
Bila sudah mendirikan rumahtangga, kenapa masih tak setia? Kau ingat perkahwinan ni satu permainan ke? Setia bergantung kepada hati masing-masing. Kita sendiri kena cuba belajar utk menjadi seorang yang setia.
Berikut merupakan 6 langkah utk terus setia dgn pasangan :
1. Bawa Beringat
Ingatlah bahawa pasangan kita adalah kurniaan daripada Allah yang tak mudah untuk dimiliki.
2. Sentiasa Memaafkan
Ingat kebaikan pasangan, sentiasa memaafkan keburukan dan kekurangan pasangan.
3. Sentiasa Yakin
Yakin bahawa kesetiaan adalah salah satu bentuk harga diri kita yang berharga.
4. Jangan Pendam
Jika ada masalah, suarakanlah pada dia dan jangan simpan
di dalam hati.
5. Jaga Komunikasi
Sentiasa menjaga komunikasi dengan pasangan. Jika tidak mempelajari komunikasi dengan baik, yang terjadi adalah kerenggangan dalam perhubungan
6. Sentiasa Berdoa
Berdoa pada sang pemilik hati: “Ya Allah, jadikanlah hamba orang yang selalu menjaga kesetiaan dengan pasangan hamba.”
Sumber : awantona
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayat Kena Betul Kalau Doa Nak Diterima Dan Dimakbulkan. Ini 10 Cara Buat Doa Lebih Padu

Seorang wanita di Facebook, Nur Aliah Mohd Nor baru-baru ini telah berkongsi tentang teknik powerful words di dalam doa yang patut kita gunakan setiap kali kita menadah tangan kepada Allah. Untuk bakal pengantin, mungkin inilah masa untuk anda banyakkan masa berdoa agar perjalanan majlis juga rumahtangga yang bakal dibina kekal berpanjangan.
Teknik 1: Berilah kekuatan vs lapangkan kesulitan
Sebelum ni kita selalu berdoa,
“Ya Allah berikanlah aku kekuatan”.
Jika doa begini, maka Allah akan sentiasa menguji hambaNya untuk test kekuatan kita.
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,
“Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi hari ini, Ya Allah keluarkanlah aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah diriku ini.”
Teknik 2: Berilah vs kurniakanlah
Sebelum ni kita selalu berdoa,
“Ya Allah BERILAH aku..”
Jadi cara doa yang kita boleh betulkan ialah,
“Ya Allah KURNIAKANLAH aku..”
Sebab bila kita sebut BERI, bila-bila masa Allah boleh ambil nikmat tersebut. Jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan sesuatu pada kita sampai bila-bila masa, InshaaAllah.
Teknik 3: Dimurahkan rezeki vs dilimpahkan rezeki
Sebelum ni kita selalu berdoa,
“semoga DIMURAHKAN rezeki.”
Jadi cara doa yang kita boleh amalkan ialah,
“semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”
Bila kita sebut “dilimpahkan”, maka benar Allah betul-betul limpahkan rezeki yang sangat banyak, berbanding dengan dimurahkan, sebab bila sebut murah, Allah berikan rezeki yang biasa dan mencukupi sahaja.
Teknik 4: Tambahkanlah
Satu lagi perkataan selain dilimpahkan, boleh juga guna perkataan TAMBAHKANLAH. Dan ini doa yang boleh kita amalkan bersama setiap kali dalam sujud terakhir kita.
“Ya Allah, TAMBAHKANLAH bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”
Teknik 5: Cara mengaminkan doa
Sebelum ni kita selalu meng’amin’kan doa begini,
“Amin Ya Rabbal Al-Amin.”
Jadi cara yang lebih baik untuk kita amalkan bersama-sama adalah,
“Amin Ya Allah Ya Mujib”.
Sebab maksud Mujib ni ialah memakbulkan. Kita bersungguh-sungguh nak Allah makbulkan doa kita ni, jadi sebut dengan penuh yakin Ya Mujib.
Teknik 6: Doa untuk orang lain
Sebelum ni kita selalu berdoa dengan cara kita ‘mengarahkan’ Allah untuk cepat-cepat keluarkan kita dari masalah-masalah yang kita hadapi.
Jadinya doa yang terbaik kita boleh amalkan sambil mendoakan juga untuk orang lain, adalah dengan cara ini,
“Allah.. Allahu Robbunaa.. Laa Nusyriku Bihii Syai’a”,
(Allah adalah Rabb kami yang kami tidak pernah sekutukan dengan siapa pun)
Baca 100x, doa ketika beramai-ramai.
“Allah.. Allahu Rabbi.. Laa Usriku Bihi Syai’a”,
(Allah adalah Rabbku yang aku tidak sekutukan dengan siapa pun)
Baca 100x, doa apabila seorang diri.
Kenapa kita baca doa atau zikir ini adalah sebab doa ini penyingkir kesulitan, kesusahan, kegelisahan, kekhuatiran dan keresahan.
Sekali gus doa ini boleh menghilangkan beban hutang, beban hati, beban fikiran, serta sangat baik sekali buat bantu sahabat-sahabat kita dalam mencapai hajat-hajat mereka.
Teknik 7: Doa ketika bersedekah
Sebelum ni kalau di masjid nak sedekah tu, mungkin ada yang sedekah dan berlalu pergi macam tu je tanpa berdoa, atau mungkin ada yang berdoa dan terlalu mengharapkan Allah bagi rezeki cepat-cepat kat kita. Allahu.
Jadi InshaaAllah selepas ini, betulkan niat kenapa kita nak sedekah dan berdoalah dengan bersungguh-sungguh kepada Allah,
“Ya Allah aku sedekahkan sejumlah ini kerana untuk digunakan demi mencari redhaMu. Semoga sedikit sumbangan ini dapat menghapuskan segala dosa-dosaku yang membuka segala pintu rezeki yang tidak pernah ku duga.”
Teknik 8: Doa orang yang terlalu sibuk berniaga
Doa di bawah ini adalah khusus untuk orang yang sibuk berniaga siang malam, solat pon kadang hujung waktu dan lebih sedih lagi sampai tak ada masa nak spend time bersama dengan keluarga tersayang.
Faktor jadi macam ini mungkin antara sebabnya doa kita tak spesifik minta kepada Allah. Jadi, InshaaAllah doa di bawah ini dapat membantu anda yang berniaga.
“Ya Allah ilhamkanlah kami dengan perniagaan ini dapat membawa kami dekat denganMu, yang membuatkan kami banyak masa untuk beribadat denganMu, banyak masa bersama suami/isteri, anak-anak kami serta ahli keluarga kami. Ya Rabb, kurniakanlah kami jutawan Islam yang kembali menegakkan ekonomi Islam. Dan Engkau kurniakanlah kami hamba-hambaMu yang menyebarkan dakwah dalam berniaga.”
Teknik 9: Doa mendapatkan zuriat
Sebelum ni kita selalu berdoa,
“Ya Allah kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah”.
Dan setiap kali tak dapat pasti kita akan rasa kecewa. Jadi doa yang boleh kita amalkan bersama adalah,
“Ya Allah sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan diriku dengan diriMu, maka makbulkanlah Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau melihatku, maka kurniakanlah anak yang soleh dan solehah. Kerana Engkau sebaik-baik perancang dan Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu.”
Teknik 10: Zahirkan kesyukuran sebelum membuat permintaan
Paling penting sekali adalah tips yang terakhir ini, kita dah berdoa bersungguh-sungguh ni dan dah tukar cara berdoa kita. Namun kita terlupa, untuk bersyukur kepada Allah swt terlebih dahulu.
Sebab barangsiapa yang bersyukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat buat dirinya. Waktu terbaik untuk kita ucapkan kesyukuran kita adalah setiap pagi bangun je dari tidur dan juga waktu malam sebelum tidur, buat terapi kesyukuran iaitu 7 rasa kesyukuran kita kepada Allah swt. Contohnya begini,
“Syukur Alhamdulillah terima kasih Ya Allah..
aku bersyukur masih lagi bernafas pada pagi ini, aku bersyukur Engkau kurniakanku kesihatan yang baik, aku bersyukur Engkau kurniakanku rezeki yang melimpah ruah buat diriku..”
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rindu Nak Makan Ayam Gunting Ala Uncle Bob? Ini Resipi Untuk Anda!

Isi Kandungan
ToggleBila dah ‘berkurung’ di rumah, benda pertama yang selalu anda rindu dan terbayang pastinya makanan. Jika sebelum PKP dilaksanakan, kita mudah untuk mendapatkan apa sahaja makanan yang kita inginkan. Tetapi sekarang, agak sukar untuk mencari makanan kegemaran apatah lagi makanan yang dijual di tepi jalan.
Antara makanan yang paling dirindu adalah ayam gunting Uncle Bob. Sedapnya bila makan panas-panas. Ayam yang rangup dan pedas! Kalau beli satu selalunya memang tak cukup.
Jika anda rindu untuk makan ayam gunting ini, boleh sahaja buat sendiri di rumah. Lebih banyak anda boleh dapat. Makan la puas-puas! Jom kita tengok resipi ayam gunting yang dikongsikan oleh Puan Zaitun Abd Hamid menerusi akaun Facebooknya. Nampak sedap dan menyelerakan!
Resipi Ayam Gunting Ala Uncle Bob
Dah berjanji dgn anak2 nk buatkan ayam goreng ala-ala Uncle Bob..
Hari ni tunaikan..
Dok tiap2 hari jer asyik membeli sampai RM12..
Hari ni kita kasi makan sampai puas..
Bahan-Bahan
- Isi ayam bahagian dada yang telah dibuang tulang
Bahan Perap
- 4 sudu sos tiram
- 2 sudu serbuk BBQ/2 sudu sos black pepper Kimball
- 2 sudu perahan limau/lemon
Bahan Saduran
- Tepung Bestari pedas/original (ikut suka)
- Tepung ubi/tepung beras
- Sedikit serbuk roti (breadcrumbs)
Tambahan
- Serbuk cili/serbuk lada putih untuk ditaburkan selepas goreng nanti
Cara-Cara
1. Basuh ayam bersih-bersih dan potong nipis.
2. Gaul semua bahan perap dan perapkan ayam selama 1 jam. Saya gunakan sos BBQ jenis ni. Memang sedap, kalau buat chicken chop pun saya biasa pakai yang ni.
3. Selepas diperap, salutkan ayam tadi dengan semua bahan saduran di atas.
4. Tumbuk-tumbukkan sikit ayam tu guna lesung batu supaya bahan perasa daripada campuran tepung dapat melekat pada ayam.
5. Agak-agak dah sebati, panaskan kuali. Letak minyak dan goreng seperti biasa.
6. Akhir sekali, taburkan sedikit lada putih dan serbuk cili untuk tambahkan lagi perasanya.
Kemudian, guntinglah ayam ikut besar mana yang anda mahukan. Mudah je kan resipi ni? Boleh la buat kudap-kudapan untuk minum petang bersama keluarga tercinta.
Selamat mencuba!
Sumber: Puan Zaitun Abd Hamid via Masak Apa Hari Ni…(MAHN)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nikah Tak Perlu Mewah Yang Penting Sah & Berkat

Rancang majlis bersejarah dan elakkan kos perbelanjaan yang besar. Perkara ini tidak mustahil dilakukan jika anda bijak untuk berjimat dan sudah ada sasaran. Harus diingatkan, majlis yang sempurna perlu diukur dengan kemampuan individu itu sendiri. Jangan sesekali terikut-ikut dengan nafsu hingga mendorong anda berbelanja besar tanpa menghiraukan jumlah wang yang akan dikeluarkan.
Pastikan anda mempunyai bajet dan jangan sesekali berhutang. Lelaki bernama Amir Syahir ini berkongsi panduan untuk anda yang bakal melangsung perkahwinan dengan cara sederhana tanpa berhutang! Pasti menjimatkan.
PANDUAN BAJET KAHWIN SECARA SEDERHANA
Cuti sekolah dah nak dekat. Mesti ramai yang sedang merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Alhamdulillah tahniah diucapkan buat yang bakal berkahwin.
Tapi, sebelum buat majlis kahwin, kena buat perancangan yang rapi supaya majlis yang dibuat berjalan dengan baik dan lancar.
- Bila nak kahwin jangan buat pembiayaan peribadi. Buat majlis ikut bajet sendiri.
- Pelamin dan meja makan tak perlu bunga beribu kuntum. Bunga pula tak perlu yang hidup saja. Nanti layu juga akhirnya. Lagi elok jika mampu buat sendiri. Minta tolong dengan saudara mara dan sahabat handai.
- Hantaran boleh gubah sendiri. Tak perlu hantar kedai atau butik yang menelan belanja beribu ringgit.
- Baju kahwin cukuplah dua pasang. Sepasang untuk akad nikah dan sepasang lagi buat bersanding.
- Kad kahwin tak perlu yang hipster bagai. Kononnya nak nampak lain dari yang lain. Lepas kenduri orang buang jugak.
- Kek kahwin tak perlu bertingkat-tingkat. Yang setingkat pun dah cukup menjadikan majlis meriah dan sanak-saudara bahagia.
- Kalau akad nikah dah bersanding hari yang sama, cukuplah make up sekali sahaja. Tak perlu membazir bagai.
- Goodies cukuplah setakat kemampuan sahaja. Tak perlu tempah yang mahal sebab nak nampak hebat dan mewah.
- Tak perlu tempah set karaoke, DJ, live band bagai. Pasang lagu nasyid Raihan, Maher Zain, Opick pun sedap juga.
- Berbulan madu di tempat yang mampu sahaja. Tak perlu tiru kawan berbulan madu sampai ke Maldives sana.
Buatlah majlis kahwin mengikut kemampuan kau. Tak perlu ikut orang, tak perlu tiru artis kesayangan kau tu. Tak dosa buat majlis biasa-biasa. Yang penting, perkara yang wajib diselesaikan terlebih dahulu.
Kehidupan lepas kahwin itu lebih penting. Kalau buat majlis macam anak raja, lepas kahwin menumpang rumah mertua. Duit deposit pun belum ada. Entah tahun bila dapat beli rumah.
Baik buat majlis biasa-biasa tapi meriah. Tanpa perlu buat pembiayaan peribadi. Barulah dapat memulakan hidup berkeluarga tanpa beban hutang. Kah!
Pokoknya, kalau berkemampuan go on sahaja. Tapi kalau acah-acah mampu, insaflah. Nasihat ini berdasarkan pengalaman admin yang dah berkahwin, maka tepuk dada tanya selera!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI