Memiliki tubuh yang langsing tentunya menjadi keinginan semua orang termasuk melakukan pelbagai untuk memiliki berat badan idaman. Jika tersalah memilih gaya makan, pastinya ia boleh menjadi punca diet anda gagal sekali gus membuatkan berat anda susah nak kurus.

Dalam memastikan usaha diet anda berjaya, faktor gaya makan sangatlah penting. Brad Lamm dari Breathe Life Healing Centers mengatakan bahawa tabiat kebiasaan ketika anda makan mencirikan satu gaya makan.

Perlu anda tahu, berat badan tidak hanya bergantung pada apa yang anda makan, namun juga pada alasan mengapa anda memakannya. Kadang kala, faktanya bukan anda yang gagal dalam diet, tapi dietlah yang mengalahkan anda sehingga ia gagal.

Untuk menghindari masalah kegagalan usaha anda untuk diet, berikut merupakan beberapa gaya makan dan kaitannya dengan program diet atau menurunkan berat badan yang perlu anda berikan perhatian. Pastikan anda elak buat, kalau tak memang anda susah nak kurus.

1. Emotional eater

Emotional eater merupakan jenis orang yang menjadikan perubahan emosi sebagai alasan untuk makan. Pernahkah ketika anda tertekan dan kemudian benda yang anda cari untuk ‘seakan-akan’ memecahkan masalah anda ialah makanan? Atau mungkin ketika anda sedih, marah dan kecewa, anda merasakan penyelesaiannya ialah dengan makanan? Jika ya, anda termasuk dalam kategori emotional eater.

Jika dengan tabiat tersebut membuatkan berat badan anda terus naik,  anda perlu menghindari gaya makan seperti ini. Sebenarnya mudah saja, anda hanya perlu ingatkan diri anda dan terus mengawasi diri ketika dalam masalah. Ketika sedang tertekan dan beremosi, carilah penyelesaian selain daripada makanan. Anda boleh mencari sahabat, berjalan-jalan, mencari udara segar, melakukan aktiviti dan sebagainya selain menjadikan makanan sebagai jalan penyelesaian.

Ads

 2. Habitual eater

Dalam mengubah pola makan, salah satu perkara yang paling sukar dilawan  ialah kebiasaan yang sudah terbentuk jauh sebelum anda cuba berdiet. Misalnya anda memang sudah terbiasa makan junk food. Apabila anda ingin berdiet, anda telah berjanji pada diri sendiri untuk makan junk food buat kali terakhir. Namun disebabkan oleh kebiasaan anda makan junk food setiap hari sebelum ini membuatkan anda mengingkari janji anda itu keesokan harinya.

Bagaimana untuk mengatasinya? Catat semua makanan yang anda ambil setiap hari. Kadang kala dengan mencatat apa yang anda makan, ia masih mendorong anda untuk mengingkari kebiasaan makan yang tak sihat. Namun, setidak-tidaknya catatan itu akan menyedarkan anda bahawa diet tidak akan berhasil kerana kelalaian anda dan bukannya faktor luaran.

3. External eater

Kadang kala dalam keadaan perut yang tidak lapar, anda masuk ke kedai makanan ringan lalu membeli dan kemudian memakannya. Brad Lamm menyatakan bahawa untuk jenis orang seperti ini terdapat pepatah, “Aku melihat, maka aku makan.” Memang betul ketika anda beraktiviti pasti ada perkara yang boleh mengundang anda untuk makan walaupun perut tidak lapar.

Ads

Hal yang umumnya terjadi ketika teman anda menyambut ulang tahun. Pelawaan teamn untuk anda makan juga kadang kala boleh membuatkan anda yang tadinya tidak lapar menjadi lapar. Tidak ada penyelesaian namun jika anda berada dalam kategori ini, anda harus sedar dan cubalah untuk menahan godaan makan ketika perut anda tidak lapar.

4. Critical eater

Agak sukar untuk menjelaskan jenis gaya makan yang satu ini. Pada dasarnya, gaya makan ini merupakan orang yang betul-betul faham mengenai nutrisi dan pola makan. Orang ini selalu memiliki pola makan dan aturan tersendiri dalam kehidupannya. Jadi apa yang menyebabkan orang sebegini masih gagal dalam dietnya?

Golongan ini sering kali berfikir yang dia boleh berseronok sesekali. Jika anda salah seorang dalam kategori ini, anda akan mengingkari aturan yang dibuat secara keterlaluan ketika sedang berseronok. Bagi anda tidak mengapa kerana ia dilakukan sekali sekala. Apabila ini berlaku anda akan mengambil makanan secara tidak terkawal, sekali gus menyebabkan anda mensia-siakan manfaat daripada pola makan diet yang selama ini anda jalankan.

Ads

 5. Sensual eater

Jenis yang satu ini merupakan orang yang makan sesuatu secara berlebihan. Misalnya, anda menikmati sensasi makanan dalam setiap gigitan secara berlebihan. Misalnya anda menghabiskan potongan ayam sampai ke tulang hingga tidak bersisa.

Untuk mengakhiri gaya makan ini, anda perlu fokus pada jumlah makanan yang anda perlukan sahaja dan bukannya jumlah makanan yang telah tersedia di depan mata. Tinggalkan dan jangan rasa begitu menghargai sensasi untuk menghabiskan makanan sampai ia benar-benar habis.

6. Energy eater

Kadang kala jika anda memerlukan tenaga atau baharu saja kehilangan tenaga, anda rasa adanya keperluan untuk menggantikan tenaga tersebut. Namun, kebiasaan tersebut sering kali membuat anda pada akhirnya terbiasa mengambil karbohidrat secara berlebihan dan tidak sesuai dengan jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan anda.

Misalnya anda menjadi fanatik terhadap minuman bertenaga dan snek sihat sehingga akhirnya tanpa anda sedari, anda telah mengambilnya secara berlebihan. Fikiran seperti ini dapat membuatkan berat anda tidak terkawal.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI