10. Perlukah perjanjian sebelum kahwin?
Perjanjian ini tidak diamalkan oleh pasangan Melayu. Perjanjian ini selalunya dilakukan oleh pasangan Barat untuk mengelakkan bebanan hutang kepada mana-mana pihak andai satu pihak mempunyai beban hutang/liabiliti melebihi pihak yang satu lagi terutamanya bagi pasangan yang kaya. Namun, perjanjian ini boleh dijadikan garis panduan untuk masa depan kewangan yang lebih sihat.
Kredit foto: Man Kajang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI