Penjagaan Diri

Pakaian Tak Dipakai Dalam Almari Akan Dihisab, Isteri Berhentilah Beli Kain Baju

Share

Sepatutnya kita ambil peduli tentang pakaian tak dipakai dalam almari, baik isteri atau suami kena tahu kesannya.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pakaian yang hanya tergantung dalam almari akan dihisab. Ibarat tidak pernah cukup, setiap kali nampak baju yang cantik dan memikat hati, pasti hendak dibeli.

Namun berpada-padalah ketika membeli. Jangan diikutkan nafsu membeli kain baju. Kalau suka pun, kena beringat.

Setiap kali ingin memilih pakaian sama ada untuk ke pejabat mahu pun bersiar-siar, boleh dikatakan ramai yang akan termenung di depan almari sambil cakap, “tak ada bajulah nak pakai hari ni,” sedangkan banyak sahaja baju tersusun dalam almari, menunggu giliran untuk dipakai.

Pakaian Tak Dipakai Dalam Almari Akan Dihisab

Beberapa tahun dahulu, bila terdengar seorang ustaz pesan yang pakaian tidak dipakai akan dihisab, termenung depan almari.

Tahun-tahun berikutnya, berulang lagi kata-kata itu.

Allah yang sebenarnya nak ingatkan. Hingga Allah campakkan rasa takut. Tarik semua yang tidak dipakai. Beli baju ini untuk majlis ini, beli baju itu untuk upacara itu. Allah..

Seronok Beli Tapi Tak Sempat Pakai

Maka kita ini sebenarnya nak bercantik-cantik? Untuk siapa? Untuk apa?

Banjir hari itu (bulan Disember tahun 2021), memang Allah bagi tersedar betul. Beli memang seronok, belanja memang nampak macam bahagia.

Waktu itu sebenarnya akan nampak betapa banyaknya barang kita. Padahal bukan pakai sangat. Nak mengemas, Subhanallah..

Maulana Helmi dalam kata-katanya, …“kita ada banyak kereta, tapi kita tak mampu nak pakai semua sekali dalam satu masa. Kita ada banyak bilik dalam rumah, kita tak bahagi badan untuk tidur di semua bilik dalam satu masa.”

Berpada-padalah Membeli

Macam itu jugalah perumpamaan pakaian. Kita beli banyak baju, tak mampu kita sebagai manusia nak pakai semua sekali dalam satu masa.

“Nak pakai nanti… ” Nanti yang belum pasti. Hanya kematian saja yang pasti.

Selalu sahaja kita rasa pakaian tidak ada sedangkan banyak bersusun dalam almari. Bila ke pusat membeli-belah, masih juga membeli pakaian. Selepas ini kita sudah boleh kurangkan beli pakaian baru. Beli ikut keperluan dan semestinya untuk dipakai.

Sumber kredit: Awatif Osman

Published by
Nadia