Pasangan pengantin sewajarnya melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum mendirikan rumah tangga di klinik atau hospital untuk memastikan mereka sihat. Ujian darah sangat penting untuk mengesan beberapa penyakit seperti Thalassemia.
Jika kedua-dua pasangan pengantin dikenal pasti pembawa penyakit ini (Carrier / Thalassemia Minor) maka kebarangkalian anak mereka mengidap Thalassemia major adalah 50%.
Thalassemia major adalah penyakit yang serius dimana pesakit perlu menjalani pemeriksaan darah setiap bulan kerana kekurangan sel darah merah. Jangka hayat mereka juga pendek iaitu antara 20 hingga 30 tahun.
Ads
Selain itu, ujian juga perlu dilakukan untuk memastikan tiada penyakit berjangkit secara hubungan seks seperti Hepatitis B,HIV dan Sifilis.
Bakal pengantin haruslah mengamalkan gaya hidup sihat, bukan sahaja sebelum tetapi selepas berkahwin. Antaranya:
Ads
i. Amalkan diet yang seimbang dan cukup dengan protein, karbohidrat dan lemak dalam komposisi yang betul. Secara amnya, makan semua jenis makanan dalam kuantiti yang sederhana. Elakkan makanan manis dan berlemak.
ii. Bersenam tiga ke lima kali seminggu, 20 hingga 60 minit setiap sesi dengan menggabungkan senaman aerobik seperti berjalan, joging, bermain badminton, berbasikal dan juga weight training untuk membina otot.
Ads
iii. Makan multivitamin yang ada semua jenis vitamin seperti B complex untuk tenaga, vitamin A, C,E dan zink untuk melawan semua jenis penyakit.
Oleh: Doktor Rohaya Ramli, Doktor Perubatan Keluarga & Pengarah Bakti Healthcare Sdn Bhd.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lelaki dayus ialah seorang suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh lelaki lain. Kita berikan beberapa contoh dalam keadaan apa lelaki menjadi dayus.
Seorang isteri sering dikaitkan dengan seorang yang nusyuz iaitu yang tidak mendengar dan mentaati arahan dan permintaan suami, tetapi lelaki dayus pula adalah seorang lelaki yang mengabaikan tanggaungjawabnya sebagai seorang suami.
1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantarnya pulang ke rumah.
3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan auratnya terlihat.
4. Membiarkan anak perempuannya berdating dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5. Membiarkan anak perempuannya berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa sporting dan memahami.
6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7. Membiarkan isteri keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
8. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.
9. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
Dayus adalah termasuk dalam dosa-dosa besar. Dosa yang Allah laknat kerana Allah telah lantik lelaki untuk menjadi pemimpin.
Bila mana dia tidak menjalankan tanggungjawab kepimpinannya, membiarkan isteri dan anak perempuan dewasa mereka terjebak dosa tanpa dia sedikit pun ada perasaan bersalah, itulah dayus.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ingat lagi pada artikel, Isteri setia ialah isteri yang boleh terima suami berdengkur? Tapi di sebalik itu apa kata kalau kita cuba mengurangkan masalah ini secara tradisional.
Berdengkur ketika tidur? Itu perkara biasa. Tapi korang kena tahu, tabiat ini sememangnya menganggu pasangan, atau teman tidur korang tau. Bukan itu sahaja, berdengkur juga akan membuatkan korang susah untuk tidur dengan nyenyak dan tidak baik untuk kesihatan. Sebab? Oksigen ke otak sempat terhenti beberapa saat ketika korang sedang berdengkur. Jadi, untuk hilangkan tabiat berdengkur, ada jalan penyelesaiannya. Yang penting korang kena rajin sediakan dan ikut satu persatu resepi jus dekat bawah ni:
Bahan utama:
-1/4 hirisan lemon
-1 ruas jahe merah
-2 buah epal
-2 buah lobak merah saiz sedang
-Air matang 150 ml
Cara membuat ramuan untuk menghilangkan masalah berdengkur:
1. blender semua bahan utama sehingga menjadi jus.
2. Minum jus ini sebelum tidur
3. Lakukan rutin 3x seminggu, nescaya tabiat berdengkur akan beransur hilang
Mengambil sarapan pagi merupakan perkara wajib untuk memberi tenaga sebelum memulakan pekerjaan. Namun tahukah anda, apa sarapan yang terbaik untuk memberi tenaga yang sempurna untuk tubuh?
Ayuh kenali lapan sarapan yang sering dinikmati oleh semua individu. Menu sarapan mana yang baik dan yang tak baik untuk kita nikmati setiap kali bersarapan.
1. KOPI
Buat penggemar kopi, minum kopi di pagi hari ternyata memberikan manfaat yang luar biasa buat kesihatan anda. Sebuah penelitian baharu menunjukkan bahawa kopi dapat menurunkan risiko terkena diabetes, sakit jantung, perut kembung, parkinson, batu ginjal dan cirrhosis. Dari semua jenis kopi, kopi hitam ternata pilihan kopi yang terbaik terutamanya buat wanita.
2. COKLAT
Makan coklat di pagi hari? Ya, kenapa tidak? Cubalah coklat hitam yang mengandungi 70% koko. Jenis ini terbukti memberikan manfaat herhadap kesihatan tubuh. Selain memiliki kadar gula yang rendah, coklat hitam memupakan sumber antibodi tubuh polyphenol dan flavonoid antioxidant (sama seperti yang terkandung dalam teh hijau).
MAKAN COKLAT HITAM SECARA TERATUR DI PAGI HARI AKAN MENGURANGI RISIKO STROKE, SAKIT JANTUNG DAN MENURUNKAN TEKANAN DARAH.
Coklat hitam juga telah terbukti meningkatkan semangat kerja, memperbaiki mood dan memberikan tenaga yang diperlukan bagi anda menjalankan aktiviti harian. Namun hati-hati! Jangan ambil lebih daripada dua auns sehari kerana kalori coklat cukup tinggi untuk membuatkan tubuh anda membengkak.
3. SODA
Ada yang minum soda di pagi hari? Hmmm… ini cara buruk untuk anda memulakan pagi hari. Minum dengan kadar fruktosa yang tinggi, soda dan pemanis buatan yang terdapat dalam minuman soda dapat merosakkan pankreas dan menyebabkan peningkatan kadar insulin dalam tubuh sekali gus meningkatkan berat badan. Jika kebiasaan ini diteruskan, lama-kelamaan anda akan menghidapi penyakit diabetes. Asid phosphoric dalam minuman bersoda pun berpotensi mengikis tulang dan membuatkan anda lebih cepat terkena osteoporosis.
4. BIJIRIN
Banyak orang yakin bijirin ialah sarapan kesihatan paling ideal. Ada kajian mengatakan Hospital Boston menemui bahawa bijirin yang dimakan anak-anak secara terus-menerus setiap hari akan meningkatkan kadar gula dalam tubuh yang dapat membantutkan proses kognitif (pemikiran) mereka. Walaupun ia baik bagi kesihatan tubuh, tidak ada salahnya memberikan anak-anak sarapan yang pelbagai seperti telur dadar, sayur-sayuran dan buah-buahan.
5. PIZA
Walaupun bukan makanan sihat (kerana tergolong dalam ketegori makana ringan), piza ternyata mengandungi bahan-bahan yang menyihatkan. Sos tomato yang terkandung dalam piza mengandungi lycopene yang merupakan antioksidan.
Selain mencegah kanser, lycopene juga dikatakan membantu menurunkan kadar kolesterol dan tekanan darah. Piza sayur adalah seleksi yang terbaik untuk sarapan anda. Hindari sarapan piza yang menggunakan topping sosej, pepperoni, daging dan parmesan yang banyak.
6. TELUR
Telur sememangnya makanan yang berkolesterol tinggi. Tapi daripada hasil kajian terhadap 115,000 lelaki dan wanita Amerika, Dinas Kesihatan USA tidak menemui adanya risiko penyakit jantung yang dialami oleh pemakan telur itu. Wanita yang makan telur lebih daripada satu dalam sehari adalah yang paling rendah kemungkinan terkena penyakit jantung. Selain itu, telur merupakan sumber protein terbesar dan mengandungi omega-3 yang membantu untuk mencegah nyanyuk.
7. IKAN
Sarapan atau makan ikan dua kali seminggu dapat mengelakkan risiko terkena sakit jantung dan penyumbatan pada jantung. Ikan juga mengandungi omega-3 yang membantu mencegah risiko terkena diabetes dan Alzheimer. Ikan yang paling baik buat kesihatan anda ialah ikan sardin, herring, ikan bilis, salmon, mackerel kecil. Ikan-ikan besar seperti iklan pedang, ikan tuna dan hiu juga bermanfaat pada tubuh.
8. GULA BUATAN
Sebuah iklan menyebut bahawa gula buatan baik bagi tubuh dan mencegah kegemukan. Namun kajian yang dilakukan oleh Purdue University-Amerika baru-baru ini dapat membuktikan bahawa baik gula asli atau buatan, ia ternyata sama-sama berpotensi untuk membuatkan tubuh cergas.
Kini pilihan di tangan anda untuk menilai sarapan mana yang sesuai dan tidak sesuai diambil.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!