Hubungan

Pasangan Berlainan Bangsa Ini Curi Tumpuan Netizen Dengan Buat Majlis Ala Kampung

Share

Jodoh itu Allah SWT berikan bertepatan dengan keadaan dan masa yang bersesuaian dengan kita

 

Yakinlah bahawa Allah SWT sudah tetapkan jodoh kita semasa kita dilahirkan. Jodoh, rezeki, ajal, dan maut telah ditetapkan Allah SWT sejak roh kita dicipta. Bagi berhadapan dengan orang yang asyik bertanya tentang jodoh, jawablah begini, “Doakan saya, insya-Allah akan mendapat jodoh yang baik.”

Boleh jadi jodoh anda sebenarnya berada di depan mata. Tidak pun jodoh anda sebenarnya berasal dari negara nun jauh di sana.

CINTA ANTARA BENUA

Tiada siapa yang menduga seorang jejaka yang berasal dari Guinea, Afrika Barat akan bertemu jodohnya di Malaysia yang jaraknya beribu kilometer dari tempat kelahiran beliau.

Peluang menyambung pelajaran di Malaysia telah membuka ruang dan menemukan jejaka tersebut dengan seorang gadis cantik yang berasal dari Jitra, Kedah.

Dengan restu ibubapa dan keluarga, pasangan ini telah selamat dinikahkan di kampung halaman pengantin perempuan pada hari Jumaat, 26 April 2019.

Semoga ikatan ini beroleh keberkatan dan kekal hingga ke Jannah.

Tahniah diucapkan kepada pasangan,
Afilah & Adama Camara.

Photo by : Aus Affan

Published by
Bella