
Bila tarikh kahwin sudah ditetapkan kini tiba masanya untuk anda dan pasangan membuat senarai barang hantaran yang perlu disediakan. Untuk memudahkan kerja dan tidak buntu, bincanglah bersama pasangan keperluan untuk barang hantaran yang dikehendaki. Tetapkan tema untuk pihak lelaki dan perempuan.
Lebih mudah jika gubahan hantaran dibuat oleh seorang tukang gubah supaya sentuhannya sama untuk pihak lelaki dan perempuan. Pesona Pengantin bantu anda untuk senaraikan barang hantaran yang sesuai untuk lelaki.
Barangan Untuk Lelaki
- Kemeja/Seluar

- Kain Pelikat
- Dompet dan tali pinggang
- Al-Quran (atau tafsir)
- Kasut
- Set Wangian

- Buah-buahan
- Gajet

- Kek
- Coklat/Manisan
- Sejadah
- Potpouri/Bunga Rampai
- Tuala
- Jam Tangan

* Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.
Sumber : Gambar Pinterest
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Bersungguh Buat Diet Atkins, 3 Bulan Sebelum Kahwin Pasti Kurus

Isi Kandungan
ToggleBagaimana untuk lakukan diet atkins?
Untuk mendapatkan berat badan idaman, terdapat 4 fasa diet atkins yang perlu anda lalui. Anda akan bermula dengan fasa pertama, diikuti oleh fasa kedua, ketiga, dan keempat. Sekiranya anda ikut diet atkins secara disiplin dan konsisten, insya Allah anda akan mendapat kesan yang memuaskan.
Empat Fasa dalam diet atkins ialah:
- Fasa pertama iaitu induction atau perkenalan. Ini adalah fasa di mana anda mahu menyesuaikan tubuh badan dengan diet atkins.
- Fasa kedua iaitu penurunan berat badan secara berterusan
- Fasa ketiga iaitu fasa pra-penyelenggaraan di mana anda masih menurunkan berat badan namun ianya lebih perlahan
- Fasa keempat dan terakhir iaitu penyelenggaraan seumur hidup
Fasa 1 diet atkins
Fasa pertama diet atkins bertujuan untuk menyesuaikan diri anda dengan diet atkins. Fasa pertama fokus untuk:
- Mengajar badan anda supaya bertukar daripada membakar karbohidrat untuk mendapatkan tenaga kepada membakar lemak yang sedia ada di dalam badan untuk mendapatkan tenaga
- Menstabilkan kadar gula dalam darah anda
- Menghentikan ketagihan anda terhadap gula dan karbohidrat
Dalam fasa pertama atkins, seleoknya anda langsung tak makan karbohidrat dan gula. Pada peringkat permulaan anda akan mula mengalami ketosis iaitu proses pembakaran lemak dalam badan untuk mendapatkan tenaga. Apabila badan anda mengalami ketosis, anda akan mendapat tanda seperti mulut berbau, pening dan loya-loya. Jangan risau, ianya hanya sementara sahaja.
Fasa pertama atkins boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sehingga 6 bulan. Tempoh maksimum yang dicadangkan ialah 2 tahun. Kami nasihatkan anda supaya tak berada dalam fasa pertama atkins untuk tempoh yang lebih panjang daripada 2 tahun.
Anda akan kehilangan berat badan dengan banyak sekali pada fasa pertama. Anda digalakkan untuk makan banyak makanan yang tinggi lemak dan protein, serta sayur-sayuran yang rendah karbohidrat seperti sayur-sayuran berdaun. Apabila memasuki fasa kedua, penurunan berat badan anda akan mula berkurangan. Nak tahu mengapa? Teruskan membaca.
Fasa 2 diet atkins
Pada fasa kedua diet atkins yang dikenali sebagai fasa penurunan berat badan secara berterusan, di mana berat badan anda akan terus menurun namun tidak secepat fasa pertama. Ini kerana dalam fasa kedua, anda akan mula mengambil karbohidrat semula di dalam menu seharian anda.
Dalam fasa ini, anda dibenarkan untuk mengambil karbohidrat dalam jumlah yang terkawal. Pengambilan gula adalah tidak digalakkan. Dalam fasa kedua, perlahan-lahan anda boleh masukkan kekacang dan buah-buahan ke dalam diet anda.
Fasa 3 diet atkins
Biasanya, pada fasa ketiga, anda sudah makin hampir dengan berat badan idaman anda. Mungkin tinggal 5 kilogram sahaja lagi untuk mendapatkannya. Oleh itu, pada fasa ini anda tidak perlu lagi mengamalkan diet yang terlalu ketat. Anda boleh tambah lebih banyak karbohidrat ke dalam menu harian anda.
Kini, anda sudah boleh makan nasi dan sayuran berkarbohidrat dengan kuantiti yang dikawal. Dah nak masuk fasa keempat tak bermakna anda dah boleh makan secara sesuka hati. Ingat ya, anda masih berada dalam fasa ketiga. Belum masuk fasa terakhir diet atkins.
Fasa 4 diet atkins
Ini merupakan fasa terakhir dalam diet atkins. Apabila anda sudah sampai ke fasa ini, bermakna kini anda sudah kurus dan mendapat berat badan yang diidamkan. Dalam fasa ini, anda dalam proses untuk mengekalkan berat badan sekarang sampai bila-bila. Anda boleh makan seperti biasa asalkan ianya menu yang sihat dan menepati keperluan piramid pemakanan harian.
Perkara asas diet atkins yang anda perlu amalkan:
- Anda wajib elakkan pengambilan karbohidrat yang terproses seperti mee, kuey teow, laksa, beehun dan pasta dalam setiap fasa
- Anda wajib elakkan dari mengambil gula terproses seperti gula putih dalam setiap fasa
- Untuk mendapat kesan yang terbaik, anda dinasihatkan untuk bermula dengan fasa pertama
- Apabila memasuki fasa baru, anda boleh mula mengambil semula karbohidrat secara perlahan-lahan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Perkara Korang Wajib Tahu Kalau Nak Kahwin Dengan Orang Melaka

Siapa yang nak kahwin ngan orang Melaka tu, korang kena hadam dengan perkara-perkara ni.
1. Kena faham orang Melaka sedara mara ramai dan suka lepak kat rumah. Jangan tarik muka kalau sedara mara pasangan datang.
2. Orang Melaka suka buat kenduri, kejap kejap kenduri, kejap kejap kenduri, kata sedulang dua tapi jemputan sekampung, so kenalah pandai suaikan diri kat rumah mentua. Nak sambut puasa pun dua tiga kali kenduri.
3. Prinsip masak kenduri biar lebih jangan kurang, tetamu jangan putus suap. Selagi boleh letak je makanan biar orang makan puas-puas.
4. Pantang orang Melaka kalau orang datang rumah dijamu air je, cikai cikai pun kopi ngan jemput-jemput cicah sambal goreng ikan bilis. Tak mainlah sos cili..
5. Kat kampung jangan terkejut kenapa orang Melaka suka masuk rumah orang ikut pintu dapur. Mesra kot..
6. Kalau tengah makan, ada orang cakap “Hujan ribut pun dah beghenti, kau makan ni bila nak beghenti” buat tak layan je, kalau pandai jawab balik. Skil menjawab kena belajar dulu ya.
7. Bila sedara nak balik dari rumah kita, ingat hantar sampai depan pintu pagau sebab banyak lagi mini spot nak sambung cerita sebelum ke pintu pagau, kat pintu depan rumah stop kejap sambung borak, masa sarung slipar stop lagi, masa kat pagau pun stop lagi, dah masuk keta pun dia turunkan tingkap sambung borak.
8. Orang Melaka suka jaga laman rumah, jadi bila balik rumah mentua, rajin rajin le tolong mentua sapu laman ke, potongkan rumput ke, sambil sambil tu borak lagi..kadang kadang mesin rumput pun boleh jadi mini gathering, siap ada kopi bagai dihidang.
9. “Hawau” jangan terus guna kalau baru kenal, kena take time, dah mesra sampai boleh tontong rokok barule boleh pakai, selagi belum, cakap biasa. Jangan paksa nak cakap Melaka sebab buruk nau bunyiknya.
10. Waktu malam, rumah orang Melaka keliling rumah pasang api (lampu ya..jangan keliru) tak suka bergelap. Sebab tu kedai jual lampu banyak kat Melaka.
Kredit: Suara Rakyat Melaka
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Perkara Yang Tidak Akan Diminta Pasangan Jika Dia Memang Menyayangi Anda!

Isi Kandungan
TogglePerasaan cinta harus dipupuk dari dalam hati dan ia tidak boleh dipaksa. Rasa cinta yang hadir harus jujur, tulus, percaya dan membiarkan anda untuk menjadi diri sendiri. Hubungan yang dijalin juga haruslah seimbang dan perlu mempunyai komunikasi yang baik.
Namun, jika pasangan anda mendesak untuk melakukan perkara-perkara yang tidak disenangi anda untuk melakukannya, awas! Mungkin pasangan anda tidak menyayangi anda dengan sepenuh hati.
Nak tahu perkara apa yang dimaksudkan? Jom kita lihat enam perkara yang tidak akan diminta pasangan jika benar dia menyayangi anda!
1. MENGUBAH SIAPA DIRI ANDA
Pasangan yang baik perlu menerima diri anda seadanya. Tidak perlu membandingkan diri anda dengan orang lain semata-mata untuk kelihatan baik di hadapan pasangan dan orang di sekeliling anda. Pasangan yang baik akan membawa anda pada kehidupan yang lebih baik dan bukannya mengubah siapa diri anda yang sebenarnya.
2. MENGUBAH KARIER ANDA
Tidak ada apa yang boleh mengubah pilihan karier atau pekerjaan anda sekiranya anda benar-benar suka dengan apa yang anda lakukan. Permintaan untuk mengubah karier selalunya terjadi kepada pasangan yang sedang terancam atau tergugat dengan pendapatan atau status anda yang lebih tinggi.
3. BERKORBAN UNTUKNYA
Sesebuah hubungan memang memerlukan kompromi tetapi itu tidak bermakna anda harus berkorban untuk segalanya. Apa pun yang diminta pasangan, anda perlu lebih bijak untuk memikirnya. Jika pasangan anda meminta anda berkorban untuknya hingga menjejaskan kebahagiaan, identiti dan kesihatan anda, sebaiknya anda perlu fikirkan dengan lebih mendalam lagi.
4. MELAKUKAN PERKARA YANG ANDA TIDAK SELESA
Berada di dalam sesebuah hubungan bukanlah bererti anda harus benar-benar melakukan semua perkara yang anda sendiri tidak selesa dan senang untuk melakukannya. Terutama sekali jika pasangan anda sering dan merasa lebih baik menempatkan anda dalam suatu keadaan yang tidak memiliki banyak pilihan.
5. MENGGANGGU PRIVASI ANDA
Tidak salah jika pasangan anda ingin tahu mengenai diri anda dengan lebih mendalam. Namun, jika ia sampai mengganggu privasi anda hingga merimaskan, anda perlulah berhati-hati terutamanya bagi yang belum berkahwin. Belum apa lagi sudah mengganggu privasi anda dan mengongkong hidup anda.
6. MENYEKAT MASA ANDA BERSAMA KELUARGA & TEMAN-TEMAN
Anda dan pasangan harus saling memiliki keseimbangan saat berhubungan dengan satu sama lain atau orang-orang di luar hubungan tersebut. Jika pasangan menuntut lebih banyak masa bersama anda dan lebih sedikit daripada orang lain, ini boleh menjadi tanda yang dia suka mengongkong, cemburu dan rasa tidak percaya tetapi bukannya atas rasa cinta.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI