Pasangan Bakal Pengantin Sewajarnya Melakukan Pemeriksaan Kesihatan Sebelum Berkahwin

Share

Pasangan pengantin sewajarnya melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum mendirikan rumah tangga di klinik atau hospital untuk memastikan mereka sihat. Ujian darah sangat penting untuk mengesan beberapa penyakit seperti Thalassemia.

Jika kedua-dua pasangan pengantin dikenal pasti pembawa penyakit ini (Carrier / Thalassemia Minor) maka kebarangkalian anak mereka mengidap Thalassemia major adalah 50%.

Thalassemia major adalah penyakit yang serius dimana pesakit perlu menjalani pemeriksaan darah setiap bulan kerana kekurangan sel darah merah. Jangka hayat mereka juga pendek iaitu antara 20 hingga 30 tahun.

Selain itu, ujian juga perlu dilakukan untuk memastikan tiada penyakit berjangkit secara hubungan seks seperti Hepatitis B,HIV dan Sifilis.

 Bakal pengantin haruslah mengamalkan gaya hidup sihat, bukan sahaja sebelum tetapi selepas berkahwin. Antaranya:

i. Amalkan diet yang seimbang dan cukup dengan protein, karbohidrat dan lemak dalam komposisi yang betul. Secara amnya, makan semua jenis makanan dalam kuantiti yang sederhana. Elakkan makanan manis dan berlemak.

ii. Bersenam tiga ke lima kali seminggu, 20 hingga 60 minit setiap sesi dengan menggabungkan senaman aerobik seperti berjalan, joging, bermain badminton, berbasikal dan juga weight training untuk membina otot.

iii. Makan multivitamin yang ada semua jenis vitamin seperti B complex untuk tenaga, vitamin A, C,E dan zink untuk melawan semua jenis penyakit.

Oleh: Doktor Rohaya Ramli, Doktor Perubatan Keluarga & Pengarah Bakti Healthcare Sdn Bhd.

Published by
Ros Nana