Patutlah Anak Sulung Perempuan Jadi Idaman Ramai Jejaka, Sifat Semua Cun!

Share

Menjadi anak sulung dalam keluarga adalah tanggungjawab yang berat dalam keluarga. Kebiasaannya anak sulung lah yang akan mengambil alih tugas ibu dan ayah apabila sudah bekerjaya kerana mereka lebih berkemampuan dari adik-beradik lain.

Namun, bagi anak sulung perempuan dalam keluarga itu ada pasang surutnya. Ada yang berpendapat seeloknya anak sulung lelaki lebih sesuai memimpin, ada juga menyatakan sifat anak sulung perempuan sebenarnya ada banyak kelebihan!

Selain menjadi kakak yang terbaik untuk adik-beradik, ternyata mereka juga mempunyai faktor yang hebat membuatkan mereka adalah calon isteri idaman lelaki!

1. Seorang Yang Jujur

Oleh kerana mereka terbiasa bercakap jujur tentang adik beradik apabila berbicara dengan ibu bapa, jadi mereka pasti akan selalu jujur dengan pasangan. Ia adalah sifat natural mereka, siapa sahaja tidak mahukan isteri yang jujur bukan?

2. Lebih bertanggungjawab

Dengan sifat tanggungjawab yang ada, mereka selalu melindungi adik beradik yang lain kerana sudah terbiasa untuk menjaga keselamatan mereka. Malah, merasa keluarga itu adalah tanggungjawabnya juga agar semua berada dalam keadaan yang baik.

3. Berdikari

Anak sulung perempuan biasanya kuat dan boleh menjaga hal berkaitan diri tanpa bantuan orang lain. Ibu bapa juga memberi kepercayaan kepadanya walaupun seorang perempuan. Jadi, bakal suami tidak perlulah terlalu risau kerana mereka pandai menjaga diri.

4. Gemar dan pandai Memasak!

Pasti ramai yang bersetuju dengan perkara ini, selalunya anak perempuan sulung lebih gemar dan pandai memasak. Pasti resipi dari si ibu menjadi kebolehan mereka. Ramai lah jejaka terpikat nanti!

5. Bakal menjadi calon ibu yang baik

Disebabkan sudah terbiasa menguruskan adik-adik, pasti mereka sudah mahir dalam mengendalikan anak kecil malah menguruskan mereka ketika ibu sedang sibuk. Kalau ada anak sendiri, mereka akan merasa lebih bertanggungjawab dan tidak akan mengabaikan keluarga.

6. Mereka lebih rajin dari adik beradik lain 

Mereka sering membantu ibu bapa menguruskan rumah apabila tiada, seperti memasak, membasuh baju, dan sebagainya. Bertuahnya kalau menjadi calon isteri, faham dengan situasi dan keadaan.

Published by
NanyRahman