Pakar Hartanah Ini Kongsi Cara Sempoi Menabung! Ini Rahsia Untuk Anda Beli Rumah Awal Lepas Kahwin

Share

Setiap pasangan yang lepas berkahwin tentu sahaja ada impian untuk membeli rumah dengan lebih awal. Jika takde tabungan yang dibuat lebih awal ataupun anda dan pasangan tidak mempunyai simpanan, alamatnya harapan untuk membeli rumah awal masih lagi jauh.

Ketika merancang untuk berkahwin, kebiasaannya yang mewah-mewah selalu kita impikan padahal kita tak pernah membayangkan hidup selepas berkahwin itu. Hakikatnya bukan semudah yang kita fikirkan jika kita baharu sahaja selesai majlis kahwin kerana yang pasti majlis kahwin memerlukan sejumlah wang yang besar.

Lagipun bukan senang nak mulakan hidup dari zero untuk menjadi hero kepada pasangan kita. Masa itulah, segala keperluan diperlukan. Lagi-lagi buat pasangan yang memang merancang untuk membeli rumah terus selepas berkahwin. Pakar Hartanah, Azizul Azli Ahmad berkongsi panduan menabung yang menjimatkan yang boleh anda praktikkan sekali gus membantu anda dan pasangan membeli rumah awal selepas kahwin.

Panduan buat pengantin yang nak beli rumah awal lepas kawin

1. Kad kahwin jangan tempah yang mahal, kita saja syok sendiri. Lepas kenduri semua orang buang ketepi.

2. Kenduri buat sehari baik lelaki atau pihak isteri. Sekalikan lebih jimat, kita bukan anak menteri.

3. Baju kahwin lebih murah sewa dari tempah buat, lebih hebat kalau baju kahwin boleh pakai pergi kerja. Joyah Vages dah pernah buat ini.

4. Jangan berlumba hantaran siapa lebih banyak, pakat dengan calon suami dia bagi 5 kita balas 7 dengan berus giginya sekali.

5. Hantaran sebaiknya benda yang tak ada lagi macam mesin basuh, peti sejuk dan tilam saiz king. Ambil gambar atau letak voucer saja. Minyak wangi, kasut, beg tangan semua dah ada dan biasa!

Semua orang nak kawin di atas kayangan. Pelamin ala ala cerita hindustan. Tapi jimat cermat untuk kahwin itu lebih berkat dan disayangi.

6. Tetapkan jumlah tetamu, kawan ofis, sedara dan jemaah surau dah memadai. Jangan jemput satu stadium bola. Kita bukan calon pilihanraya.

7. Jangan buat majlis waktu cuti sekolah, semua jadi mahal. Mak andam kata semua dah penuh tempahan, itu jadi mahal. Cari tarikh hujung minggu saja.

8. Guna bunga plastik bukan dosa, takyah bunga segar sangat, bukan boleh buat ulam makanan lepas kahwin.

9. Buat bajet dulu baru survey katering, jika tidak mereka akan bagi cadangan makanan paling mahal dan grand.

10. Cenderahati bagi Yassin bercetak nama kita sudah cukup, tak perlu botol kaca ada ikan di dalamnya. Janganlah hipster sangat dik!

11. Buat origami pandai, takkan hantaran nak mintak orang gubah. Pakai iphone belajar la di Youtube berlambak ada.

12. Buka satu akaun khusus untuk Projek Kahwin. Masukkan dana dan jangan belanja lebih. Jangan guna kat kredit sama sekali. Baru jadi lelaki seksi.

13. Jangan hadir pameran perkahwinan, nanti daripada nak kahwin sederhana jadi majlis kahwin macam kitalah anak raja ghurka.

Tawaran mereka boleh buat kita rasa rugi tak terima, ayatnya “Alah kahwin sekali ni saja, apa salahnya”

14. Jangan guna DJ atau set karoke. Pasang lagu Opik atau Maher Zain dan buat tetamu rasa cair telinga.

15. Masuk pertandingan bagi menang pakej honeymoon. Saya dulu menang pakej Berjaya Hotel, dapat honeymoon percuma ditaja.

16. Jangan buat pinjaman peribadi, semua yang pernah buat menyesal tak sudah. Depa malu la nak cerita, nanti orang kata padan muka.

17. Mak bapak mungkin tak setuju cadangan kita, tapi didiklah pasangan kita bagi faham tuntutan agama. Buat yang wajib saja.

18. Tak guna kahwin ‘grand giler’ tapi lepas kahwin menumpang rumah mertua. Mana ada ‘raja’ duduk rumah sewa deposit pun tak ada.

19. Buang rasa malu, kahwin sederhana itu sunnah. Kita bukan nak berlumba dengan anak Kak Mah.

20. Rancang duit hantaran sebagai deposit rumah, itu lebih bijak daripada habiskan sehari bayar khemah dan makan sahaja.

Benar, walau sekecil-kecil majlis pun memerlukan duit. Tapi jangan sesekali bebankan ibu dan bapa. Kalau rasa-rasa nak kahwin, kumpul duit jangan bebankan ibu bapa untuk keluarkan duit mereka melainkan mereka sendiri yang tawar hati untuk membantu…

Published by
Bella