Pantang Larang Untuk Bakal Pengantin Ikut Sebelum Majlis Ijabkabul

Share

Selepas majlis bertunang, bukanlah bermakna pasangan telah menjadi hak milik anda. Jangan anggap selepas bertunang terus dapat ‘pasport’ untuk berkepit ke sana sini. Jaga batas susila kita sebagai orang Islam. Dalam tempoh bertunang jagalah kemanisan itu hingga sampai waktu anda diijabkabulkan.

Berikut antara pantang larang yang logik anda ikut untuk kebaikan diri.

1.Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul. Ia untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Selain itu ia menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah bakal pengantin lebih berseri .

 2. Jangan bebas keluar ke mana-mana – ia untuk mengelakkan kedua pihak melanggar hukum agama. Selain itu menghalang dari melakukan perkara tidak baik semasa dalam tempoh pertunangan.

3.Elakkan minum air bergas kerana tidak baik untuk kesihatan. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing     manis, lelaki tersebut  menghadapi masalah berat ketika bersama.

4.Elak mandi di waktu malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

5.Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

6.Elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap. Ia tidak baik untuk organ seks kerana darah tidak mengalir( lelaki).

7.Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin untuk mengelakkan perut buncit. 

8.Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana mengandungi banyak toksid.

9. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

10.Elakkan terkena cahaya matahari dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

11. Amalkan makan jamu supaya pada malam pengantin tidak mengecewakan.

12. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

13.Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul. 

14.Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

15. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana dikhuatiri perkara tidak diingini berlaku kepada bakal pengantin yang berdarah manis.

Sumber:http://adatkahwinmelayu.weebly.com/pantang-larang.html

Published by
Putri Adila