Pasangan Muda Baru Berkahwin Kena Tahu Cara Nak Uruskan Kewangan, No. 7 Tu Dah Macam Kawan

Share

Jika anda pandai uruskan kewangan, tak kira gaji kecil ataupun besar, anda pasti akan mampu menyimpan. Anda kena ingat tindakan kewangan kau sekarang akan beri kesan yang besar dalam 5-10 tahun akan datang.

Bagaimana nak uruskan wang keluarga kau? 7 tips ini mungkin dapat membantu sedikit sebanyak. Jom baca.

1. Merangka, Merekod & Analisa Perbelanjaan

Bila dah berkeluarga, banyak nak pakai duit. Jadi, kena ada bajet kewangan untuk kos barang keperluan setiap bulan.

Penting untuk merekod segala perbelanjaan keluarga. Paling tidak pun, catat segala belanja yang telah dibuat. Barulah tahu ke mana duit telah pergi. Nak beli barang dapur pun, senaraikan barang nak beli. Barulah tak borong satu kedai.

Bila dah sentiasa catat perbelanjaan setiap bulan, anda akan dapat mengesan dan menganalisa cara berbelanja.

Banyak aplikasi yang bagus contohnya My Tabung BNM, Money Manager, Spending Tracker dan sebagainya.

2. Membuat Tabung / Pecahan Keperluan

Daripada pendapatan keluarga, eloklah merancang semua kos keperluan hidup dan perlu dibincang bersama-sama. Antara kategori yang boleh dijadikan panduan ialah;

-Barang dapur
-Belanja makan
-Ansuran rumah
-Ansuran kereta
-Kos bil air & elektrik
-Hiburan
-Perlindungan takaful
-Tabung simpanan
-Tabung pelaburan
-Tabung pendidikan anak-anak
-Tabung kecemasan / luar jangka
-Tabungan bercuti
-Tabung pencen
-Tabung baik pulih kenderan / rumah

Tabungan kecemasan amat penting kalau terjadi sesuatu diluar jangka dan anda ada tunai untuk digunakan. Biar ada 3 bulan gaji dalam tabung kecemasan tu. Boleh simpan dalam Tabung Haji, ASB.

3. Menyimpan & Melabur

Dapat gaji saja, simpan dulu sebahagian. Paling minimum adalah 10% dari gaji. Kalau dapat simpan 50% gaji, lebih bagus dan sangat digalakkan.

Jika anda berbelanja dahulu, lebihan itulah baru dijadikan simpanan. Kalau tak boleh simpan, takpe. Kalau dapat simpan syukur. Tak boleh macam tu. Simpan RM100 sebulan pun okay.

Mulakan dengan melabur di instrumen pelaburan yang dijamin selamat. Antaranya ialah unit amanah Islamik, hartanah, pelaburan emas, ASB Financing, AHB dan sebagainya.

4. Perlindungan Takaful

Lindungi keluarga dengan takaful. Banyak takaful yang bagus. Jadi, jangan ambil remeh hal ini. Biarlah tak ada tv pun asalkan ada perlindungan takaful. Bila dah dalam kesusahan dan kena bayar kos perubatan yang tinggi, mula la menggelupur menyesal.

5. Pendapatan Sampingan

Jika anda rasa duit perbelanjaan sentiasa tak mencukupi, anda mungkin perlukan sumber pendapatan sampingan untuk menambahkan kewangan keluarga.

Cuba cari pendapatan sampingan yang halal dan tidak salah di sisi undang-undang. Seimbang juga dengan luang masa berkualiti bersama keluarga.

Boleh cuba buat Grabcar, Uber, jual online, jadi runner, ambil upah basuh kereta, ejen takaful dan sebagainya.

6. Hindari Hutang Jahat

Apabila dah berkeluarga, banyak benda nak guna duit. Nak beli katil, almari, dapur semua. Ingat, jangan sampai berhutang. Kumpul duit, beli secara tunai lagi bagus daripada bayar ansuran. Tidur atas tilam lipat pun bukan dosa. Kawan datang duduk bersila tanpa sofa pun sedap juga bersembang.

Hutang jahat ini adalah hutang yang kau kena bayar setiap bulan tetapi tak menjana pulangan untuk keuntungan anda.

Contoh hutang jahat adalah hutang peribadi, hutang kereta jika ansuran bulanan lebih separuh gaji ataupun hutang kad kredit yang berlambak.

7. Kad Kredit Cukup Satu

Jika pasangan anda ada dua kad kredit, limitkan kepada satu. Pergi beli barang dapur bersama, isi minyak kereta pun guna satu kad kredit je. Senang nak uruskan dan jaga kewangan. Kalau anda tak reti kawal penggunaan kad kredit, tidak wajib ada.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : Amir Syahir

Published by
NanyRahman