Hubungan

Pandai Siang Ikan Ke Tak, Mentua Dan Suami Uyaina Tak Pernah Kisah

Share

Baru-baru ini isu pasal pandai siang ikan ke tak, agak panas. Terus golongan dikritik jenis tak akan masuk dapur.

Padahal kalau tak pandai siang ikan pun, di kedai dah boleh siap-siap potong dan cuci. Benda senang kenapa nak susahkan? Begitulah yang dikongsi oleh Uyaina Arshad.

Pandai Siang Ikan Ke Tak, Itu Bukan Masalah

Pengacara dan pelakon itu mengakui semenjak bernikah dengan suami yang juga penyanyi Raja Syahiran dua tahun lalu, lelaki itu tidak pernah persoal hal tersebut. Ujarnya, ibu mertua pun tidak mempertikaikan.

“Since pasal kes siang ikan WHI viral, I nak cakap lah sikit. Mak mentua dan suami I juga paling chill.

“Tak pernah kisah I pandai siang ikan ke tak. Hahahaha! Sebab masa beli kat pasar dah siap suruh siang. Benda boleh senang buat apa nak susah.

“TAPI RELAKS LAH, DALAM KALANGAN KAUM LELAKI PUN ADA JER YANG TAK PANDAI TUKAR TAYAR KERETA, SO…,” TITIPNYA.

Uyaina yang turut berkongsi sajian ikan berlado berkata ibu mertuanya rajin menyediakan juadah apabila mereka sekeluarga pulang.

Kata Uyaina, tidak tahu boleh bertanya dan belajar. Justeru, sebagai menantu, beliau tetap turun ke dapur dan melakukan kerja-kerja memasak.

“Ibu mertua pun sama. Sangat awesome! Tapi saya masuk dapur juga. Apa tak tahu, tanya. Apa reti, buat. Haaa camtuh,” kongsinya.

Ujar Uyaina, pada masa akan datang beliau akan mencadangkan cabaran menukar tayar kereta kepada penerbit rancangan televisyen tersebut.

Untuk rekod, Uyaina berkahwin dengan Raja Syahiran pada 20 Disember 2021. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung, Raja Urhan yang kini berusia setahun.

Published by
Nadia