Barangkali anda tidak pernah menyangka perkahwinan anda akan sampai kepada tahap ini. Bila anda perlu membuat keputusan paling sukar dalam hidup, sama ada untuk memberikan peluang kedua kepada pasangan yang curang. Siapa sangka pasangan yang anda cintai tergamak berbohong, memanipulasi, memperbodohkan anda dan cuba menutup perkara tersebut.
Kecurangan kepada pasangan bukan bererti hubungan seksual sahaja, membina hubungan emosi dan melaburkan masa dengan orang lain juga merupakan kecurangan yang pasti menyesakkan dada siapa sahaja. Tetapi, bagaimana jika pasangan anda benar-benar menyesal dengan kecurangannya. Bahkan berjanji untuk kembali setia, dan jauh di sudut hati, anda masih mencintainya?
Walaupun perit untuk memaafkannya dan melupakan setiap luka dalam hati anda disebabkan episod hitam ini, anda sendiri mungkin masih tertanya, patutkah anda memberikan peluang kedua kepadanya? Setelah luka sembuh dan anda mampu memaafkannya, patutkah cinta disemai kembali?
Tiada siapa yang dapat memberikan jawapannya melainkan diri anda sendiri. Hanya anda yang tahu apa yang anda telah lalui dan apa yang anda sanggup untuk lalui dan perjuangkan selepas ini.
Dalam menimbang keputusan yang berat ini, berikut adalah lima sebab anda TIDAK patut memberikan peluang kedua kepada pasangan yang curang:
Kecurangan berlaku dengan bekas kekasih
Hubungan tersebut serius dan berlaku dalam tempoh masa yang lama
Pasangan anda tidak menunjukkan penyesalan atau tidak meminta maaf
Kecurangan tersebut berlaku seawal hubungan anda dan pasangan
Kecurangan tersebut berulang atau merupakan tingkah laku kerap pasangan
Jika anda sedang mempertimbangkan untuk memberi pasangan anda peluang kedua, berikut adalah beberapa soalan penting untuk anda tanyakan kepada diri sendiri:
Sekiranya anda memutuskan untuk memberi pasangan anda peluang kedua, pastikan pasangan anda mengetahui bahawa peluang ini hanya sekali. HANYA sekali. Anda tidak akan memaafkannya berulang kali. Katakan dengan jelas bahawa tidak akan ada lagi peluang lain. Adalah penting untuk anda menekankan bahawa kemaafan dan peluang kedua ini bukanlah penerimaan atas kecurangannya.
Tiada siapa yang dapat memutuskan apa yang perlu dilakukan dalam keadaan ini. Tidak mudah untuk meninggalkan pasangan atau memecahkan keluarga yang anda miliki. Anda boleh membina semula perkahwinan anda dengan bantuan yang betul. Panduan profesional dan buku atau sumber dalam talian boleh membantu anda menentukan hala tuju rumah tangga anda.
Hidup bersendirian atau berdua bukanlah ukuran kebahagiaan. Anda lebih tahu apa yang membahagiakan anda. Apa pun pilihan anda, sama ada berpisah atau kekal bersama, semoga anda dapat mengecap kebahagian lagi!