Kulit yang berminyak akan memberikan masalah yang besar kepada anda kerana ia akan menyebabkan muka ‘breakout’, berjerawat, dan sebagainya.
Bagi bakal pengantin yang akan melangsungkan majlis perkahwinan anda tidak lama lagi, anda dinasihatkan supaya menjaga kulit wajah anda untuk tampil menawan pada hari bahagia nanti. Ini beberapa tips yang anda perlu lakukan untuk mengelak kulit berminyak.
Ini kerana cara ini salah dan boleh menyebabkan kulit anda semakin berminyak dan berjerawat. Oleh itu, lakukan pembersihan muka dalam 2-3 kali sahaja sehari.
Kalau anda menggunakan scrub muka jangan sental terlalu kuat kerana ia akan buat kulit anda berasa kasar dan luka. Seeloknya bersih dengan urutan secara lembut dan teratur.
Selepas anda melakukan aktiviti sukan atau anda berpeluh, anda perlu dengan pantas membersihkannya atau lapkan muka anda terlebih dahulu dengan tuala dan tisu. Jangan tunggu sehingga ia boleh menyerap masuk dalam kulit.
Ia normal apabila ada jerawat pada muka. Tetapi ingat jangan picit jerawat anda dengan sendiri kerana jerawat mempunyai bakteria yang kotor dan boleh meninggalkan parut. Seeloknya sapu krim anti jerawat pada muka.
Salah satu punca terjadinya kulit berminyak adalah disebabkan oleh masalah pemakanan yang tidak betul. Jadi, amalkan makanan yang kurang minyak dan berkhasiat.